January 19, 2013

5 bulan sudah...

Assalamualaikum

entry di hujung minggu....

sejak malam tadi hujan gerimis & kdg2 lebat membasahi bumi melaka....bila cuaca mendung & sejuk2 gini mempengaruhi mood tuan blog juga...ditambah genap seminggu anak2 & suami x sihat. mujurlah hingga saat ini saya masih gagah berdiri (ececeeehhhh....) klu lah saya pun ikut 'tumbang' mcmana nak uruskan mereka2 yg x sihat ni....

hari ini 19hb.... genap usia harraz 5 bulan... dah terror meniarap & b'golek2,klu letak kat atas tilam mmg habis 1 tilam dia explore,dah blh angkat badan mcm nak merangkak ^____^ klu di pegang mmg x mahu di dudukkan asyik nak berdiri jer...

sepatutnya minggu depan dia kene inject tp disebabkan dah 3 hari dia demam,batuk & selsema rasanya terpaksa lah di tangguhkan dulu smpi dia btl2 sihat.....last timbang berat dia 6.8kg, kali ni mesti turun sbb demam.


~ dek kerana terlalu mengantuk,dia terlena tanpa bedung. semalaman x tido.... ~


 ~ kejap jer kool fever tu lekat kat kepala lepas tu bila dia meniarap n gosok2 kepala kat tilam habis b'gulung2 jadinya.... ~


~ semoga adik cepat sihat yer... risau tgk dia demam smpi m;cecah ke 40'c...tido x lena sbb hidung sumbat n batuk, saya x berani nak bagi dia ubat byk sgt sebab dia bby lagi....cuma bykkan bagi susu badan tp itu pun dia kdg2 x nak minum... ~


~ kenangan bersama wan tersayang...... ~
















p/s: hujan2 ni perut asyik nak menyanyi jer...... ( tgh tunggu doh donut tofu lembut siap dalam bread maker.... )



January 14, 2013

demam berpanjangan...

Assalamualaikum.......

salam pagi isnin.....

quick update..... 

sejak hari sabtu petang firas dah mula demam....tp kejap dia aktif kejap di melepek x bermaya,kebetulan family mertua saya singgah ke rumah selepas menghantar sepupu bertunang jd dapatlah abah 'tawar'kan air utk firas....

masa mak n abah ada kat umah dia happy n ceria bermain n berlari tp bila malam panas badan naik ke 38-39'c







~ masa dia tido @ dah mamai sbb mengantuk makan ubat je blh letak kain basah @ koolfever mcm ni...klu dia sedar mmg dah di buang segala kain ni.. t'paksa lap2 je lah badan tu.... sejak ari sabtu suhu badan mmg x turun2 dari 38-39'c.... ~ 



terima kasih sgt2 pada sahabat2 di fb yg bagi saya beberapa petua utk mengurangkan demam panas firas....semoga dia akan lbh sihat hari ini.















 
















January 10, 2013

Reward @ "KAPTEN STEAMBOAT& GRILL"

Assalamualaikum....

yesss.... masa utk m'reward'kan diri (ayat rojak ni bm+bi...kene marah sat lagik dgn cikgu jaja huhuuu ) setelah penat & sakit2 pinggang masa kenduri aritu,saya & adik2 pi makan2 kat "KAPTEN STEAMBOAT & GRILL" dah lama t'ingin nak makan kat sini sbb dah lama x makan steamboat & yg lbh seronok n x sabar sbb semua adik2 saya ada.... ^_____^


~ the signiture... masa kami dtg ni malam sebelum krismas, org punya lah ramai smpi dah xder rasa air-cond.suasana jd panas m'bahang... biasa lah anak2 mula2 ok pastu lama2 jd x selesa ~


~ Cu + harraz.... masa ni dia cool lagik lps tu t'paksa b'gilir2 dukung dia... ~


~ kosong....kosong....kosong...... mula2 kan,biasalah kosong huhuuu ~


 ~ puan sasa 'nyata jelita' ( wahahaaaa.....jgn marah ea kak... ) + izara yg comel ~


~ dah lama rasanya saya x inteprem kan... adoiii..makin membesar bagai johan plak pipi tu..xper2 yg penting pipi gebu hahahaaaa! adik ipar saya super sempoi heheee.. + rayyan mutak.. anak bujang adik saya ni mmg x penah berambut,ayahnya asyik nak 'togel'kan jer dah mcm upin heheheee.... ~


 ~ bila dah panas mmg air lah yg di isi dulu.... b'kali2 refill ~

 

~ ini antara sebahagian menu yg ada....lps tu saya mmg dah x sempat nak ambik gambar sbb dah sibuk dgn anak2...makan pun b'gilir2... ~
 


~ cooking time!! sejujurnya saya x puas sgt makan malam tu sbb pilihan dah x byk sbb org t'sgtlag padat! lps tu dia org refill bahan2 yg dah habis sikit2...baru letak jer dah licin t'utamanya nasi goreng... mula2 saya ingat tempatnya besar mcm buffet tu rupanya adohai..senonet jerk.. patutlah cepat habis...pada saya service mlm tu mmg kurang memuaskan hati,tp mungkin org ramai.sbb adik saya kata klu dia pegi hari2 biasa (bukan cuti am) mmg okey... ~

bila buat n3 ni saya baru perasan xder gambar adik2 lelaki saya termasuk en.suami.. adoi lah nampak beno mmg kami kelam kabut mlm tu..apa tidaknya masing2 sibuk nak pegang anak2...sibuk ambik makanan...sibuk nak makan lagik...maklum lah semuanya anak2 kecik,paling besar anak2 saya lah....


utk lbh info tentang tempat ni blh lah klik kat bawah ni yer....














p/s: nak try makan steamboat kat Jusco...

January 09, 2013

Selamat Ulang Tahun Kelahiran yg ke-2 ~ Muhammad Afham Firas

Assalamualaikum.....



 



Alhamdulillah hari ini genap usia putera sulung saya 2 tahun... kelahiran yg di nanti ^____^ firas merupakan anak lelaki saya yg pertama. cucu lelaki sulung dari pihak saya dan suami.. jadi,dia mmg pujaan hati semua...


~ dilahirkan awal sehari dari due.. saya b'ia m'harap dia lahir pada 11.1.11 tp hajat tak kesampaian ^____^ ~


~ wajah hari pertama..... ~

 

~ kenangan yg tak akan luput dari ingatan.....pengalaman yg cukup pahit tp pengajaran plg b'harga buat saya..pada sesiapa yg m'ikuti kisah saya n anak2 kat blog ni mesti masih ingat apa yg dah berlaku...bagi yg tak tahu atau dah ingat2 lupa blh baca kat SINI dan SINI ~




~ waktu firas sama usia dgn harraz hari ini.... ada iras2 x? ^____^ rasanya abg lbh bulat mukanya b'banding adik ~

 

~ firas hari ini.............. ~

 pencapaian firas di usia 2 tahun 

  •  paling terror of coz lah panggil 'baba' ^___^ tp skrg pun dah pandai panggil 'mama', 'tatak' (kakak),bebeh (baby) 
  • sejak balik dari kampung dah pandai panggil 'atoookkk' & 'nenek' :)
  • perkataan yg paling jelas di sebut patah,pecah & tumpah.
  • org sebut kucing meow tapi dia 'uwau' heheee... bird jadi 'terbang'
  • t'amat2 lah manja dgn mama & baba.... klu mama & baba gurau2 dgn harraz mula lah dia pin nak ngendeng jugak... ^____^
  • sifat cool dia tu dah mula t'hakis sikit2 huhuuu... ye lah semakin besar semakin byk akal & ragamnya...paling x tahan bila asyik minta dukung...
  • kuat merajuk...
  • x blh tgk baba pakai seluar jeans...mmg dia akan kejar je mana pun baba pergi...
  • sgt susah makan nasi...tp klu sup & carrot mmg paling dia suka.
  • bila org panggil 'abang' @ firas dia mesti menyahut "arrrrr...." heheheee....comel jer suara dia... suka!!
  • skrg lagu kegemaran dia 'twinkle2 little star" on jer laptop mesti nak buka lagu tu...
  • ABC tu x terror lah lagi tp pantang nampak huruf 'A' & 'O' (bila pi tesco laju mulut dia sebut 'OOOOOOO' ^____^
  • berat masa umur 1 tahun 6 bulan 17kg & now skrg x tahu lah berapa.....
  • kartun kegemaran mickey mause,pocoyo, timmy time & Agent OSO...
 
"Ya Allah. Anugerahkan kepadaku kelangsungan hidup anakku, panjangkan usianya, sihatkan badannya, elokkan lah akhlaknya, agamanya, sejahterakan jiwa dan raganya, alirkan rezekinya melalui tanganku, anugerahkan kepadanya kecerdasan akal dan kelapangan hati.
Bantulah aku, mendidiknya, berbuat baik kepadanya dari sisiMu. Jadikan anakku, mendekatiku, menyayangiku, mencintaiku. Jadikan anakku, orang yang baik dan taqwa, yang punya pandangan dan pendengaran yang taat kepadaMu, yang mencintai dan setia kepada kekasihMu, Muhammad.
Berikan semua itu dengan petunjuk dan rahmatMu, berikan kepada kami apa yang terbaik di dunia dan akhirat. Amin"













p/s:  misteri damya.... nnti saya akan kongsikan kisahnya disini.


January 08, 2013

Disebalik tabir ~ Majlis Kesyukuran Rayyan, Izara, Firas & Harraz

Assalamualaikum.....

hari ni citer kisah disebalik tabir majlis Kesyukuran & Cukur Jambul anak2 & anak2 saudara... kami buat serentak je sbb nak dapatkan 7 bahagian ~ 1 ekor lembu ( 3 org lelaki ~ 6 bahagian & 1 bahagian utk perempuan)

ikutkan plan asal majlis ni akan dibuat pada hari Jumaat malam sebelum cu bertunang, kami dah booked kumpulah qasidah mcm majlis akikah n kesyukuran damya dulu.tp bila saya fikir2 semula rasa x larat plak nak buat 2 majlis yg b'asingan. Jd.akhirnya kami sepakat utk buat pagi sabtu sebelum cu b'tunang pada sebelah petangnya (slps zuhur)


~ rewang! saya suka sgt suasana rewang2 ni sbb time ni lah kumpul ramai2 n gurau2... yg tudung hitam tu mak mertua saya ^____^ ~


~ adik ipar & bapa mertua saya... sian dia org berdua jer dirikan balai,hujan2 gerimis plak tu.... ~


~ selepas solat jumaat, tumbanglah seekor lembu utk akikah anak2 n anak2 saudara saya... alhamdulillah semua anak2 dah selesai saya akikahkan... In sha Allah ada rezeki nnti saya nak buat korban pula ~



~ melapah lembu n seekor kambing boer.. ayah kata klu masak beriani xder daging kambing x syok.. ^___^ saya setuju n suka sgt sbb saya mmg suka makan beriani kambing...heheheee ~



~ 'bakal pengantin' (In sha Allah....end of the year... ^___^ ) yg malu2 hahhahahaaa... sian dia kene pasang sendiri skirting kat balai...b'peluh2 naik turun kerusi n panjat sana sini.... :) ~



~ nama anak2 skrg semuanya panjang2... sian tok kadi nak sebut masa nikah nnti huhuhuuuuu masa dibacakan doa utk anak2 ni pun t'sasul2 cik salbiah ( yg membaca doa) nak sebut ~

 

~ Goddies bag... terima kasih yer cu tlg buatkan sticker comel ^____^ saya lupa plak nak snap gambar 'isi perut' goddies bag ni... kat dalamnya ada tasbih, yassin, telo masin (trend org johor bila ada majlis kahwin bagi telo masin), coklat Appolo & sapu tangan (alamak..apalagi ek... alahai lupa plak dah.....huhuuuu ) ~

 
~ firas ~ rayyan ~ nuha ~


~ saya sgt2 suka pic ni.... anak2 & sepupu2 dia org, alhamdulillah masa ni semua adik2 saya b'kumpul termasuk adik yg ada kat sarawak...bayangkan lah kami dah lama sgt2 x dapat nak kumpul ramai2 sejak raya hari tu...bila dapat jumpa mcm ni mmg riuh &best sgt2!! tambah pula kita org skrg ni semua anak2 kecik2 lagik...rasa mcm huru hara umah atok/nenek ^____^ abg chik a.k.a firas lah yg paling gangster, anak komando la katakan hahahaaa.... kuat jerit lak tuh... ~
 

~ harraz & kak ngah yg dah kepenatan.... ~


~ kumpulan GPW (apa maknanya ni yer...sya x tahu, PW tu rasanya pergerakan wanita kot... heheee ) a.k.a kumpulan marhaban... dok sibuk ke sana ke mari saya x sempat nak ambik gambar harraz di dukung wan utk cukur jambul... haishhhh.... mmg sgt2 busy pagi tu ~

MENU :


~ PACERI NENAS mulanya nak buat rojak jer...tp last minit ayah tukar buat paceri ~


~ SAMBAL GORENG JAWA air tangan dari nenek saya (mak ayah) bahan2nya nenek dah siap2kan dari kampung..sampai kat umah mak tinggal masak jer... ini menu wajib ada ^____^ sambal goreng nenek ni lah yg akan saya cari setiap kali ada kenduri & hari raya.... sedap yg amat!! ~


~ DALCA percaya x saya x sempat pun nak merasa dalca ni.... sedih sgt... ~


~ AYAM MASAK MERAH yg super duper sedap!! ~


~ DAGING BERIANI.... ~


~ BERIANI KAMBING peberet saya... masa tgk daging kambing ni t'ingat kat en.suami yg x dapat nak memeriahkan majlis sbb ada tugas yg menanti di Tawau, Sabah.... ~


~ NASI BERIANI GAM air tangan pak long saya yg mmg master dalam masak2.. ayah menuntut ilmu dgn abgnya ni lah... sedap sgt2! biasa lah kan org Batu Pahat mmg pakar dalam masak beriani ni.. ~


ini je lah gambar2 yg sempat saya ambil... selebihnya saya sibuk ke sana ke mari t'kejar2 dgn anak2 & menguruskan majlis.















p/s: tetiba rindu kat adik2 saya................................

January 07, 2013

Tahniah adik ~ hafiz+isma

Assalamualaikum.....

selamat tahun baru semua!!!! rasa mcm dah x patut nak wish happy new year kan.... dah masuk minggu ke-2 tahun 2013 pun... tp saya ttp nak wish juga buat semua sahabat2 & sesiapa juga yg sudi baca blog ni.... apa azam baru?? soalan wajib bila munculnya tahun baru... saya??? x der azam pun ( x bermotivasi lansung kan... ehehheeee ) tidak lah tp saya sentiasa ada azam setiap hari..x perlu tunggu tahun baru... setiap hari bila bgn pagi saya nak jadi yg lbh baik dari semalam... ^_____^

setelah sekian lama b'cuti dari menjengah blog ( kejap timbul kejap tenggelam) arini nak start b'cerita rasa mcm blurrrr & 'kosong...kosong...kosong...." bak kata najwa latiff heheheee....w'pun benonya saya ada byk citer yg nak dikongsikan kat sini...kisah majlis kesyukuran anak2 & anak saudara,majlis p'tunangan adik saya,kisah riang ria anak2 di Hello Kitty Town...kisah hari pertama anak2 ke sekolah terutamanya damya yg baru melangkah ke Darjah 1...

masa yg ada skrg ni btl2 ketat...saya rasa t'kejar2.masa yg semakin laju meninggalkan saya atau tugas2 saya yg semakin b'tambah?? sampai satu ketika saya rasa blog ini perlu direhatkan seketika.. mungkin sebulan,2 bulan, 3 bulan atau 6 bulan atau mungkin setahun ke? klu setahun mesti ramai yg dah lupa ttg kewujudan blog ni kan... maklum lah bukan blog tip top pun...uhuuhuhuuu

Ok lah, sebelum semakin t'lewat dan t'lambat,saya rasa elok lah saya mulakan dgn n3 majlis pertunangan adik saya cu manis & pasangannya a.k.a bakal adik ipar saya yg bongsu Hafizuddin ( erkkk...btl ke ejaan nama ni? ada Muhammad ea... ~ sila jawab yer hafiz :) ) dia ni pembaca tegar blog saya ^____^

sbnrnya sblm majlis b'mula byk dugaan n cabaran yg terpaksa di lalui oleh adik sya yg manis ni...bak kata org2 tua 'darah manis' kan (ini baru nak tunang...biasanya klu nak nikah tu baru darah manis huhuhuuuu) seminggu sblm b'lansungnya majlis pertunangan adik saya mengalami kemalangan jalan raya...waktu dia keluar makan t'hari tiba2 ketenya di langgar dari belakang ( btl2 kat simpang depan Cowboy,Kulai) mmg remuk lah kete depan belakang sbb kebetulan kete adik kat tengah2...

mujurlah adik x mengalami kecederaan yg serius tp mata kananya luka dalam.. kene jahit kat kelopak mata byk juga & luka tu hanya doktor pakar mata jer yg blh buat...terpaksa lah pergi ke private hospital (KPJ Johor)

 

 

~ teruk kete kene hentam dr belakang.... sudah lah c**a yg langgar x mengaku kesalahannya pastu buat pulak report palsu masa kat balai polis... haihhh! buat sakit hati!! ~

itu dugaan yg terbesar yg dia alami...byk lagi lah dugaan2 kecil yg terpaksa di tempuh...

apapun segala kesedihan n kesukaran tu lenyap dgn kegembiraan di majlis pertunangannya pada 22hb Disember 2012....

alhamdulillah... share sikit gambar dr cameraman.... kisah di sebalik tabir akan menyusul esok....



~ Tahniah dari kak long utk adik + hafiz.... rasa mcm x percaya teman tidur sekatil zaman anak dara dulu dah jd tunang org & x lama lg bakal b'gelar 'isteri'.. inilah bilik tidur 'kami', dulu2 klu saya balik keje suka sembang2 dgn adik....tp b'ia2 saya sembang rupanya teman sebelah dah belayar smpi jordan huhuhuuuuu..... itu sikit jer antara kenangan t'indah antara saya & adik... ^_____^ ~









~ sahabat2 yg meraikan ^_____^ ~



semoga ikatan pertunangan ini akan b'kekalan hingga ke jinjang pelamin & until Jannah... ingat pesan kak long yer..  NO MORE TEARS... ^____^ dugaan pasti akan ada tp hadapilah dgn positive.











p/s: suka bila ada majlis kahwin adik2 nnti mesti kami dapat pakai baju 'sekayu' ^____^