Assalamualaikum.....
selamat ptg... ^____^ arini tuan umah t'lbh rajin sbb buat n3 ptg2, sbnrnya m'ambil kesempatan b/band yg baik hati ptg ni..tgk elok je line 3G muncul...jd peluang yg ada kita up lah satu story kan...
kejadian berlaku pada ari sabtu lps...akhir2 ni melaka kerap hujan,alhamdulillah sejuk bumi melaka nan permai...bila hujan tetiba t'ingin plak nak makan kek panas...dah lama x m'baking kek...tangan pun dah gatal2 nak pegang mixer (ecececeeehhhhh.....) lagipun nak perabis stok tepung superfine yg dah buka sejak awal tahun aritu..takut dah x fresh nnti kan....
kali ni try buat kek arora...kek yg tgh m'lotop2 kat blog2 blogger masakan skrg ni....sana sini dok tayang kek batik arora...kata tuan punya resepi nama arora ni hasil gabungan aroma+aura, maklumlah dalam satu kek ada pelbagai rasa....
tgk org lain buat semua jd corak batik...tp kan aku punya x jadik pun..heheheeeee..konon ikut tips cikmat bagi tp aku punya x secantik yg cikmat buat..kene lbh practice lagi la ni nampaknya....tp x kisah la kan...cantik jugak corak tu.. (ngeeee....puji diri sendirik!) & yang penting rasanya mmg sedap n lembut yg amat... ^____^
~ gini lah pulak corak yg jadik...dah le masa m'baking tu x perasan ntah bila anak2 dara kat umah ni pi tukar setting oven tu.pttnya guna api atas/bawah tp di tukar pd api bawah shj...aduhai..sabo je lah nasib baik kek x bantat....haishhh... ~
jom lah tgk resepi plak...raya nnti blh buat (ehhh...x sedau diri raya nnti dok b'sandar dalam pantang....eheheeeee )
Kek batik arora
sumber : cida & cikmatgebu @dapur tanpa sempadan
Bahan-bahannya:
250gm mentega
100gm gula kastor
¾ cawan susu pekat manis
250gm tepung gandum* (yang ni lia
guna tepung superfine)
2 camca teh baking powder *
(*disatukan dan diayak)
6 biji telur gred A
1 camca teh ovallate
5 jenis perisa pilihan anda
(pilihan mat gebu seperti di bawah)
Pewarna oren = perisa oren
Pewarna merah = perisa stoberi
Pewarna violet/ungu = perisa
blueberry
Pewarna coklat = perisa coklat
emalco
Pewarna hijau = perisa pandan
paste
(**lia guna 4 kaler je sbb xder
warna ungu n perisa blueberry)
CARA MEMBUATNYA :
1. Panaskan
oven pada suhu 175C, lenser bund-pant berlubang tengah dengan mentega dan tabur
dengan tepung gandum rata2 dan ketuk keluar lebihannya. Atau guna tin bulat
berukuran 8 inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Lenser
juga kertas tadi. Ketepikan.
2. Putat
mentega, ovellate dan gula halus hingga putih. Masukkan susu pekat manis dan
putar hingga sebati. Tambah telur satu persatu sambil diputar hingga kembang.
Jarak masa untuk setiap biji ialah satu minit.
3. Perlahankan
kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar hingga rata. Atau anda
boleh gaul adunan tadi dengan spatula sambil menambah tepung sedikit demi
sedikit. Gaul hingga rata.
4. Bagi adunan
tadi kepada 5 bahagian sama banyak dan bagi setiap adunan dengan perisa yang
anda gemari dan warna yang anda suka. Kacau rata dan isi setiap adunan dalam plastik
bersih yang tidak bocor.
5. Ambail satu
bahagian gunting bucu plastik tadi. Dan paipkan satu lingkaran pada dasar tin
(jika anda guna tin kek berlubang tengah). Kemudian paip kan satu lingkaran,
kali ini guna plastik lain pula. Lakukan kaedah sama secara berselang seli
dengan perisa berlainan hingga siap.
6. Bakar dalam
oven selama 45 minit atau hingga masak. Sejukkan kek sekejap dan boleh
keluarkan dari tin. Biar sejuk sepenuhnya atas jaringan. Ayak dusting powder
atau gula aising sebagai hiasan (jika suka). Hidangkan...
CATATAN MAT GEBU: sebab mat
guna tin warna hitam,suhu mat guna 150C. Jika anda guna tin aluminium,guna suhu
yang disarankan atau mengikut oven masing2. Teknik yang mat tulis tu jika anda
menggunakan tin berlubang tengan. Kalau tin bulat biasa,anda boleh sudukan
aduanan secara berselang seli,bermula dari bahagian tengah tin....selamat
mencuba!!
~ sempoi je hidang atas pinggan firas makan sbb masa ni nak bawa keluar makan dgn anak2 sambil teman en.suami cabut segala rumput rumpai kat depan umah.... ^______^ ~
9 cerita dari hati:
baru lepas makan kek batik tp bukan kek batik aurora la..kek batik biasa jer..hehe
Salam mamamya! hihihi... ni bukan batik2 lagi tp kek dot dot arora hihihi..cuns lah tu! janji sedap! dlm mulut dia tak jadik batik lagi dahhhhh :D
comelnyer kek ni... nk mkn pon rsa syg
mmg berantu kek ini..
pandai kak bt sampai hasilnya jadi cantik dan gebu..
tahniah
wah...mesti anak2 akak suka :)
wah! corak batik gitu..sedap2..warna pun menawan kak...
salam lia
t.kasih ...
semua tu ujian buat kak ..
apapula tak jadi..ada seni tersendiri kek batik arora tuuu...
emmm..boleh..cuba lah kek kak tu..senang jer..kek org malas hehehe
mesti sedap secantik rupanya...kukus boleh jgk kan?
amboi menjadi2 rajin kak lia skrg ye...buat diriku cemburu..nak sikit!
Post a Comment