June 20, 2011

cerita impian & sambutan Hari Bapa....

huhhhh...impian lagik.....

x der menda lain ke lia ni nak share kan...asyik2 impian jer...berapa byk impian nak citer daaaa.....

hurmmm....aku x kira, nak jugak citer ttg impian....tp kali ni bukan lah impian aku atau damya atau afiqah atau firas...dan juga bukan impian en.suami.....

tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii......

impian....

~ ayahanda tersayang............. ~

yer...impian ayah....aku nak citer ttg impian ayah......

impian ayah ingin membina sebuah umah yg tersergam indah untuk mak, utk anak2 & utk cucu2nya......

skrg ni umah ayah kat kg tu aku rasa kompom dah macam kapal perang or baru diserang garuda.....sure tunggang langgang sbb skrg tgh on going renovation umah yg dah berusia lbh kurang 17 tahun (kalau xsilap lah....)

dulu ayah buat umah ni b'peringkat....buat sikit2...ikut kemampuan yg ada & seingat aku umah ni siap sepenuhnya masa aku dah nak habis belajar dulu.....

klu citer dgn ayah ttg rumah impiannya ni mmg aku x berapa nak faham mcmana rupa bentuk umah tu....kene tunggu siap lah nampaknya.....

tp ayah ada citer dgn aku dari mana dia dapat ilham utk buat umah yg baru ni.......

~ hahhhh...ini lah gambaran yg ayah bagi ttg umah baru ni....tp bukan lah 100% ayah nak buat cenggini...x cukup tanah lah wehhh...marah jiran sebelah nnti.....ngeeeee.....tp ayah cuma m'ambil sedikit idea dari sini utk buat plan umah....~

klu ikutkan mak...dia nak umah yg kecit je..senang dia nak kemas katanya....maklumlah umah klu dah besar gadang gini.....sikap "RAJIN" menguruskan umah pun kene jadik besar gadang juga...klu idak...buatlah umah cantik mana pun tp klu t**k cicak b'sepah sana sini...sawang melengkar2 bagaikan ulaq sawa.....habuk b'kepul2...alahai......hilang lah seri umah yg tersergam indah itu....betul x??????

tp b'beza dgn ayah.....dia kata alang2 nak buat umah biarlah b'baloi n sedap mata memandang.....^_____^

klu diturutkan hati aku nak aje balik kampung skrg ni sbb t'ingin juga nak tgk proses dari awal buat umah baru ayah......cu manis pun dah remind kat fb tadik....

~ huuuuuu...sabar ye dik...insya'allah minggu depan kami balik...blh lah tolong apa yg patut.... ^_______^ ~


sebenarnya sajer nak citer ttg impian ayah kat sini....bersempena dgn sambutan Hari Bapa semalam....

terima kasih ayah kerana menjadi ayah yg terbaik utk anak2 ayah..... (kak long. adik hery, sasa, amal & adik azie) kak long bangga jadi anak ayah....

sempena meraikan hari bapa juga kami sempat pi makan2 (hari sabtu malam ahad) terima kasih yer kakak n lokman sbb belanja kami makan mlm tu....len kali belanja lah lagik yer...ngeeeeeeeeeeeeeeee........meh tgk sikit gmbr makan2 malam tu.....

~ menu utama malam itu....char kuew tiau....tp rasanya mcm x sama dgn yg sebelum ni lah....ntah knp agaknya...tp licin jugak aku makan....."rezeki jgn ditolak...x baik membazir" ^________^ ~

~ our main sponsor malam tu.....alahai..."mem besaq" x tunjuk muka pulak....kikikikiiiii....lain kali belanja lagik ye kak.....thanks tau.... :) ~

~ manja ngan atok..... ~

SELAMAT HARI BAPA UTK en.suami tersayang....terima kasih kerana menjadi baba yg baik baik pada anak2 kita.......


June 17, 2011

WANITA SOLEHAH


1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat?" Jawab mereka,"Tidak" Sabda Baginda "Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

5. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."

6. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."

7. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."

8. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."

9. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."

10. Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."

11. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.


p.s: bukan mudah untuk menjadi wanita solehah............



June 16, 2011

dia buat lagi dahhhhh.......

ni la msg yg aku dapat dari en.celcom 6hb aritu...dia dah bagi warning dahhhhhhh.......tp aku buat x tahu jerkkk.....malas lah nak tambah2 GB lagik...

dan hari ni b/band dah mula slow tahap siput b'jalan mendaki bukit......buat aku "heart attck" je nih....

makanya dgn ini..andai ada kawan2 yg x dapat dikunjungi buat masa t'dekat ni harap maaf yer...kene tunggu smpi minggu depan lah rasanya baru b/band ni akan b'kerja seperti sedia kala......apa nak buat????

~ happy blogging ~




Sejarah cermin mataku......

aku pakai cermin sejak dari darjah 6 lagi masa tu dah nak dekat dgn peperiksaan UPSR...cikgu kat kelas (arwah teacher ahlina...al-fatihah) yg suggest aku buat cermin mata sbb aku kat kelas dah duduk depan sekali...btl2 depan meja cikgu tp masih x blh nak baca apa yg cikgu tulis kat papan hitam....

1st time buat cermin mata aku guna bingkai plastik warna hitam...mak sdra aku punya sbb dia dh x nak pakai n bingkai tu elok lagi...( maklum lah masa tu ayah ssh...baru masuk Felda kan...) jadi aku terima je w'pun dlm hati tu berat je nak pakai sbb bingkai tu lansung x sesuai dgn aku...

korang bayangkan lah masa tu aku umur 12 tahun nak guna cermin mata org dewasa....mmg besar gabak spec tu....hadoiii....kat sekolah aku x pakai pun sbb malu...tp bila kene paksa dgn cikgu aku gagahkan juga lah pakai.....

dgn cermin mata bingkai hitam tu aku melangkah ke sekolah menengah smpi lah aku tingkatan 3 baru aku tukar cermin mata yg mengikut citarasa aku....dan sejak itu juga setiap 2 tahun sekali mesti tukar spec (erkkkk...aku ni kejap spec kejap cermin mata...apa daaaaaa......x per lah janji korang semua faham...maksudnya sama je kan....^____^)

dan setiap kali tukar spec power mesti naik..x penah turun pun...dan yg lebih merunsingkan tahap silau aku ni sgt2 tinggi...kira mmg x blh drive malam lah... (mcm lah aku penah bawa kete waktu malam...setakat lps anta anak2 sekolah je aku nih....kikikikiiiiii)

~ ini bukti spec berbingkai plastik mak sdra aku punya yg aku guna masa darjah 6 dulu....besaq kan??? hadoiii...kelako je muka aku masa ni tau...muka anak dara sunti nih...kikikiki...tp tahan jugak aku pakai spec ni sampai tingkatan 3....paling lama aku x tukar spec tau!! ea..ada sapa2 yg penah ada IC mcm ni x??? ini IC sblm di tukar kepada Mykad...~

~ ini pattern spec aku sepanjang aku kat sekolah menengah dulu...sgt tidak trendy kan...uhuksss...tp masa ni aku rasa aku nak cukup cantik dah ni......agagagagagaaa............~

~ yg ni pulak zaman belajar kat ITM dulu..(masa aku ambik diploma UiTM x naik taraf lagik....) still pattern bulat....aku ingat lagi masa dapat loan YPJ (masa tu x der PTPTN, loan YPJ ni 1 semester cuma dapat RM500 jer....budak skrg dapat loan ribu riban.....) aku penah beli spec sama pattern dengan lelord... spec yg yg ada clip-on tu...dapat la kami b'gaya sakan dgn sunglases...ekekekeke...... (aku cari gmbo kita pakai spec tu x der la lord...ko ada simpan x?? huhuhuuuuuu)~

~ ini wajah2 stlh b'gelar isteri org/mama kepada anak2ku yg cubby2 itew..pattern lbh kepada yg bentuk memanjang sbb nak bagi balance kat muka bolatku ini.....gambar yg last ni masa pregnant kan firas tahun lps....btl2 montel kan & kemontelan itu kekal smpi ke hari ini....haihhhh... . ~

dan ari selasa aritu aku dah pi buat spec baru sbb last aku buat spec masa kat melaka dulu....klu ikutkan hujung tahun ni baru genap 2 tahun....tp dah en.suami tanya "mama nak tukar spec x???" , aku apa lagi mestilah nak kan....huhuhuuuu...rejeki jgn di tolak...^__________^ lg pun spec yg ada ni dah longgar n x selesa di pakai, x tau lah kenapa spec kali ni cepat plak longgarnya...klu tunduk cpt je dia melurut ke bawah...

kali ni aku try guna lense yg blh gelap sendiri bila kene cahaya matahari....1st time buat nih sbb sblm ni aku x berani nak buat sbb biasanya harga lense mcm tu mahal....setiap kali tukar spec baru harganya pasti mencecah RM 500-700...mahal kan???? sbb power aku mmg tinggi + silau lagi...mmg kene guna lense yg agak mahal lah...klu x spec akan nampak tebal gabak....

tp kali ni aku buat kat satu kedai lama...dulu2 zaman sekolah mmg ayah selalu buatkan spec aku kat kedai ni....lps pilih2 bingkai, aku saje tanya....

aku: "auntie...lense yg klu panas blh gelap tu brp harga yer??? "

tauke kedai: "tgk u punya power lah....klu power rendah RM160"

pastu aku pun masuk bilik yg kene baca huruf2 mcm kat bawah ni....


lps test power....smbg balik sembang2 tadi....

aku: :"ada stok ker utk power mcm saya punya???"

tauke kedai : "ada2...."

aku : "lense ni yg tipis kan? multicode ke?"

tauke kedai :" ya..ya....yg nipis,anti silau n calar...."

aku: " ok...berapa yer klu saya nak guna lense yg ni?"

tauke kedai : " RM380..."

whattttttttt????? RM380...??? aku pandang muka en.suami...en.suami pandang muka aku...sepanjang 9 tahun aku kahwin....ini lah pertama kali aku buat spec bawah harga RM500....serius!!! biaq benau nihhhh.......aku punya kira2 dalam RM700-800..tetiba jauh t'sasar...mmg giler murah lah....

aku x tau lah korang mmg selalu dpt harga cenggini atau aku yg mmg selama ini selalu t'tipu...uhukkksssss.....

spec baru akan siap ari sabtu nnti....masa kat dalam kete aku n en.suami masih t'tanya2...btl ke ni??? mmg kami pelik sungguh lah....aku ckp kat en.suami "kita tgk lah quality dia mcmana nnti..klu x puas hati blh claim balik kan....." so,tunggulah ari sabtu nnti....

klu everything ok...minggu depan blh la aku pose cantik2 n publish kat sini ea....nak tanya pendapat kawan2...ok x penampilan baru ku itu....ngeeeeeeeeeeeee...............