ramadhan is loading.......... x sabar rasanya menanti bulan yg penuh berkat ni.anak2 pun x sabar nak puasa,damya n fiqa hari2 b'tanya "bila kita nak puasa mama...??" alhamdulillah...
June 12, 2013
Nasi ambeng ke nasi ambang.....
October 25, 2011
NASI AYAM IPOH
Cuti sekolah dah pun 2 hari bermula….maka meriahlah suasana kat umah ini dgn ragam anak2 dara 2 org ni….dr celik mata sampai lah masuk waktu tido kejenya…gaduh…gelak2…gaduh….ketawa bagai nak rak,siap b’guling2, b'peluk2 bagai pastu gaduh lagik m’jerit2 pulak……pastu baik semula n gaduh2 lagik…..haaaa…begitulah seterusnya yer smpi lah pukul 10.30 mlm waktu wajib masuk bilik tido….baru lah aman….tp itu lah kan....anak2 ini lah penghibur di kala duka.... ^__________^
Dan bila cuti sekolah ni, menu masak2 di dapur byk m’ikut permintaan anak2….mcm ari sabtu lps…kakak mya nak makan nasi ayam….aku skrg klu nak buat nasi ayam mmg x pilih resepi lain dah…..aku mmg dah ‘booked’ resepi ni…..
Ini 2nd time aku buat, 1st time dulu buat masa raya….menjamu adik2 yg dtg ke rumah n makcik aku yg dok kat Skudai nun….semua kata sedappp!! Lain dari yg lain rasanya…..mmg puas hati lah…tgk pada resepi mcm cerewet nak buat tp bila da buat…eeehhehh..senang n ringkas jer….
X daya nak citer pjg lebar….sesapa yg b’kenan tu blh la print resepi di bawah yer….
NASI AYAM IPOH
Resepi : Quinne MyR,
sumber : Kak Nor & Kak Azlita
Bahan Utk Nasi:-
4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia*
3 biji bawang putih*
3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega
Bahan Untuk Ayam:-
1 ekor ayam
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)
1/2 sudu serbuk besar lada hitam ~ ni k.nor tambah
Bahan Untuk Sup:-
air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu
1 sudu besar serbuk lada sulah
Bahan Untuk Cili
10/15 biji cili burung
6 biji cili merah
sedikit halia (ambik dari rebusan)
5/6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi/nipis
sedikit air dari air rebusan ayam
garam dan gula secukupnya
(Masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur)
Bahan Untuk Kicap:-
5 biji cili burung
sedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap secukupnya
2 sudu besar sos tiram
tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)
(Blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah)
Bahan Hiasan
tomato, salad, daun sup dan bawang, timun
Cara2:-
Mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
Cara Untuk Nasi
Mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.
Cara Untuk Ayam
Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan* yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.
Cara Untuk Sup:-
Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup. (Saya masukkan 1 kuib ayam, garam dan serbuk perasa untuk ini)
Selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.
p/s: da chop resepi ni utk menu b'buka pose tahun depan.....wahhhhh!!! blh gitu...??? tahun depan menyambut ramadhan di Melaka...tetiba teringat bazaar ramdahan Taman Chempaka..... ^_______^
May 20, 2011
Nasi Mandhi
benornya masa jalan2 kat blog kak ummi aritu dah kenan dgn dia punya "ayam panggang ala kenny's roger" nampak sgt menyelerakan gitew....kak ummi masak ayam ni masa kak hana n family dtg b'kunjung ke rumah dia......meriah sungguh dema tu kan.....
dah b'hajat nak makan ayam panggang....jadinya masa pi Kipmart aku dah siap2 beli ayam kecit anggaran 1.5kg gitu lah...maklum lah kan...nak buat ayam panggang ni x blh nak guna ayam yg gemukssss nnti x masak smpi ke dalam pulak ayam tu kan....
dah buat ayam panggang kene lah pulak match kan dgn nasi mandhi ( mcm kak ummi jugak lah...) pagi tu aku gigih pi kedai depan mencari bahan2 yg x cukup lengkap, aku beli beras basmathi 1kg jer (itu pun ada lbh byk lagi....sbb aku masak 3 cup jer...blh la bila2 nnti buat nasi lemak pulak...), beli kiub pati ayam & minyak sapi....masa pi kedai tu afiqah pulak nak ikut...mula lah klu blh semua jajan yg ada kat dalam kedai tu dia nak borong....dalam kalut2 melayan ragam afiqah...smpi p'tengahan jalan baru aku t'ingat..."alamakkkkkkk.....lupa plak nak beli kismis,nenas n timun...haihhhhh....malasnya nak patah balik....arghhh...xper lah......kismis doa anak2 kan ada...'pinjam' lah dulu...karang ganti lah balik" (huhhhh.....jgn di tiru aksi ini yer.....)
smpi je umah en.suami kebetulan nak pi kedai pulak...sepantas kilat aku kirim kat dia beli nenas n timun utk dibuat rojak.....
- 4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan (lia x sempat rendam..terus masak jer)
- 3 camca besar minyak sapi
- 4 cawan air atau secukupnya - **tambah air supaya nasi lembut
- 1 biji bawang besar ~ hiris halus
- 3 ulas bawang putih ~ hiris halus
- 1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
- 1/3 cwn kismis
- Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
- Sedikit pewarna kuning- guna
- 1 sk kunyit campur dgn sikit air
- Garam secukup rasa.***** lia tambah 1/2 cawan susu cair n 3 helai daun pandan
Cara penyediaan:-
- Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu.
- Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
- Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
- #Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2 minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
- Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
- Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.
(#) Step (4) ni tak buat sbb tak ada arang kat rumah..ada kat kedai, maleh nak membakar setakat nak letak seketuiii..hehee) Orang lain jgn ikut akak eh..rajin2 sikit. (lia pun ngelat..x buat pun sbb x der stok arang)
~ kami makan kat atas pinggan je...x makan atas talam pun....lain kali klu buat lagi kene buat lah dalca sbb mcm kering je kan xder kuah..... ~
p.s: resepi ayam panggang nest n3 lah yer.....













