March 20, 2011

KESAN NEGATIF BPA

BPA, atau bisphenol A, wujud merata-rata tempat di dunia kita. Ia telah dicipta sejak 40 tahun dahulu, dan beberapa juta ton BPA dihasilkan setiap tahun. BPA digunakan dalam pelbagai produk plastik dan biasanya wujud dalam botol air polikarbonat dan lapisan ekposi tin.

Sejak kebelakangan ini, banyak kajian telah menunjukkan bahawa sebenarnya BPA boleh mengancam kesihatan manusia. Ia telah menyebabkan kesan negatif ke atas tikus yang didedahkan dengan BPA. Sebagai contoh, ia boleh menyebabkan penyakit kanser, kecacatan sistem pembiakan dalam jantan, keawalan dalam puberti betina, kegemukan dan pelbagai masalah perangai yang pelik.

Di China, telah terbukti bahawa pendedahan yang berlebihan kepada BPA mengakibatkan impotensi dan merendahkan hasrat seksual pada lelaki. Tambahan pula, ia juga menunjukkan kesan kegagalan fungsi pada kemampuan seksual seseorang lelaki.

Plastik, secara umumnya tidak memberikan sebarang risiko pada penggunanya. Namun, molekul kimia yang membentuk plastik merupakan ancaman utama kesihatan kita. Molekul kimia yang kecil ini dapat berhijrah daripada bekas plastik ke dalam tubuh manusia pada keadaan tertentu, dan kesan yang minor ini menimbulkan masalah kesihatan yang rumit.

BPA dalam botol air plastik, botol air polikarbonat dan lapisan epoksi tin-tin menjadi keprihatinan orang ramai. Ini adalah kerana kita menggunakan botol air setiap hari, dan sesetengah orang makan makanan dalam tin setiap hari. Oleh itu, mereka terdedah kepada bahan kimia yang bahaya ini dalam jangka masa yang panjang.

Tambahan pula, kajian juga menunjukkan bahawa sesetengah plasticizer yang digunakan sebagai bahan asas dalam industri plastik mempunyai sifat seperti BPA dan boleh mengakibatkan masalah kesihatan walaupun dalam kuantiti yang rendah.

Dalam dunia moden ini, kita memang tidak dapat mengelakkan plastik dalam kehidupan seharian. Jadi, apakah yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan keadaan yang menjejaskan kesihatan ini?

Kesimpulannya, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil langkah perlu untuk mengelakkan daripada pengambilan BPA. Mengamalkan corak kehidupan lestari dan menggurangkan penggunaan plastik.


P/S: sedihnya sbb baru tahu....................skrg dah tahu kene aware sentiasa ttg penggunaan palstik....


0 cerita dari hati: