Showing posts with label Mee. Show all posts
Showing posts with label Mee. Show all posts

September 20, 2011

MEE REBUS TULANG RUSUK (RESEPI MEE REBUS HJ.WAHID)


haaaa...semalam dah tayang resepi mee rebus kak yatie...arini nak share mee rebus Haji Wahid plak....bezanya dgn kak yatie punya mee rebus ni x guna santan tp guna taucu, sbb tu warnya kuahnya agak gelap berbanding kak yatie punya resepibahan2 yg lain tu rasanya sama jer...pada citarasa aku dua2 resepi ni sedap....tp en.suami lbh suka versi kak yatie....

t'ingat jaja plak masa menaip n3 ni sbb jaja penah call aku pagi2 sbb nak tanya resepi mee rebus tulang rusuk ni...sian jaja sbb masa tu aku mmg letak gmbr kat fb jer....x ltak resepinya kat sini....huuuu.... x per jaja...ni akak dah tepek kat sini...len kali blh try naaa....

MEE REBUS TULANG RUSUK

sumber : ceriaresepi

Bahan-bahannya
2 kilo mee kuning, dicelur
1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
4 biji keledek, direbus dan dikisar
1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
3 biji bawang merah, dikisar
1 inci halia, dikisar
1/2 cawan udang kering, dikisar
3 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
5 sudu makan rempah kari daging
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan Taburan Tepung Udang Kering ( yang ni lia x buat)
1/2 cawan udang kering, dikisar
80g tepung gandum
¼ camt serbuk kunyit
garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Bahan Hiasan
tahu yang digoreng, dipotong kecil
daun sup, dimayang
bawang goreng
telur rebus, dibelah dua
lada hijau, dipotong bulat
taugeh, dicelur
limau kasturi, dibelah dua

Cara Menyediakan

Cara-cara untuk Tepung Udang Kering
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.

Cara-cara untuk Kuah
Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik. Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau. Masukkan rampah kari kacau rata, kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

Cara untuk menghidang
Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.





September 19, 2011

MEE REBUS


dah lama x share apa2 resepi kat blog ni kan....maklum lah blog ni bukan blog 'blogger masakan' tp sajer aku letakkan beberapa resepi kat sini utk rujukan diri sendiri n atas permintaan kawan2 @ sdra mara.....

kali ni aku nak share resepi mee rebus...sbnrnya aku penah buat 2 kali mee rebus tp b'lainan resepi....yg 1st time aku buat masa bulan puasa kelmarin, aku ikut resepi mee rebus Hj.Wahid yg mmg t'kenal di sekitar Johor nih...selalu aku klu nak makan mee rebus Hj.Wahid aku makan kat Smart,Pandan....klu nak mkn mee rebus gear box pulak aku p terjah Restoran ZZ kat Jalan Mohamadiah (blkg Hsptl Sultanah Aminah) kat situ mee rebus dia mmg mantopssss.....x cukup weh makan sepinggan.....

yang aku nak share kat sini pulak mee rebus kak yatie.....w'pun sbnrnya aku jumpa resepi ni kat blog kak ita (blog masakan yg WAJIB aku buka setiap hari), klu masuk blog kak ita rasa mcm nak masak je semua menu yg dia tayang kat situ.....mmg terpana mata ni tgk gmbr2 masakan kat blog kak ita....klu x caya try lah korang pi terjah....mmg akan terus melekat kat hati..... (eeehhhh....lebih2 lak promote nih....huhuuuu )

resepi kak yatie ni agak berbeza dgn resepi yg penah aku cuba sbb guna santan....jd rasanya lbh lemak b'krim gitu....mmg sedap!!

ok lah jom tgk resepi yer.....sesuai utk menjamu sahabat handai yg dtg ke rumah sempena hari raya ni.....mee rebus ni aku buat masa menjamu watie dtg tempohari....


MEE REBUS

sumber : kak yatie & kak azlita

Bahan-bahan
1 kg mee kuning - di celur dan di toskan
2 cwn taugeh - di celur dan di toskan
4 biji keledek - direbus dan di kisar halus (keledek tak de ita ganti kentang)
4 biji telur - direbus dan di belah 2
4 kpg tauhu - di goreng dan di hiris nipis
lada merah da lada hijau - hiris
bawang goreng
limau kasturi - di belah 2
daun sup dan daun bawang - di hiris

Bahan Kuah
500 gm daging - di hiris nipis dan di rebus hingga empuk (ita tak rebus sebab guna batang pinang)
4 biji keledek - yg telah di rebus dan dikisar tadi
15 btng cili kering - dikisar
10 biji bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
3 batang serai - dikisar
1 inci lengkuas - dikisar
3 sb udang kering - dikisar
2 sb serbuk kari daging
1 cwn air atau secukupnya untuk blend bhn2.
1 kiub ikan bilis - ita tambah
1 kiub daging - ita tambah
2 cwn santan pekat
2 kpng asam keping
1 buku gula melaka - ita tambah
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis.

Penyediaan Awal
Hiris daging nipis2 dan rebus hingga lembut.
Kupas keledek, potong kecil dan rebus hingga lembut, lenyek keledek semasa panas hingga halus. Ketepikan.
Sementara itu rebus telur....dah siap, kupas kulit telur dan biarkan ketepi.

Penyediaan Kuah
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar hingga wangi, masukkan daging rebus bersama air rebusan daging.
Bila mendidih, masukkan keledek lenyek tadi, kacau hingga rata.
Tambah sedikit air jika perlu.
Perasakan dengan garam dan gula (selalunya kuah mee rebus mmg ada rasa sedikit manis) dan biar mendidih.
Masukkan santan dan asam keping, masak hingga pekat.
Rasa dan jika ok, boleh dimatikan api.

Penghidangan
Masukkan sedikit mee dalam mangkuk, susun tauhu dan telur rebus, cedok kuah bersama2 isinya dan tuang atas mee, hias dengan taugeh, taburan daun bawang/daun sup, bawang goreng, hirisan cili hijau dan belahan limau kasturi.






p.s: anak2 mmg suka makan mee...x kiralah mee kuning.mihun @ kuew tiau.....mamanya pun sama.... ^_______^ kat dlm kabinet dapur ada stok mee lidi berangan nak buat mee kari tp x sempat2 nak buat...... (eleeeehhhhh.....sbnrnya x rajin....hihihiiii )



March 09, 2011

MEE GORENG MAMAK

ini sebenarnya menu minum petang kami last week...klu x silap ari rabu...( wakakaka...ari pun dah lupa...nampak benor dah lama kan...ngeeee) masa tu lps hujan lebat..mmg ngam lah dapat makan mee grg panas2 cengginik...spt biasa lah resepi skodeng dari dapur Kak Hana dok jauh kat negara matahari terbit nunnnnn... (bila nak balik m'sia kak....blh lia pos paste laksa sarawak...),1st time aku masak mee grg boh rempah kari....mula2 rasa mcm pelik jer..x sabar nak tgk hasilnya....

alhamdulillah...mmg sedap..mantap!! t'angkat!! klu aku buka kedai guna resepi ni kompom kedai mamak kat depan taman aku ni lingkup...balik india daaaaaaaaaaaaaa..... ^___^ lain kali blh buat lagik....

aku mmg p'gemar mee..semua jenis mee mmg aku suka benau lah....tp en.suami lbh suka kuew tiau n anak2 suka mee hailam..( mee kuning lah....)

ehh..apa lagi share resepi la kan....memanjangkan ilmu yg ada...dapat pahala tau...meh2...jgn malu2 nak cuba,mmg x akan menyesal lah....( cehhh...promote nih..)

sumber: http://hanamemories.blogspot.com/2010/06/mee-goreng-mamak.html

Bahan-bahan

  • 500 gm mee kuning
  • 100 gm daging ) hiris nipis ( xder stok daging..lia tukar ayam)
  • 100 gm fish cake )
  • 1 cawan taugeh
  • 1 mangkuk sawi [potong kecil]
  • 3 sudu cili mesin.~~ nak pedas bubuhlah lebih
  • 1 sudu rempah kari
  • 3 sudu kicap pekat
  • 2 sudu minyak masak
  • 1 labu bawang besar [cincang halus]
  • 1 cawan putih telur @ 3 biji telur
  • 3 biji cili hijau@merah[hiris nipis]
  • hana tambah tomato (lia pung tambah juga..)
Cara-cara
  • Panaskan minyak. Masukkan bawang dan cili & rempah dan biarkan garing dan wangi.
  • Masukkan daging dan kacau rata.
  • Masukkan fish cake. Biar sebentar.
  • Masukkan kicap dan mee. Kacau rata.
  • Masukkan taugeh dan sawi.
  • Ketepikan mee dan masukkan telur di tengah-tengah kuali.
  • Biarkan telur tu masak sikit barulah dikacau dan gaul rata.
  • Masakkan mee agak kering.
  • Hidangkan dalam pinggan leper dan hiaskan. ( lia boh dalam pinggan plastik je kak oiii...licin!! ngeeeee)


p/s: apa menu utk makan2 ptg ni yer.....tgk cuaca kat luar tu dah mula suram jer...skrg tiap ptg hujan....

July 30, 2010

Mee Hailam Simple....

hari ni menu simple jer...request by damya...

kami pun mkn b'3 jer arini..jd malas ler nak masak mcm2 kan....ikutkan je la selera anak2..

~ mee kuning yg di grg t'lbh dahulu dgn sedikit bawang putih + halia + 1 camb kicap manis + sedikit minyak bijan ~

~ sayur2an.... & sedikit ayam ( tiada dalam gmbr...lupa nak snap lak tadik) nama pun mee Hailam simple kan..so, xder la udang yg m'lingkar2 or sotong kat cni.. :)~

~ taraaaaaaaaaaaaa...simple but nice.. (puji masakan sndiri...), yg penting anak2 suka... ~