September 30, 2011

HUKUM MENYAMBUT HARI LAHIR DGN KEK SERTA LILIN

x lama lagi b'day damya...hari2 dok asyik ckp ulang2 nak sambut b'day dgn kawan2 kat sekolah...nak beli kek coklat yg ada ceri (tahun lps pun camtu jugak...tp bila mama belikan buah ceri tu dia x makan pun.... )

bila sebut ttg majlis hari lahir ni aku byk kali dgr org kata x elok buat majlis mcm ni lbh2 lagi klu ada tiup2 lilin....lbh elok klu buat doa selamat...tp dah namanya pun anak2, bila tgk kawan2 buat dia pun merengek sama nak buat mcm org lain....klu mama ni mmg x penah le nak celebrate tiup2 lilin bagai....biasanya pi makan2 yg biasa ajer....

kebetulan masa singgah ke blog mamaleesya....terjumpa plak n3 INI, alhamdulillah t'ungkai juga segala persoalan.....

aku copy jer ni dari utusan malaysia online

Sambut hari lahir: Ganti lagu dengan doa

SOALAN:

APAKAH hukum sambutan hari lahir dengan menyediakan kek serta lilin dan diiringi laguhappy birthday to you. Ada yang mengatakan kek yang diletakkan lilin itu sebagai simbolik orang kafir memecahbelahkan Islam ketika zaman dahulu.

Bagaimana pula sambutan yang dibenarkan oleh Islam?

JAWAPAN:

Kita sering diingatkan supaya tidak menyerupai sesuatu kaum, seperti mana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia dikira dari kaum tersebut". (riwayat Abu Daud, no: 4031, Ibn Hibban, no: 437, Al-Haithamiy, Majma' al-Zawaid, jld: 10, hlm: 274).

Maksudnya kita ditegah supaya tidak menyerupai mana-mana kaum yang jelas ingkar kepada Allah SWT.

Kalau dilihat sepintas acara sambutan hari jadi tidaklah menggambarkan apa-apa. Namun banyak yang diceritakan bahawa memotong kek dengan meniup lilin adalah sambutan golongan bangsa yahudi atas kemenangan mereka ke atas umat Islam.

Apa yang dikhabarkan ialah kek itu umpama dunia Islam dan lilin itu cahaya Islam. Lalu ditiup lilin menandakan mematikan cahaya Islam dan memotong kek maksudnya membahagi-bahagikan taklukan yahudi atas negara-negara Islam.

Saya kira semacam ada dongengnya. Alasan saya, cahaya lilin tiada kena mengena dengan cahaya Islam, cahaya Islam adalah Nur yang tidak boleh dipadam oleh sesiapa pun, kerana ia bukan cahaya hakiki (cahaya sebenar seperti cahaya lampu) tetapi cahaya maknawi (yang diumpamakan tetapi tidak sama).

Umat yang beragama Islam tahu bahawa bangsa Yahudi tidak pernah rasa tenang dan reda atas orang Islam, kerena mereka benar-benar inginkan umat Islam terpedaya atas segala ajakan mereka dalam segenap kehidupan manusia. Ini termasuklah mempengaruhi umat Islam supaya meniru mereka.

Allah SWT yang mengutus Rasul-Nya Muhammad saw telah berfirman yang bermaksud:Orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. (al-Baqarah: 120)

Allah SWT memaklumkan dan memberi peringatan agar umat Islam berhati-hati atas segala tindak tanduk kaum Yahudi yang sentiasa merancang jahat atas kemusnahan agama Islam. Adapun cahaya Islam tiada kaitannya dengan cahaya lilin, kalau dipadamkan cahaya lilin dengan meniup tidak bermaksud terpadam cahaya Islam.

Allah berjanji akan menjaga cahaya Islam, biarpun golongan yang memusuhi Islam cuba memadamnya, firman Allah SWT yang bermaksud: Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang kafir tidak suka (akan yang demikian). (al-Saf: 8)

Cahaya Allah dalam ayat ini bermakna Islam yang sedang berkembang dan akan terus berkembang biarpun ada usaha untuk memadamnya (menghentikan).

Menerusi kedua-dua ayat yang di atas dapat disimpulkan bahawa meniup lilin dan memotong kek tidak seperti yang dimomok-momokkan oleh segelintir penulis.

Mungkin cara berfikir sesetengah dari kita yang tidak analis sesuatu cerita dari sudut latar belakangnya, lalu mudah menerima perkhabaran yang belum tentu kesahannya. Apa-apa pun setiap amalan kita bergantung kepada niat.

Budaya potong kek diterima dan diislamisasi dengan tujahan nilai-nilai Islam. Justeru, bagi mereka yang ingin menyambut hari jadi setelah dia memotong kek adalah lebih baik kalau disertai dengan bacaan doa selamat.

Adapun nyanyian iringan happy birthday to you ditukar kepada "Allah selamatkan kamu". Seperkara yang perlu diingat ialah tiada acara melalaikan.

Oleh yang demikian, iringan doa adalah lebih utama kerana majlis itu disambut dengan kegembiraan dengan peningkatan usia yang dikekalkan kesihatan dan keafiatan.

Walaupun demikian, tokoh dan sarjana Islam, Prof. Dr. Yusof al-Qaradawi, menganggap bahawa menyambut hari lahir adalah suatu yang kurang tepat kerana kenapa harus disambut usia yang kian meningkat tua.

Sambutan yang dibenarkan oleh Islam adalah, dengan mengadakan majlis kesyukuran, dengan mengajak orang makan dan lain-lain amalan kebajikan yang lain, dan tiada aktiviti-aktiviti maksiat dalamnya.


"Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum.Jalanilah kehidupanmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis."



September 29, 2011

Saya Anak Malaysia!!!!!


Alahai.....dah ketinggalan keteapi lah n3 ni...pttnya publish awal2 aritu tp ntah mcmana blh t’lps pandang plak gmbr yg ni (dah byk beno gmbonya kat folder smpi kelabu mata nak nengok....huaaa )

Gambar ni aku ambik masa kakak n fiqa nak ke sekolah 15hb sept yg lps, sehari sebelum kita sambut hari 1Malaysia (baru perasan dah lama x letak gambar kakak2 gebu ni kat sini kan....asyik2 firas jerk.... :P)

~ sampai ke arini adiqah asyik ulang2 je nyanyi lagu yg kat atas nunnn.....tp corus je lah yg dia tau...heheee....x kisah la nak...yg penting semangat patriotik tu kene ada.... ~

~ eaeaeahhhh.....hero ni pun nak interprame jugak....huuuu.... ~


p/s: hari2 kakak n fiqa dok berlatih menari utk konsert bulan nov nnti....alahai..x sabo nak nunggu...ntah mcmana lah ragam dia org nnti.... ^_________^



September 28, 2011

bila "dia" x der...

selamat t/hari....mesti ramai yg dah kekenyangan skrg kan..ada sesapa yg makan ayam grg pandan ke t/hari ni..??? ^__________^

refer pada tajuk n3...bila 'dia' x der....sapa dia tu...??? dah tentula en.suami kan.....mood nak masak mcm2 mmg jatuh merundum...dum..dum... masak ikut selera anak2 jer....klu dia org sebut nak sup ayam...buat lah...nak sup telo..mama pun buat....mama ikut je apa yg dia org nak makan....

mcm arini plak...damya nak makan singgang ikan... 2 org anak dara montel ni mmg sgt2 suka makan singgang....tp dia org x panggil la lauk ni singgang...tp 'sup ikan'....mya n fiqa ni semua lauk pauk yg b'kuah di katanya 'sup'..heheee

jadinya ni lah lauk kami makan utk t/hari ni.....

~ singgang ikan tenggiri.....sodapppp!! (puji diri sendiri...huuu ) aku pun mmg sgt2 suka makan singgang....klu masak suka letak kuah byk2 sbb sedap je hirup....slurrrrrppppppp! lagi pun nak memasaknya t'sgt lah mudah n lauk ni menyihatkan sbb rebus je kan....haaa...lauk yg ni x der lemak...makan hari2 pun x per.... ^___________^ ~

~ yg ni kangkung grg belacan + cili api berasap!!! waaaa...siap berasap lagik tuhhh... ye la makan klu x de pedas2 ni kurang umphhhh lah.....aku klu makan mesti WAJIB ada sambal.....baru la nyaman je makan....heheee... lauk ni mama sorang yg makan....anak2 x makan sayur....~

korang plak makan apa lunch tadi....????


p/s: sekajap je dah hari rabu kan.....hari ni hari terakhir bulan syawal...semoga bertemu lagi di tahun hadapan...amin.



AYAM GORENG PANDAN

Assalamualaikum....

huuuuu.....pagi2 dah tayang ayam goreng ^________^ sajer nak bagi korang t'liur tgk..ngeeee.....sesapa yg b'kerja tu klu rasa mcm nak makan blh la pi cari kat kefe masa lunch nnti...klu x b'kerja mcm aku ni......meh le jengah kat esbok ada ke idak bahan2 nak buat ayam grg pandan....senang je ni...

masa aku meronda ke blog wahida aritu (aku dah x ingat lah bila....tp x la lama sgt...iskhhh3! byk makan semut ke apa nih...tu yg asyik lupa je tuh...) dia ada tayang ‘ayam goreng pandan’ ni...masa tu aku mmg t’liur sungguh lah (sampai hati ko tau wahida...!!) dek kerana t’liur tu lah aku gigih m’google mencari resepinya....nak beli kat sini aku x penah jumpa plak org jual ayam goreng pandan ni.. (mmg nak suruh aku buat sendiri le tu...)

mcm2 versi aku jumpa....ada yg letak gula...ada yg letak madu..ada yg perap dgn air daun pandan yg diblender n mcm2 lah....tp yg ni aku buat ikut resepi yg paling mudah rasanya....dan rasanya pun x mengecewakan lbh kurang mcm ayam grg berempah juga lah...bezanya ayam ni dibalut dgn daun pandan...so,masa di grg tu baunya mmg buat perut m’nyanyi lagu ‘hiphop’!!! pada aku ayam ni sedap klu di makan dgn nasi lemak or nasi putih....klu ratah gitu je pun soooodapp!!! Anak2 aku makan gitu je....x mau mkan dgn nasi pun....

ada sesepa yg rajin nak buat???? Jom tgk resepi......aku pilih yg ni sbb rasanya ini yg paling mudah....huuuu....cari yg senang sajorrr....

AYAM GORENG PANDAN

SUMBER : NZ resepi World

Bahan-bahan'


1/2 ekor ayam
2 inci halia
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
21/2 sudu kecil serbuk kunyit
11/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
ketumbar*
jintan putih*
garam*
madu**
daun pandan



Cara



  • Cuci ayam bersih-bersih

  • Blend halia, bawang putih dan bawang merah

  • Campurkan semua serbuk2 , ketumbar dan jintan putih.

  • Balut ayam yang telah diperap dengan daun pandan

  • Goreng sampai coklat keemasan..


  • ~ yang ni sebelum di goreng....aku lilit je daun pandan tu sesuka hati aku...ngeee....janji dia b'balut dgn pandan... ~

    ~ yg ni selepas di keluarkan dari kuali yerk.....fuhhhh....mabelesss...makan panas2 dgn nasi putih jer pun soodapppp.....klu di'kawin' kan dgn nasi lemak lagi ngam nih...len kali nak buat lagi dgn nasi lemak plak...kita ternak lemak byk2 ea...huhuuuuu... ~


    p.s: semalam hati mcm celaru sikit...tu yg layan lagu jerk....sesekali layan jiwang karat...ngeh..ngeh....arini dah ok sikit la......adat resam dalam hidup x penah sunyi dr segala macam dugaan.....


    "Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar ditengah lautan yg telah banyak kapal karam didalamnya......andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini." AMIN.


    September 27, 2011

    Tiada Duka Yang Abadi-Opick with lyrics


    Bahagia itu dari dalam diri
    Kesannya zahir rupanya maknawi
    Terpendam bagai permata di dasar hati

    Bahagia itu ada pada hati
    Bertakhta di kerajaan diri
    Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

    Bahagia itu ada di jiwa
    Mahkota di singgahsana rasa
    Bahagia itu adalah suatu ketenangan

    Bila susah tiada gelisah
    Bila miskin syukur pada Tuhan
    Bila sakit tiada resah di jiwa
    Bukankah Tuhan telah berfirman
    Ketahuilah dengan mengingati Allah
    Jiwa kan menjadi tenang

    Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
    Bila kaya jadi insan pemurah
    Bila berkuasa amanah
    Bila berjaya tidak alpa
    Bila sihat tidak lupakan Tuhan

    Hakikatnya bahagia itu
    Adalah ketenangan
    Bila hati mengingati Tuhan

    Semua insan kan mengerti
    Maksud terseni Ilahi
    Itulah zikir yang hakiki


    p/s: sejujurnya hati ini sedang diselebungi pelbagai rasa.....






    September 26, 2011

    jalan2 jer lah......

    assalamualaikum & selamat pagi......


    as usual klu dah lama bercuti kan...mood mcm swing2 jer nak menaip kat sini...so,nak dapatkan semula mood blogging ni kita ronda2 je lah arini.... ^_________^, eehhehhh...lupa nak share...en.b/band dah kembali kepangkuanku....gumbira!! nasib baik lah kat tmpt en.suami b'kursus tu ada wifi....selamat dennn.....


    sebelum tu nak gak 'tampal' kat sini wajah2 hepi hero tersayang........... ^__________^

    ~ muka ni lah yg buat baba x tido lena.....asyik nak b'3G sajor....bukan nak nengok muka omak ea....muka ni ler yg dirindu.....huhhhh.... ~

    ~ mama yg hari2 dok mengadap pun rindu kat dia..apatah lagi baba yg jauh di mata....firas ni payah nak senyum or ketawa (sebiji perangai baba.....muka serius sentiasa!!) tp sesekali bila dia nak gelak.....gini lah jadinya.... ~

    k lah nak 'merempit' ke blog kawan2..........zroooommmmmmmmmmmmmmmmmm......


    p/s: terasa juga kepenatan b'ganda bila en.suami tiada disisi...uhuksss...


    September 22, 2011

    SELAMAT ULANG TAHUN!!!

    selamat ulang tahun yg ke-33....alhamdulillah...

    di samping yg tersayang............



    September 21, 2011

    SOTO & BERGEDIL AYAM


    resepi lagikkkkkk.....amboi2, syndrom 'kongsi resepi' sedang melanda kah???? winkkk!!!!

    x der lah ini sbnrnya nak menunaikan janji pada ayu....masa dia dtg umah aritu b'ia2 dia minta aku share resepi bergedil ni kat blog...w'pun aku sogan..tp aku gagahkan juga lah demi ayu kan....

    sejujurnya mmg ramai yg bertanya ttg resepi b'gedil ni (bukan memuji diri sendiri yerk...) masa aku buat mini open house aritu ramai akak2 yg dah ambil resepi ni....siap simpan dlm hp sbb malas nak tulis kat kertas takut hilang katanya....aku pun mmg x kisah n sgt b'besar hati bila dpt share resepi dgn kawan2.... org kata x baik 'lokek/kedekut ilmu'...

    dulu2 aku pun x terror (skrg pun bukan terror sgt pun...tp lbh baik lah b'banding dulu) buat b'gedil ni....bila buat je x brp nak menjadi sbb b'gedil akan hancur b'derai (sama laju mcm airmata aku jugak masa tu....) bila di goreng sbb dulu aku rebus kentangnya..pastu bahan2 lain cuma aku letak serbuk kari.bwg goreng.daun sup n garam....

    tp masa aku dok kat melaka,aku dpat resepi dr kakak ipar makcik aku (masa tu aku dok sebelah umah dia) dia mmg sgt2 pandai memasak....semua masakan dia sedap2 belaka....bila dia hantar soto...mmg x cukup makan sebiji b'gedil...tp x kan lah nak minta kan...buek malu jo!! tp minta resepi aku x malu...sbb nak makan punya pasal kan....aku klu buat soto x der b'gedil mmg x cukup umphhhh......rasa mcm x complete jer......


    BERGEDIL AYAM

    sumber : mamamya

    1kg kentang

    2 keping dada ayam

    1 camb ketumbar

    1 camb jintan

    2 camb serbuk kari daging

    1/2 cawan bawang goreng

    1/2 cawan daun sup & bawang

    2 camb tepung gandum

    1 biji telur

    garam,gula n serbuk perasa

    caranya:

    1. kentang di potong kecil2, x kiralah bentuk apa2 pun janji blh masak bila di goreng & pastikan kulitnya dah dibuang yer....
    2. dada ayam pun potong kecil2 & direbus (airnya rebusan jgn dibuang,blh campur dlm kuah soto).
    3. kentang (yg dah grg) & dada ayam (yg dah rebus) tumbuk sampai lumat...seeloknya ditumbuk masa tgh panas.
    4. sangan (grg tanpa minyak) ketumbar/jintan & kisar halus.
    5. campurkan jintan.ketumbar.bawang grg.daun sup.garam,gula,serbuk perasa (sapa yg suka blh letak..klu x letak pun x per) & tepung dalam bekas b'isi kentang n ayam td n gaul sampai sebati n bentukkan bulat2...saiz ikut citarasa masing...klu nak yg molek biarlah sederhana besarnya...jgn lah besar sgt.
    6. pecahkan telur n kocak2 kan sedikit,celup b'gedil yg telah dibulat2kan td n grg, pastikan guna api yg perlahan (jgn kuat sgt nnti rentung!!).bila dah b'tukar warna golden brown tu..blh la angkat n hidang.

    ~ bergedil ni dijamin x b'derai bila di grg n rasanya lbh padat....yg buat aku lbh suka sbb daging ayam yg diguna dlm b'gedil ni dah dimasak dulu....jd grg b'gedil tu x perlu lama...agak2 dah kekuningan dah blh angkat...~

    selamat mencuba!!!!


    p.s: soto ni juadah yg WAJIB aku buat bila raya.....



    September 20, 2011

    MEE REBUS TULANG RUSUK (RESEPI MEE REBUS HJ.WAHID)


    haaaa...semalam dah tayang resepi mee rebus kak yatie...arini nak share mee rebus Haji Wahid plak....bezanya dgn kak yatie punya mee rebus ni x guna santan tp guna taucu, sbb tu warnya kuahnya agak gelap berbanding kak yatie punya resepibahan2 yg lain tu rasanya sama jer...pada citarasa aku dua2 resepi ni sedap....tp en.suami lbh suka versi kak yatie....

    t'ingat jaja plak masa menaip n3 ni sbb jaja penah call aku pagi2 sbb nak tanya resepi mee rebus tulang rusuk ni...sian jaja sbb masa tu aku mmg letak gmbr kat fb jer....x ltak resepinya kat sini....huuuu.... x per jaja...ni akak dah tepek kat sini...len kali blh try naaa....

    MEE REBUS TULANG RUSUK

    sumber : ceriaresepi

    Bahan-bahannya
    2 kilo mee kuning, dicelur
    1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
    4 biji keledek, direbus dan dikisar
    1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
    3 ulas bawang putih, dikisar
    3 biji bawang merah, dikisar
    1 inci halia, dikisar
    1/2 cawan udang kering, dikisar
    3 batang serai, dititik
    1 inci lengkuas, dititik
    5 sudu makan rempah kari daging
    garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
    minyak untuk menumis

    Bahan Taburan Tepung Udang Kering ( yang ni lia x buat)
    1/2 cawan udang kering, dikisar
    80g tepung gandum
    ¼ camt serbuk kunyit
    garam
    air secukupnya
    minyak untuk menggoreng

    Bahan Hiasan
    tahu yang digoreng, dipotong kecil
    daun sup, dimayang
    bawang goreng
    telur rebus, dibelah dua
    lada hijau, dipotong bulat
    taugeh, dicelur
    limau kasturi, dibelah dua

    Cara Menyediakan

    Cara-cara untuk Tepung Udang Kering
    Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.

    Cara-cara untuk Kuah
    Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik. Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau. Masukkan rampah kari kacau rata, kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

    Cara untuk menghidang
    Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.





    September 19, 2011

    BLOG CLOSED!!!


    huuuu...bukan selamanya yer...tp closed selama 6 minggu... sedih :( parah rasa hati ni nak tinggal blog lebih sebulan lamanya....tp apakan daya en.broadband akan di bawa pergi oleh en.suami yg akan berkursus selama 6 minggu......

    walau pun hati rasa sarat n berat.....terpaksa redha je lah......tp andai ada kesempatan bila en.suami balik tiap hujung minggu akan aku jejaki blog korang semua yer.....huaaaaaaaaaaaaaaa.....nak nangissss........!!!!!!!!



    p.s: hujung tahun posting semula ke Melaka Bandaraya Bersejarah......errrr...broadband prepaid tu b'baloi x klu aku beli yer??? ada sesapa penah guna x??? esok n lusa still ada n3 kat blog ni....n3 autopublish yg dah sempat aku siapkan.....




    MEE REBUS


    dah lama x share apa2 resepi kat blog ni kan....maklum lah blog ni bukan blog 'blogger masakan' tp sajer aku letakkan beberapa resepi kat sini utk rujukan diri sendiri n atas permintaan kawan2 @ sdra mara.....

    kali ni aku nak share resepi mee rebus...sbnrnya aku penah buat 2 kali mee rebus tp b'lainan resepi....yg 1st time aku buat masa bulan puasa kelmarin, aku ikut resepi mee rebus Hj.Wahid yg mmg t'kenal di sekitar Johor nih...selalu aku klu nak makan mee rebus Hj.Wahid aku makan kat Smart,Pandan....klu nak mkn mee rebus gear box pulak aku p terjah Restoran ZZ kat Jalan Mohamadiah (blkg Hsptl Sultanah Aminah) kat situ mee rebus dia mmg mantopssss.....x cukup weh makan sepinggan.....

    yang aku nak share kat sini pulak mee rebus kak yatie.....w'pun sbnrnya aku jumpa resepi ni kat blog kak ita (blog masakan yg WAJIB aku buka setiap hari), klu masuk blog kak ita rasa mcm nak masak je semua menu yg dia tayang kat situ.....mmg terpana mata ni tgk gmbr2 masakan kat blog kak ita....klu x caya try lah korang pi terjah....mmg akan terus melekat kat hati..... (eeehhhh....lebih2 lak promote nih....huhuuuu )

    resepi kak yatie ni agak berbeza dgn resepi yg penah aku cuba sbb guna santan....jd rasanya lbh lemak b'krim gitu....mmg sedap!!

    ok lah jom tgk resepi yer.....sesuai utk menjamu sahabat handai yg dtg ke rumah sempena hari raya ni.....mee rebus ni aku buat masa menjamu watie dtg tempohari....


    MEE REBUS

    sumber : kak yatie & kak azlita

    Bahan-bahan
    1 kg mee kuning - di celur dan di toskan
    2 cwn taugeh - di celur dan di toskan
    4 biji keledek - direbus dan di kisar halus (keledek tak de ita ganti kentang)
    4 biji telur - direbus dan di belah 2
    4 kpg tauhu - di goreng dan di hiris nipis
    lada merah da lada hijau - hiris
    bawang goreng
    limau kasturi - di belah 2
    daun sup dan daun bawang - di hiris

    Bahan Kuah
    500 gm daging - di hiris nipis dan di rebus hingga empuk (ita tak rebus sebab guna batang pinang)
    4 biji keledek - yg telah di rebus dan dikisar tadi
    15 btng cili kering - dikisar
    10 biji bawang merah - dikisar
    5 ulas bawang putih - dikisar
    3 batang serai - dikisar
    1 inci lengkuas - dikisar
    3 sb udang kering - dikisar
    2 sb serbuk kari daging
    1 cwn air atau secukupnya untuk blend bhn2.
    1 kiub ikan bilis - ita tambah
    1 kiub daging - ita tambah
    2 cwn santan pekat
    2 kpng asam keping
    1 buku gula melaka - ita tambah
    garam dan gula secukup rasa
    minyak untuk menumis.

    Penyediaan Awal
    Hiris daging nipis2 dan rebus hingga lembut.
    Kupas keledek, potong kecil dan rebus hingga lembut, lenyek keledek semasa panas hingga halus. Ketepikan.
    Sementara itu rebus telur....dah siap, kupas kulit telur dan biarkan ketepi.

    Penyediaan Kuah
    Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar hingga wangi, masukkan daging rebus bersama air rebusan daging.
    Bila mendidih, masukkan keledek lenyek tadi, kacau hingga rata.
    Tambah sedikit air jika perlu.
    Perasakan dengan garam dan gula (selalunya kuah mee rebus mmg ada rasa sedikit manis) dan biar mendidih.
    Masukkan santan dan asam keping, masak hingga pekat.
    Rasa dan jika ok, boleh dimatikan api.

    Penghidangan
    Masukkan sedikit mee dalam mangkuk, susun tauhu dan telur rebus, cedok kuah bersama2 isinya dan tuang atas mee, hias dengan taugeh, taburan daun bawang/daun sup, bawang goreng, hirisan cili hijau dan belahan limau kasturi.






    p.s: anak2 mmg suka makan mee...x kiralah mee kuning.mihun @ kuew tiau.....mamanya pun sama.... ^_______^ kat dlm kabinet dapur ada stok mee lidi berangan nak buat mee kari tp x sempat2 nak buat...... (eleeeehhhhh.....sbnrnya x rajin....hihihiiii )



    alahai....n3 t'tunda2.....

    Assalamualaikum......

    apa khabar sahabat2ku...? hari isnin rasa mcm 'suam2' je mood nak m'naip n3....apa tidaknya 3 hari cuti makanya 3 hari juga blog sunyi sepi....huuuuu.....maklumlah weekend ni mcm2 agendanya....kebetulan mak/abah n adik en.suami ada kat sini....mmg x sempat lah nak dok depan lappy nih....

    hari khamis ptg kami b'tolak balik kg utk ambik mak/abh,hari jumaat ptg balik saujana semula....hari sabtu seharian beraya (selagi ada balance bulan syawal selagi tu lah x habis2 program raya/open house), ahad pulak pi anta mak/abah balik....singgah plak umah member kat Tiram...huhhhhhh.....mmg pack!!! penat tp syok juga lah....sbb bila ada parent dtg umah mmg rasa meriah jer.....sembang2 mcm citer... ^____^ dpt plak makan masakan air tangan mak mertua (rehat tuan omah...hihihiiikkkk...) tu yg syok benaunya....

    ehhhh...dah lari tajuk lak nih....

    ni haaa....sbnrnya citer ni pttnya kuar masa bulan ramadhan aritu tp dah last2 minit tuan umah sibuk (mcm lah sibuk sgt..huhhh) buat persiapan raya smpi lah t'lewat utk publish n3 ni.....

    dipenghujung ramadhan tu...aku ada dapat sms dr kak hana...katanya ada bungkusan yg dikirim dr kuantan...wahhhh..masa tu dah rasa sgt2 terharu, x sangka lah blogger t'kenal (kak hana ni penah beberapa kali resepi2 dia msk majalah JELITA tau... ) nak bagi cenderajiwa kat blogger sekadar dipinggiran mcm aku ni...uhukss...

    ~ ini lah bungkusan istimewa dari Pekan.Pahang... Terima kasih kak hana.....terharu rasanya... ~

    ~ cantikkan kotak nih...... ~

    ~ Kad hari raya dari kak hana....maaf yer kak, lia x sempat nak balas... ~

    ~ dan ini lah isi "perut" bungkusan td...mcm2 ada....semua aku suka tp yg paling aku suka penerap donut tuh...sbb aku suka buat donut.....chopstik tu dah selamat aku rasmikan masa makan maggi dgn en.suami.....^_________^ ~

    ~ FM dr jepun n cameron highland yg dah 'terpahat' kat petiais aku...huuu...bila tgk FM ni sure ingat kat kak hana......insya'allah satu hari nnti klu ada rezeki n pjg umur ingin sgt bersua muka dengannya..... ~

    tp kan...sejak balik ke m'sia nih..blog kak hana terus sunyi sepi....sibuk agaknya dgn tugas2 harian hingga membataskan masa utk b'blog...ye lah klu dulu masa kat Jepun kak hana fulltime housewife....x per lah aku doakan mudah2 blog hanamemories akan kembali ceria suatu hari nnti....aminnnn.




    p.s: gembira dpt b'kenalan dgn rakan2 blogger w'pun hanya beramah mesra di 'alam maya'.....


    September 15, 2011

    berbaloikah...?????

    assalamualaikum....

    short n3 pagi ni....nak minta pendapat kawan2...x kira lah kat blog or kat FB....sesapa yg ada pengalaman tgg pelaburan emas (yg x der pun blh bagi pendapat) blh la share samada pelaburan ini b'baloi2 atau tidak.....


    ~ emas 999 PUBLIC GOLD - gmbr ehsan google,tq. ~

    aku tgk skrg harga emas semakin mencanak naik....dah xder turun2 lagi dah....klu x silap skrg harga emas 916 1gm RM205....masa aku nak tunang dulu (tahun 2001) emas 1gm baru RM34..dalam masa 10 tahun harga emas naik RM171....nyesal dulu aku x beli rantai besar mcm rantai beskal tuh...klu idak makcik kayo wehhhhh...huuuuuuuuu....







    p.s: ada 2 org anak pompuan....mamanya yg sibuk2 nak belikan rantai n gelang bagai....anak x minta pun..... ^_________^,dalam hati baba mesti b'kata2 "nasib baik 2 org...klu 5-6 org botak kepala!!!" huuuuuu....guwau jerk baba....jgn marah ea.....heeeee....balik kije nnti mama buatkan kopi 1 gelas besaq nooo...