Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

October 13, 2011

GEMPA BUMI DI BALI

Satu gempa bumi bermagnitud 6.1 melanda pulau Bali, Indonesia pagi ini. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa berlaku pada 11.16 pagi di selatan pulau tersebut, 154 kilometer barat daya dari Denpasar dan 1,350km tenggara Kuching, Sarawak. Gempa tersebut tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia - Bernama


SUMBER : BEN ASHAARI


Gempa bumi 6.1 magnitud gegar Bali


2011/10/13

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi bermagnitud 6.1 melanda pulau Bali, Indonesia pagi ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa berlaku pada 11.16 pagi di selatan pulau tersebut, 154 kilometer barat daya dari Denpasar dan 1,350km tenggara Kuching, Sarawak.
Gempa tersebut tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia, kata jabatan itu.
Sementara itu, menurut laporan agensi AFP, ahli seismologi mengesahkan gempa berkenaan menyebabkan keadaan panik di kawasan pelancongan berkenaan.

Jurucakap Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia, Endro Tjahjono berkata, situasi itu juga menyebabkan bangunan di ibu kota Denpasar, kepulauan selatan Bali retak.

Katanya, gegaran itu berlaku beberapa minit di daerah pelancongan utama Kuta.

“Suasana panik tercetus, orang ramai lari meninggalkan bangunan. Apabila kami kembali ke bangunan pejabat, kami lihat berlaku keretakan di dinding dan sebahagian daripada plaster dinding turut terkeluar,” katanya. - BERNAMA/AFP


SUMBER : BERITA HARIAN ONLINE


p/s: sewaktu dapat berita ni hati aku terus terbayangkan seorang sahabat blogger ( wahida) yg baru saje sampai di Bali semalam...mudah2an dia selamat di sana.....amin


July 16, 2010

Peniaga diberi amaran tidak naik harga barang, makanan

Tindakan tegas jika ambil kesempatan menyorok, bebankan pengguna

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberi amaran keras kepada semua peniaga makanan, barangan dan perkhidmatan supaya tidak menaikkan harga berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan harga empat barangan keperluan, semalam.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDNKK, Roslan Mahayuddin, berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap peniaga yang ditangkap berbuat demikian.

Pegawai kami sudah diarahkan menjalankan pemeriksaan rapi di semua premis untuk memastikan tidak ada peniaga yang mengambil kesempatan berikutan pengumuman harga baru gula, minyak dan gas masak.

Jika ada peniaga dikesan cuba menaikkan harga secara keterlaluan, tindakan mengikut Akta Kawalan Harga 1946 dan Akta Kawalan Bekalan 1961 boleh dikenakan, katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Roslan berkata, walaupun kenaikan harga makanan, barangan dan perkhidmatan tidak dapat dielakkan berikutan pengumuman itu, beliau berharap peniaga menjalankan urus niaga secara berhemah supaya tindakan mereka tidak membebankan rakyat.

Beliau berkata, sebaik pengumuman harga baru dibuat semalam, pihaknya sudah menggerakkan pegawai penguat kuasa supaya menjalankan pemeriksaan bagi memastikan tidak ada yang bertindak menyorok gula, minyak dan gas masak.

Dalam tempoh beberapa jam sebelum tengah malam (tadi), kami percaya tentu ada yang akan mengambil kesempatan menyorok bekalan gula, minyak dan gas masak bagi mereka mendapat keuntungan lebih, katanya.

p/s: sumber dari Berita Harian Online


Harga minyak & gula naik lagi......

Assalamualaikum & selamat pagi.......

pagi2 lagi dah citer harga minyak & gula kan.....
aduhai..sabor ajer lah....dah ler nak tiba musim perayaan ni.....

Pelarasan subsidi kurangkan perbelanjaan RM750 juta tahun ini

PUTRAJAYA: Kerajaan semalam mengumumkan penyelarasan harga petrol, diesel, petroleum gas cecair (LPG) dan gula berkuat kuasa hari ini sebagai langkah pertama Program Rasionalisasi Subsidi.

Penyelarasan semula harga barang itu membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta tahun ini dan mengimbangi defisit kewangan negara.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat ACPerdana Menteri, harga RON 95 dan diesel diselaraskan sebanyak lima sen seliter bagi semua sektor, LPG (10 sen sekilogram), gula (25 sen sekilogram), manakala petrol premium RON 97 akan diapung secara terkawal.

Walaupun harga barang ini diselaraskan, kerajaan masih membelanjakan lebih kurang RM7.82 bilion setahun untuk subsidi bahan bakar dan gula. Harga bahan bakar dan gula di negara ini juga paling rendah di rantau ini walaupun adanya penyelarasan harga ini, katanya.

Kenyataan itu menjelaskan keputusan menyelaraskan harga bahan api dan gula itu dibuat berasaskan tiga perkara penting iaitu:

  • Semua subsidi ini tidak menepati sasaran ia juga memberi faedah kepada pihak yang tidak layak iaitu warga asing dan rakyat berpendapatan tinggi yang mampu membayar petrol tanpa subsidi.

    Subsidi gula berlebihan pula memberi faedah kepada industri dan bukan keluarga. Hampir dua kali ganda subsidi gula digunakan sektor perniagaan berbanding isi rumah.
  • Barangan bersubsidi tinggi selalunya membawa kepada aktiviti penyeludupan kerana pemberian subsidi menjadikan barangan itu paling murah di rantau ini. Tahun lalu saja, ramai penyeludup ditangkap ketika cuba membawa keluar lebih 200 tan gula. Diesel pula terus diseludup dan dijual secara haram di negara jiran.

  • Penggunaan bahan bakar yang berlebihan akan mengurangkan sumber negara dengan cepat dan tidak menyumbang kepada usaha melindungi alam sekitar, manakala pengurangan penggunaan gula dilihat sebagai langkah tepat bagi menangani isu kesihatan kerana 40 peratus rakyat Malaysia berlebihan berat badan dan jumlah penghidap diabetes pula meningkat.


Bagaimanapun, menurut kenyataan itu, subsidi bagi bidang pelajaran dan kesihatan akan terus dipertahankan kerana ia penting bagi negara di mana kerajaan seharusnya melabur, menyediakan bantuan untuk mengembangkan kemahiran dan membina tenaga kerja untuk masa depan.

p/s : sumber dari Berita Harian online.