October 18, 2012

IKAN SIAKAP STIM ALA THAI

Assalamualaikum....

aritu tgk anne post dia masak ikan siakap stim limau...baru t'ingat saya ada masak ikan siakap stim ala thai... 

dah lama x masak ikan siakap sendiri...biasa makan kat kedai jer.tp kebetulan minggu tu saya & en.suami dah ketandusan idea nak beli ikan apa kat pasar sbb asyik2 dok ulang tayang ikan yg sama je beli tiap2 minggu...

so,saya bagi cadangan beli ikan siakap ni utk masak stim.masa tu masih x pasti lagi nak masak stim apa.. limau kah..atau halia kah.. atau ala thai.....

as usual lah kan....resepi di'hujung jari' saya pun google2 lah tgk mana2 resepi yg b'kenan di hati... dr apa yg saya baca...basic resepi stim ni lbh kurang je.. guna bawang besar,serai,halia & klu nak pedas tambah la cili api... nak sedap lagi tambah tomato & klu nak masam tambah ler perahan limau nipis...

kali ni saya masak ikut bahan2 yg ada kat umah & ikut citarasa saya....



~ en.suami gigih pi beli dulang mcm kat kedai tu utk stim ikan ni.... ^_____^  mujurlah muat2 je masuk kat pengukus ~



SIAKAP STIM ALA THAI MAMAMYA ~ ecececehhhh.... nak jugak letak nama dia tu...hihihiii

Bahan-bahan:

2 batang serai
1 labu bawang besar
1 biji tomato
2 inci halia
10 tangkai cili merah/hijau ~ klu nak pedas sila lah tambah yer....
( bahan2 kat atas ni semuanya saya mayang/hiris halus kecuali tomato potong besar2 sikit lah @ potong dadu...nnti hancur plak)
3-4 camb sos tiram
1 camb sos ikan
sedikit gula (saya x letak serbuk perasa sbb dah guna sos tiram)
3-4 biji limau nipis ~ ambil jusnya.
1 liter air
3 camb tepung jagung
Daun ketumbar

cara-caranya:

  1. Separuh daripada bahan2 yg dihiris halus )kecuali tomato) saya masak bersama sos tiram,sos ikan,gula,perahan jus limau nipis & 1 liter air. 
  2. Masak sehingga mendidih & masukkan bancuhan tepung jagung.
  3. Sebahagian lagi bahan2 yg dihiris halus & tomato,tabur/susun atas ikan.
  4. Tuang sos tadi (agak2 jgn byk sgt sbb bila dikukus ikan akan mengeluarkan air) di atas ikan.
  5. Tabur daun ketumbar & kukus 15-20 minit.




~ bila tgk ikan ni rasa nak makan lagi.....uhuhuuu ikan ni fresh..mmg manis n lembut sgt isinya... sekor RM13 besaq!! mmg puas makan... klu kat kedai ni maunya RM30-35 ~













p/s: iskhhh...asyik tayang makanan je sejak akhir2 ni kan.....



13 cerita dari hati:

AnneRaini said... Reply To This Comment

sedap2...ikan siakap kalu di kukus memang sedap sbb lembut je isinya...

Kakzakie Purvit said... Reply To This Comment

Buat sendiri puas hati kalau makan sekeluarga kan Lia. Siakap memang paling sedap kalau stim..

lieyalatif said... Reply To This Comment

ya Allah mak beranak kecik ni...rajin betul ha kat dapur...ade baby kecik pun tetap ligat kat dapur...menu semua mantap2.....respek tabik spring laa ngan lia nie.....

puas dpt masak sendiri kan lia.....buat le byk ekor mane pun...kalo kat kedai siap sedialaa duitnyer...heheheeh

nad said... Reply To This Comment

Buat sedri.dh untung bape rm dh tu kn kak..

Kak, saya nak buat apam kentang, tp jd bingka la pulak...adeyh!!

Fai Nardir said... Reply To This Comment

boleh try ni.. selalu fai masak ikan kukus ni dgn bwg dan lada jer... letak sos tiram dgn tepung jagung tu msti lagi sedap. kuah pun lagi pekat... dah terbayang2 dah ni. hihi...

wahida said... Reply To This Comment

sedapnya nok...terliur aku tgk...

kalau mkn kat kedai siakap masak stim ni dah cecah rm50 seekor...huhu...

buat sendiri laaaaaaagi jimat kan nok...

Unknown said... Reply To This Comment

aduh kak lia

kecur tengok ikan siakap stim akak nie
lama dah tak masak2 mcm nie..
hari2 dok masak ayam jer..
sampai x tahu nak masak apa dah ayam tu..

Rohah said... Reply To This Comment

sedap sangat makan ikan stim kan..ratah je baru puas..

mamaarifakeemaisy said... Reply To This Comment

sedapnyee.... lama tak masak meriah2 mcm ni.. eh meriah maksudnya ikan besaq camni la..hehe.. sure sedap kan..

sal-nurbeena said... Reply To This Comment

jus limau ngan sos ikan mesti tak tinggal kalau dah ala thai namanya. nampak sedap makan tentu lg sedap!

LYAfrina said... Reply To This Comment

sedapnyer..xpnh lg msk ikan stim..biasa sweet sour & 3 rasa

Unknown said... Reply To This Comment

Thanks for the recipe.. Baru nk try masak ikan siakap stim ala thai..^^

Anes @ Selera Malaysia said... Reply To This Comment

Ikan siakap stim limau memang best. Nak buat pun mudah dan ringkas. Kalau saya, akan tambah asam boi seketul dua. Kalau di JB, pergi ke gerai Pak Soh area Stulang Laut. Situ memang femes,Siakap Stim Limau.