Showing posts with label info kehamilan. Show all posts
Showing posts with label info kehamilan. Show all posts

October 21, 2010

Perkembangan Janin Dalam kandungan PART III

TRIMESTER KE TIGA (29 MINGGU- 30 MINGGU)

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN PADA TRIMESTER KE TIGA




PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KE DUA PULUH SEMBILAN (29)

-Janin pada saat ini sangat sensitif kepada cahaya, bunyi bau dan rasa.

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KE TIGA PULUH (30)

-Perkembangan janin pada masa ini ialah, janin sudah punya waktu tidur dan berjaga. Janin juga telah mengisi hampir seluruh ruang di rahim anda. Pada waktu malam dia tetap aktif dan suka menggeling-geliut.

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KE TIGA PULUH SATU (31)

-Perkembangan janin dalam kandungan pada masa ini ialah, beratnya boleh mencecah 1.5 kg.Simpanan lemak dibawah kulitnya menutup salur darah yang sebelum ini jelas kelihatan.

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KE TIGA PULUH DUA (32)

-Perkembangan janin dalam kandungan pada masa ini ialah beratnya bertambah sehinnga 1.8kg. Antibodi anda kini telah dipindahkan kepadanya dan berupaya melindungi janin daripada ancaman penyakit

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KE TIGA PULUH TIGA (33)

-Perkembangan janin dalam kandungan ibu pada masa ini dapat dilihat dari segi perkembangan otaknya yang pesat. Saiz kepalanya membesar sekitar 1cm. Perkembangan janin dapat dilihat apabila seluruh rambut janin telah tumbuh.

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KE TIGA PULUH
EMPAT (34)

-Perkembangan janin dalam kandungan ibu pada masa ini dapat dilihat dari segi kuku jari dan tangannya semakin panjang dan perlu dipotong setelah lahir. Panjang janin kini 33 cm dan beratnya sekitar 2.3 kg.

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KE TIGA PULUH LIMA (35)

Janin membuang air kecil 1/8 gelen setiap hari melalui air ketuban. Perkembangan dari segi paru-paru juga semakin sempurna. Lemak terkumpul di tubuh janin membantu mengekalkan suhu badannya apabila lahir nanti.




Perkembangan Janin Dalam kandungan PART II

TRIMESTER KEDUA (MINNGU KE 14- MINGGU KE 27)

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN PADA TRIMESTER KEDUA



PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KEEMPAT BELAS (14)

-Perkembangan janin pada masa ini ialah janin mula belajar menghembus dan menarik nafas.

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KELIMA BELAS (15)

-Kulit janin kelihatan lutsinar. Jadi, apa sahaja yang melalui salur darahnya dapat dilihat dengan jelas biarpun kulitnya itu dilindungi rambut halus.

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KENAM BELAS (16)

-Perkembangan janin dalam kandungan yang dapat dilihat, Kaki janin semakin panjang dan boleh menendang.ketika pemeriksaan antenatal dilakukan, anda boleh mendengar denyutan jantungnya. janin melakukan pergerakan pertama matanya dan turut memberi tindak balas kepada bunyi walaupun telinganya belum terbentuk sepenuhnya.

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KETUJUH BELAS (17)

-Saiz janin pada masa ini sebesar avakado iaitu beratnya 170 g dan lemak mula menyaluti kulit bawahnya. janin boleh menghisap dan menelan . Matanya kini sudah diakhir pemebentukan. Janin sudah berupaya mengerdipkan matanya.

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KELAPAN BELAS (18)

-Perkembangan janin dalam kandungan pada masa ini, berat janin adalah sekitar 225g. Janin mulai pandai membuat bunyi-bunyian. Janin juga akan menutupkan telinganya jika terdengar bunyi membingitkan.

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KESEMBILAN BELAS (19)

-Kulit janin dilindungi dengan bahan melekit putih yang dikenali verniks daripada air ketuban. Janin mula berlatih menggerakkan tubuhnya seperti berguling dan melentik ke belakang. janin juga suka menggerakkan mata, menendang dan menumbuk.

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KEDUA PULUH (20)

-Perkembangan janin dalam kandungan yang kita dapat lihat ialah jika bayi anda perempuan, rahimnya sudah terbentuk. Sistem saraf dan otaknya kini suda matang bagi membolehkan dia menggerakan otaknya.

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KEDUA PULUH SATU (21)

-Perkembangan janin dalam kandunga yang kita dapat lihat, saiz janin sebesar buah pisang yang besar. Lemak berterusan berkumpul dan tulang-tulang serta otot-ototnya semakin hari semakin kuat. Perkembangan janin dalam kandungan pada masa ini agak perlahan tetapi jantungnya semakin kuat.

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KEDUA PULUH DUA (22)

-Perkembangan janin dalam kanndunga pada masa ini kelihatan berkembang dengan sempurna. Tulang dalam bahagian telinga semakin keras, maka pendengarannya semakin jelas.

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KEDUA PULUH TIGA (23)

-Tulang telinga janin pada masa ini sudah mengeras dan lanugo di kulitnya semakin menipis dan bewarna kegelapan. Apabila anda melakukan persetubuhan, bayi akan menyedarinya dan kadar denyutan jantungnya akan naik atau turun mendadak. Tetapi hal ini tidak memudaratkan janin.

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KEDUA PULUH EMPAT (24)

-Perkembangan janin dalam kandunagn, pada masa ini, ialah janin mulai bertindak balas dengan suara anda.Rangsangan baik untuk perkembangan otaknya.

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KEDUA PULUH LIMA (25)

-Salur darah dalam paru-paru janin mula berkembang dan lubang hidungnya mula terbuka. Perkembangan dari segi tulang juga dapat dilihat, tulangnya semakin kuat. Struktur telinganya sudah sempurna.

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KEDUA PULUH ENAM (26)

-paru-paru Janin mula menghasilkan bahan yang dikenali sebagai surtactant yang mebolehkannya bernafas dengan baik, warna mata janin bergantung kepada warna latar belakang etniknya

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KE DUA PULUH TUJUH (27)

-Janin pada masa ini seberat 907 g dan panjangnya 14 inci, Janin kelihatan seperti bayi yang sudah lengkap anggota badanya tetapi dalam bentuk yang kecil dan kurus. Otak dan paru-parunya brekembang pesat, janin sangat suka menghisap jarinya.

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINNGU KE DUA PULUH LAPAN (28)

-Mata, bulu mata dan keningnya kini terbentuk sempurna.



Perkembangan Janin Dalam kandungan PART I

TRIMESTER PERTAMA (1-12 MINGGU)


PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN PADA TRIMESTER PERTAMA




PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU PERTAMA (1)

- Sebaik sahaja haid bermula, hormon mula merangsang ovari

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KEDUA (2)

-Telur memulakan perjalananya memasuki Tiub Fallopia

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KETIGA (3)

-Setiap telur adalah perempuan (kromoson X). Suami anda pula menghasilkan sperma yang mempunyai kedua-dua kromoson X dan Y. Sperma X yang disenyawakan dengan telur memberi peluang untuk anda mendapat bayi perempuan. Jika sperma Y yang disenyawakan, itu bererti anda akan mendapat bayi lelaki

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KEEMPAT (4)

-Janin kini kelihatan seperti rongga yang penuh dengan ratusan sel. saiz janin pada ketika ini seperti sebesar kepala pin

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KELIMA (5)

-Janin kelihatan seperti buih yang kecil. Ini kerana kantung ketubannya masih tidak dapat dilihat. Tubuhnya bewarna kekalabuan dan lut cahaya. Diperingkat seawal ini, tubuh janin sudah mula terbentuk apabila sel bagi setiap jenis tisu besar, kulit,sistem saraf,tulang dan usus sudah berada di kedudukan masing-masing.

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KEENAM (6)

-Janin pada waktu ini kelihatan seperti berudu, sistem saraf sudah terbentuk dan jantungnya sudah mula berdenyut. Janin mula cuba untuk melakukan pergerakan pertamanya. Memandangkan kantung ketuban janin sudah terbentuk sempurna, janin sudah boleh begerak di dalam kantungnya.

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KETUJUH (7)

-Saiz janin hanya sebesar sebiji beras tetapi otaknya sedang berkembang pesat. Dalam sehari janin akan membesar pada purata 1 MM. Alis mata janin yang kecil mula terbentuk bagi melindungi matanya.

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KELAPAN (8)

-Janin sebesar buah anggur. Jari tangan dan kaki janin masih berselaput. Tulang kecil janin sudah terbentuk sepenuhnya tetapi belum menjadi tulang. Sebaliknya ia hanyalah tulang rawan yang lembut

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KESEMBILAN (9)

-Janin sudah membentuk wajahnya sendiri. Mata telinga dalam dan hidung sudah terbentuk. Janin sudah mula melakukan pergerakan. Bagaimanapun anda masih belum merasainya. Jika bayi anda lelaki, penisnya akan kelihatan, tetapi ia masih memerlukan imbasan yang teliti untuk benar-benar mengesahkannya

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KESEPULUH (10)

-Panjang janin kira-kira 4.5cm.Janin kelihatan seperti udang kecil, buku lali dan pergerakan tangan sudah terbentuk dan janin boleh melakukan separuh gengaman. Janin sudah boleh menggerakan lengan,kaki dan dadanya sebagai latihan bagi membolehkannya bernafas

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KESEBELAS (11)

-Janin pada peringkat ini dikenali sebagai fetus. Saiz janin sebesar tiub gincu. Biarpun janin semakin aktif tetapi pergerakannya masih lemah-lembut.

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KEDUABELAS (12)
-Perkembangan janin pada masa ini ialah, kesemua organ besar dan struktur tubuhnya sudah lengkap terbentuk. Janin sudah mula dipenuhi air ketuban iaitu dalam anggaran 44 ml.