July 18, 2013

makan dalam talam/dulang sunnah nabi...

Assalamualaikum.....

sebelum check in dapur utk masak juadah iftar hari ini... moh kita hupdet blog :)

minggu lps en.suami request nak makan nasi beriani kambing & tetiba dia kata nak makan dalam dulang.. kat umah ni mmg x penah ada dulang bulat yg besar tu...yg ada pun bentuk 4 segi bujur tu pn sekeping je..

rasa mcm seronok plak kan makan berjemaah mcm tu...mesti lbh meriah makan sedulang dgn suami & anak2... so,ptg tu kami ke cowboy mencari dulang...


iklan yer... hero ni pantang jumpa stereng,tangan terus lekat kat situ.... ^____^


saya masak beriani guna beras ni.. kak nor yg memperkenalkan kpd saya.. terima kasih kak :) mmg puas hati.. xtra panjang tu...huhuuuu


adk beradik nasi beriani... opkos lah rojak pencuk @ jelatah ni kan... :)



beraini kambing yg mabelesss (puji diri sendiri...heheheee.. ) tp plg best papadom made abu dhabi tu siyes mmg mantop! sedapp sgt.... thanks BFF.. (pssstttt...saya dah order 500gm huhuuu) en.suami sebenarnya x suka makan papadom yg bentuk kotak2 kecik tu..klu makan beriani mmg dia x penah ambik.. tp yg ni dia kata mmg sedap.... BFF blh buat bisnes ni... :)


mmg sungguh meriah makan b'rebut2 dgn anak2 kan.... see tggl tulang je.. maaf lah gambar ketaq maklum lah snap guna tangan kiri...

sejak tu kami mmg sentiasa makan dalam dulang... anak2 plak seronok.. tp yg kelakarnya afiqah kata "mama arini kita makan dalam kuali ke...?? " ya adoiii..... 


ni menu iftar ke 6 : labu masak lemak,ikan kembung bakar & bandi celur cicah sambal asam....


menu iftar ke 7 : nasi ambeng....tp x cukup syarat sbb malas nk buat mi grg... 

alhamdulillah mmg seronok mkn dalam dulang ni...menambahkn kemesraan & ank2 pun b'selera mkn...



Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”
Kawan-kawan, sebenarnya banyak sekali kebaikan dan kelebihan jika kita mengamalkan sunnah. Ulamak kata, pada setiap amalan sunnah itu ada keberkatan. Siapa amal sunnah, dia akan mendapat 2 keuntungan.

Apa keuntungan itu?

1.  Pahala yang berlipat ganda
2.  Keberkatan

Kali ini saya nak kongsikan tentang sunnah-sunnah makan (setakat yang saya tahu). Bolehlah kita sama-sama amalkan yer.

Cara duduk ialah seperti duduk tahiyat awal tapi lutut kanan dinaikkan. Posisi duduknya ialah peha/lutut kanan dinaikkan  manakala kita duduk pada bahagian kaki kiri.
Sebenarnya cara duduk sebegini banyak kebaikannya. Posisi ini dapat memberikan keselesaan pada perut dan ia menjaga keseimbangan komposisi ruang dalam perut kepada 3 bahagian. Iaitu 1/3 ruang adalah untuk makanan, 1/3 untuk udara dan 1/3 lagi adalah untuk air.

Makan menggunakan tangan. Bukan guna sudu / garfu, bukan guna chopstick. Tetapi guna tangan kanan. Ada kajian membuktikan bahawa, pada tangan / jari kita ni, ada enzim yang 10 kali ganda lebih banyak dari enzim yang ada dalam air liur. Enzim ini berguna untuk mencerna makanan.

Makan dengan menggunakan 3 jari. Ada orang kata, macammana nak makan dengan 3 jari saja. Susah la kalau nak makan nasi. Nabi dulu takperla, baginda banyak makan roti dan buah-buah kurma saja.Hmmm, tentang itu, saya ‘no comment’. Pada saya, kalau nak amalkan tak susah mana. Orang-orang Cina pun diorang makan guna chopstick jer…2 batang kayu jer guna. OK jer apa. So, macammana boleh kata susah untuk makan guna 3 jari??
Saya sarankan kepada mereka yang nak mula amal sunnah ini, gunakan 3 jari pada suapan pertama tu dulu. Lepas-lepas tu, bolehla makan macam biasa.
Apabila nampak makanan, disunatkan baca doa “Allahumma baariklana………”
Sebelum makan, disunnahkan untuk basuh kedua belah tangan dan juga berkumur-kumur. Ada banyak kelebihan bagi mereka yang mengamalkan perbuatan membasuh tangan dan berkumur ni.
Sebelum menyuapkan makanan ke dalam mulut, sila baca doa “Bismillahiwa’ala barokatillah“
Lepas makan, kita disunnahkan untuk menjilati jari-jari kita yang digunakan untuk mengambil makanan tadi. Hikmah kepada perbuatan ini, kandungan enzim yang ada pada tangan / jari kita tadi akan makin cepat bercampur dengan makanan dan seterusnya memudahkan proses pencernaan.

Makan dalam satu dulang yang sama secara berjemaah. Sebenarnya cara ini akan meningkatkan rasa sayang terhadap sesama kita. Kalau suami isteri boleh amalkan makan dalam satu dulang, insyaAllah kemesraan akan lebih dapat dirasai dan kita akan jadi lebih saling faham memahami dan saling bertolak ansur. Amalan makan satu dulang ini juga dapat mengelakkan sebarang pembaziran.

Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang. Haaa yang ni nampak macam senang jer nak amal. Tapi sebenarnya susah gak nak amal. Biasanya kita makan ni ikut nafsu.Selagi tak kenyang, selagi tu lah kita ‘melantak’. Nak-nak pulak kalau kita pi makan kat hotel-hotel atau restoran yang menyediakan hidangan cara ‘buffet’. Memang sampai nak pecah perut, baru la berhenti makan. Betul tak? Saya tak cakap pada orang lain ni, saya cakap kat diri saya sendiri…huhu












alhamdulillah sejuk cuaca petang ni... hujan rahmat di bumi melaka..

6 cerita dari hati:

AnneRaini said... Reply To This Comment

sedap nampak beriani tu...sy takleh mkn dlm dulang sbb mkn berdua je..haha

::NureeN:: said... Reply To This Comment

dah lama x mkn dlm dulang, mmg meriah :)

Kniedaz said... Reply To This Comment

kalau di kampung, waktu kenduri makan nasi ambeng dalam dulang...lama tak makan dalam dulang hehe

mamaarifakeemaisy said... Reply To This Comment

Waaa best nye lieya,...
Lama sungguh tak mkn dlm dulangmcm ni, last rasanya masa zaman bebudak dulu, ikut mak pg ngaji pondok, mkn dlm dulang cmni la..
Sure menambahkan selera anak2 kan.. :-)
Menarik, boleh cuba nih!

lieyalatif said... Reply To This Comment

seronok lieya tgk lia anak beranak mkn pakai dulang....mmg org dulu2 rajin buat gini kan...tingat mase lieya kat kg dulu kalo pi kenduri mmg mkn dlm dulang.....

papadom die nampak lain kan lia sbb nampak bijik2 ketumbar tukan...eh ketumbar ke tu heheheeh mesti rase lagi power tu....

hepy weekend dear!~

nini said... Reply To This Comment

Alhamdulillah....walaupun masih baru perkahwinan kami...sampai hari ni kami makan satu pinggan...sebab berdua aje kan....tu pon kadang2 cri pinggan yang agak besar....pasni ada baby nak cari dulang...makan sama2...