June 02, 2011
dimanakah letaknya HATI?????
Blueberry Cheese cake
500 g cream cheese
50 g gula halus
200 g "whipping cream"
5 kuning telur
120 g tepung gandum
1 camca teh esen vanilla
5 putih telur
100 g gula halus
Secubit cream of tartar (boleh ganti dengan 1 camca teh lemon jus)
1/2 cawan "blueberry segar"
BAHAN HIASAN :-)
200 g blueberry filling (pilih yang ada biji2 blueberry dalam dia)
40 ml air panas
1 camca teh gelatin "halal"
- Panaskan oven pada suhu 150C, lenser tin spring form berukuran 9 inci dengan mentega, balut keliling bahagian bawah luar tin dengan aluminium foil (macam dalam gambar). Ketepikan.
- Putar cream cheese bersama gula hingg lembut. Masukkan whipping cream dan putar lagi hingga adunan licin dan tidak berbintil2. Masukkan kuning telur dan putar hingga sebati. Perlahankan speed, masukkan tepung gandum dan esen vanilla, kacau rata. Ketepikan sebentar.
- Dalam mangkuk yang bersih dan kering. Pukul putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus (100g) dan cream of tartar atau jus lemon, terus memutar hingga adunan kental, tetapi tidak kejung (seperti dalam gambar..bila ditegakkan, puncak dia bengkok).
- Gaul putih telur tadi ke dalam adunan cheese dengan kaedah kaup balik, hingga rata. Masukkan blueberry segar, gaul, tuang dalam tin dan bakar dengan kaedah "water bath" selama 90 minit. Biar kek sejuk dalam oven dengan cara merenggangkan pintu oven.
- Simpan kek dalam peti sejuk 4-5 jam sebelum dikeluarkan dari tin. Hias dengan "hiasan" blueberry di atas kek dan selebihnya gunakan kreativiti anda. Simpan dalam peti sejuk.
- UNTUK HIASAN :- Satukan gelatin dengan air panas, kacau rata hingga gelatin larut, satukan dengan blueberry filling, kacau rata dan boleh digunakan untuk menghias atas kek keju tadi...
June 01, 2011
balik kampung....
sementara menunggu en.suami pulang dgn hasil tangkapan ikan2nya...kami (aku, mak & adik2 ) melayan kerenah n ragam anak2....
dah x blh nak mandi kan...apalagi xtiviti kami?? makan dan makan dan makan je lah...aku pn cuma bawa mihun grg + kentang grg jer....sbb x sempat nak masak mcm2...klu ikut plan asal konon2 nk bakor sate kat tepi laut tp wak yg buat sate tu busy pulak rewang sana sini....jadinya x dapat lah nak m'order sate....
balik kampung....
tp skrg ni aku tgk org dah x pilih sgt pun pasal tarikh ni sbb klu aku blk kg ada jer majlis kahwin sana sini...cuma x lah serancak masa musim cuti sekolah ni.....
balik kampung kali ni jiran selang sebuah dgn umah mak buat majlis keje kahwin anaknya yg no.2, aku x rewang2 sgt pun..huhuuuu....balik ari jumaat dah petang...x sempat dah nak tolong kopek2 bawang....^____^ malam jer aku dtg utk majlis b'inai...itu pun x lama sbb firas dah tido n anak2 pun dah penat & letih sbb siang tu kan dia org sekolah lagi (tiada gambar pengantin pun...malas nak kelek hp ke sana ke mari kat majlis cenggitu..dgn anak2 lagik....karang dibuatnya cicir hp tuh lagik haru...w'pun cuma hp cap ayam kan....tp sgt b'jasa tau!!)

~ suka tgk pic ni...sooooooo...cute!! ~
tiba kat umah pengantin hujan pun b'henti...cpt2 lah kami mengisi perut yg mmg kosong....en.suami kemain lah gumbira bertemu rakan2 seperjuangan zaman sekolah menengah dulu.....aku tumpang senyum2 jerk....ada juga antara kawan2 dia tu aku dah penah jumpa....ada lah 2-3 org....nasib lah wife dia org ni semua ramah tamah....klu idok mmg jadi batu je lah aku.....
org lain sibuk ambik gmbr pakai DSLR...uhuuhuuu....aku cakap kat en.suami "baba....segan jer nak ambik gambar kan...dia org semua pakai DSLR...bila lak giliran kita nih...???" hurmmmm....insya'allah ada rezeki lbh nnti nak jugak lah rembat satu ( rembat dgn bayaran tunai tau...bukan rembat mencuri yerk...dosa tau...nnti kene potong tangan!!!!)
lps balik dari majlis kahwin kawan en.suami, kami ke Tanjung Leman pula... (lbh kurang 20km @ 30 minit lah dr umah mak) sebenarnya kami dah lama x dtg sini sejak afiqah kene asthma...rasanya dah setahun lbh lah..sbb last pegi masa chinese new year tahun lps....masa nak pegi ni awal2 en.suami dah warning....NO MANDI2!!!! just makan2 n relax2 jer.....
tujuan kami ke sana sbb en.suami nak menjala ikan dgn suami kawan sekolah dia nih...klu x mmg x der peluang lah kita org nak ke laut......
nak tau x berapa byk ikan yg dapat ditangkap oleh en.suami......???
to be continued..........................






















