June 03, 2010

Hemodalisis

Apakah itu hemodalisis?

Hemodialisis sebenarnya merupakan satu prosedur yang menapis dan membersihkan darah dalam badan.

Ia juga dapat:

  • Menjauhkan badan daripada sisa buangan merbahaya yang terhasil dari makanan yang dimakan

  • Membuang cecair dan garam yang berlebihan

  • Mengawal tekanan darah

  • Membantu tubuh mengekalkan keseimbangan bahan kimia (elektrolit) seperti kalium, natrium dan klorida.

Bagaimanakah hemodalisis berfungsi?

  • Hemodialisis menggunakan dializer atau penapis khusus untuk membersihkan darah.

  • Dializer dihubungkan kepada mesin.

  • Semasa rawatan, darah akan melalui sepanjang tiub dan masuk ke dializer.

  • Dializer akan menapis keluar hasil buangan dan cecair yang berlebihan.

  • Kemudian darah baru yang bersih dialirkan melalui tiub yang lain dan kembali kepada tubuh.

  • Dijalankan 3 kali seminggu.

  • Setiap rawatan berlangsung selama lebih kurang 4 jam.

Kenapa intervensi pemakanan penting untuk pesakit hemodalisis?

  • Pesakit yang menjalani hemodialisis adalah berisiko mengalami malpemakanan.

  • Prosedur hemodialisis
    a) menyebabkan cecair dan nutrien tertentu hilang daripada badan pesakit dan
    b) merangsang katabolisme (pemecahan) protein badan

  • Oleh itu, adalah penting bagi pesakit yang menjalani hemodialisis mengambil tenaga dan protein yang mencukupi untuk mencapai status pemakanan yang baik.


2 comments:

  1. tQ sharing info..boleh gak tmbh ilmu..kalo idak tu, tak ambk tau pun..huhu..

    ReplyDelete
  2. btl la ieyna...lieya pun mula cari info ni bila mak sakit...sblm ni x penah ambik tau pun ttg buah pinggang..hemodalisis...
    bila dah dapat info ni rasanya elok klu dapat di kongsi bersama kawan2 yg lain....

    ReplyDelete