September 20, 2011

MEE REBUS TULANG RUSUK (RESEPI MEE REBUS HJ.WAHID)


haaaa...semalam dah tayang resepi mee rebus kak yatie...arini nak share mee rebus Haji Wahid plak....bezanya dgn kak yatie punya mee rebus ni x guna santan tp guna taucu, sbb tu warnya kuahnya agak gelap berbanding kak yatie punya resepibahan2 yg lain tu rasanya sama jer...pada citarasa aku dua2 resepi ni sedap....tp en.suami lbh suka versi kak yatie....

t'ingat jaja plak masa menaip n3 ni sbb jaja penah call aku pagi2 sbb nak tanya resepi mee rebus tulang rusuk ni...sian jaja sbb masa tu aku mmg letak gmbr kat fb jer....x ltak resepinya kat sini....huuuu.... x per jaja...ni akak dah tepek kat sini...len kali blh try naaa....

MEE REBUS TULANG RUSUK

sumber : ceriaresepi

Bahan-bahannya
2 kilo mee kuning, dicelur
1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
4 biji keledek, direbus dan dikisar
1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
3 biji bawang merah, dikisar
1 inci halia, dikisar
1/2 cawan udang kering, dikisar
3 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
5 sudu makan rempah kari daging
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan Taburan Tepung Udang Kering ( yang ni lia x buat)
1/2 cawan udang kering, dikisar
80g tepung gandum
¼ camt serbuk kunyit
garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Bahan Hiasan
tahu yang digoreng, dipotong kecil
daun sup, dimayang
bawang goreng
telur rebus, dibelah dua
lada hijau, dipotong bulat
taugeh, dicelur
limau kasturi, dibelah dua

Cara Menyediakan

Cara-cara untuk Tepung Udang Kering
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.

Cara-cara untuk Kuah
Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik. Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau. Masukkan rampah kari kacau rata, kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

Cara untuk menghidang
Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.





3 cerita dari hati:

JaJa'Z said... Reply To This Comment

hehhe...mee rebus tulang rusuk punya pasal, pagi2 buta kita dah bergayutkan..hehhe..sian akak..mujur la dah bangun time tu..

wahida said... Reply To This Comment

woi sedap nya..aku terliur tau tak??????

chinta... said... Reply To This Comment

yumyum...sedap nmpak...terliur lak pagi2 ni..