June 24, 2011

WASIAT LUQMANUL HAKIM


  1. Hai anakku; ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN danLAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.
  2. Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.
  3. Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.
  4. Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
  5. Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
  6. Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
  7. Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.
  8. Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.
  9. Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.
  10. Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.
  11. Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
  12. Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.
  13. Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
  14. Makanlah makananmu bersama sama dengan orang - orang yang takwa danmusyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.
  15. Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
  16. Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.
  17. Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.
  18. Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.
  19. Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ (riak) yang akan mendatangkan cela pada dirimu.
  20. Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
  21. Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
  22. Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.
  23. Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.
  24. Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.
  25. Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.
~ Semoga anak2 mama n baba akan menjadi anak2 yg bijak n cemerlang di dunia & di akhirat...amin ~


p.s: tidak mudah membesarkan anak di zaman serba moden sekarang ni...x kiralah anak perempuan @ lelaki...cabarannya sgt hebat utk memastikan anak2 tidak terpengaruh dgn budaya2 yg tidak sihat.....



June 23, 2011

sedih lah......

org kata x elok pagi2 mengeluh kan....tp cuma nak share rasa sedih ni jer...

hurmmm...ntah kenapa tetiba hp kesayanganku ini meragam...senang citer mmg rosak lah...merajuk agaknya sbb aku selalu cakap dia "hp cap ayam" pada hal dah byk giler jasa dia kat aku nih....

semua gmbr2 kat blog ni adalah hasil 'percikan' hp cap ayam ni lah.....nak beli DLSR ntah bila la agaknya.....tabung ayam kat umah ni asyik 'bocor' jerk....ngeeee......

so,pagi ni mood mcm x happy jer...dok tenung hp tu sambil ckp dgn 'dia' "kenapalah dah hujung2 bulan gini ko nak rosak yerk...." alahai..............................



June 22, 2011

kisah macaroon n blueberry cheese tart....

ini kisah masa ari ahad lps....

sblm tu wife sepupu en.suami call aku...katanya ada kawan dia nak order macaron dgn aku sbb dia tgk gmbr macaron kat fb....uikssss...!! mmg meloncat lah aku sbb aku mana ada ambik order mac nih.....aku buat dulu tu pun sbb t'ingin sgt nak merasa....dan bila aku buat... macaron aku dah jadi "macaron solehah" (dieya yg kata.....ekekekekeeee bukan aku yg kata) sbb skirt dah t'lbh labuh....kira x seksi mcm org lain punya lah....^_____^ klu ada yg t'lps pandang blh klik SINI

~ ok jugak kan buat macaron solehah..... ^_____^ ~

aku cakap kat jun (wife sepupu en.suami...) aku mmg x ambik order mac ni...klu nak suruh aku buat pun aku kene pikir 'duopluh' kali kot...iskhhh...mmg x berani lah....aku x pro lagik....klu dia order kek coklat ke....gagah juga lah aku nak membuatnya......

masa tgh kalut2 tu aku t'ingat kan kak yus & dek kerana x nak menghampakan permintaan kawan jun tadi aku dgn kadar segera sms kak yus....mula2 kak yus kata x sempat nak buat sbb aku nak ambik ari sabtu....kak yus kata klu ari ahad sempatlah.....tp kene ambik kat tmpt keje dia sbb ari ahad tu dia kene keje.....

dan stlh b'diskusi dgn kawan jun td dia setuju klu mac tu dia dapat ari isnin (sbb aku ambik dr kak yus ari ahad) dah alang2 jumpa kak yus kan.....aku pun x nak lah lepaskan peluang m'order bluberry cheese tart...dulu aku penah order tp last minute cancel sbb ada sedikit kesulitan.....

beberapa hari sblm jumpa kak yus..kami smpt b'balas2 msg kat fb sbb nak tau lokasi tmpt keje kak yus ni...siap google lagik ( lps ni mmg kene beli GPS lah....) aku tanya en.suami..dia tau x tempat ni??? dgn penuh confident dia kata "alahhhhh...senang je tu....dekat plaza pelangi n LC Katering..."

aku pun lega lah sbb dia kata mmg dah tau n aku ada jugak suruh dia baca msg yg kak yus bagi tu....

maka dgn penuh semangat nih kami b'tolak pagi ahad tu (benonya dah nak dekat t/hari jugak....) tiba kat plaza pelangi terus je en.suami belok ke kiri....sampai aku jumpa Jalan Kuning...dan masa tu jugak lah en.suami kata..."ehhhh...mcm dah salah jalan ni....." arghhh...sudah......b'pusing2 lah kami kat taman tu.......smpi aku jumpa plak Jalan Kelabu..... (mata pun dah naik kelabu ni tgk signborad sana sini...)

sudahnya aku sms kak yus "kak...x jumpa jalan ni kak...dah sesat!!!" wakakakaka...buek malu je jang oiiii.....kata tau jalan udahnya sesat banat.....^________^

lps kak yus call baru lah kita org jumpa.....terselit rupanya tmpt kak yus keje nih.....jauh jugak dr umah dia nak ke sini...dgn menempuh jem bagai....huhhhh.....mmg mencabar kesabaran.....

kejap je jumpa kak yus...sempat lah peluk2 dia...ngeeeee (kak yus ada ambik gmbo...aku sogan nak kuarkan hp cap ayam tu....hp kak yus canggih....ngeeeeee) terima kasih ye kak...sekejap sgt kita jumpa kan..x sempat nak sembang2 pun....lain kali kita jumpa lagik ea...sembang smpi pengsan!!!! heheheeeee...........

~ inilah macaron n blueberry cheese tart yg aku order dari kak yus...mac yg filling peanut butter tu mmg best....aku yg habiskan semua....ngeeee...anak2 suka yg coklat..en.suami??? dia x makan kuih manis2 cenggini..... ~

~ model mac ni mata stim la pulak....penat seharian b'jalan..... ~

slps balik dr jumpa kak yus tu aku ajak en.suami lunch kat LC Katering....nak jugak merasa sedap sgt ke makan kat situ..maklumlah dulu masa mawi kawin LC Katering ni lah yg masak kat Taib Andak.....tp en.suami kata nak makan kat Stulang.....bila smpi sana..tgk2 tiada satu pun kedai makan yg buka.....Stulang ni meriah masa malam jer.....

udahnya kami pusing2 kat situ sambil tgk Istana Pelangi Sultan Johor.... (skrg tgh b'lansung KEMBARA MAHKOTA JOHOR) en.suami dah mcm tourist guide..maklumlah dulu dia penah seminggu dok kat situ......

dah x jadi makan kat Stulang...en.suami kata..."oklah kita makan kat LC Katering" huhhhh...gembira aku sbb akhirnya dapat gak makan kat situ kan...tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.......sedih betul lah sbb sekali lagi kami sesat banat ( mmg sah lah ni kene gak cari GPS ) geram jugak dah masa ni......tp sabar je lah.....

dan akhirnya destinasi makan2 kami ahad lps.....

~ alamak! kecitnya gmbaq.... ni la Tesco Tebrau...gmbr ehsan google ~

~ habis semua menu nak di 'penyet' ^______^ perut pun dah mengamuk kelaparan kan...aku pun order lah nasi ayam penyet...1 set RM6.90 ~

~ inilah nasi ayam penyet aku....nampak sungguh pucat kan...sup dia ni pun ala2 masak singgang jer...nasib baik lah sambal n ayam grg dia sedap.....alhamdulillah kenyang makan.... ~

en.suami makan mi claypot, damya n fiqa makan sup cendawan n kentang grg...( x sempat nak snap gmbr sbb firas dah mula menangis sbb mengantuk)

~ pose manja kat atas stroller baru.... :) sblm dia start engine mengamuk sbb mengantuk..sempat juga dia melelapkan mata lbh kurang 1/2 jam sbb kami masih meronda lps makan tu.... ~


~ ada kisah menyayat hati sebalik gambar ini.....next n3 nnti aku share...... ~


June 21, 2011

firas di usia 5 bulan.....

arini x sempat nak sembang panjang2.....

buat n3 laju2 je ni, exceli gmbo dah siap2 upload mlm td...ada 3-4 n3 yg dah masukkan gmbr cuma blm ada citer jer..sbb b/band masih agak meragam kan....nak upload gmbr makan masa...jadi kita mskkan gmbr dulu.....

dah lama x letak gmbr firas kan...kali ni gmbr campur2 di sana sini....semua ni gmbr2 masa firas umur 5 bulan.....zasssssssssssssss.....layannnnnn.............

~ makin bulat dan bulat dan bulat....^_________^ pipi tembam..bam..bammm!!! asyik kene cium je dgn kakak2,mama & baba.....nasib baik x kempis pipi tu.....~

~ pose sblm lene di buai mimpi indah... :D ~

~ makan pun kene b'bedung...klu x habis meloncat segala mangkuk n cawan tue....menu firas skrg pagi: 2 kpg biskut Farley's Rusk+1 scoop susu + 2 scoop nestum...menu ptg: 3 scoop nestum+ 2 scoop susu @ nasi yg di blender bersama sayur2 or ayam.... sentiasa licin....alhamdulillah ~

~ see.....selambak dah bila duduk cenggini..dagu b'lapis2...pewot muncit....muahahaaaaa...mmg sedap klu di gomol2 sblm tido....mcm peluk teddy bear...ngeeeeeeee ~

ada kawan2 yg bertanya..." ko bagi makan apa anak2 ko lia semuanya chubby2 belaka???? " sejujurnya mmg x der lah bagi xtra vitamin ke apa....bagi makan mcm biasa je, cuma mmg agaknya baka mmg cenggitu...( tgk lah saiz mama dia kan....huhuhuuuuuu...nak kurus!!!!!)

klu ikutkan anak2 ni masa kecik2 bila kita tgk saiz badan dia semangat...comel...montel mmg kita suka...rasa puas bila tgk anak2 membesar dgn sihat tp pada aku lah kan....klu x chubby pun x per...janji sihat walafiat..x yah lah nak paksa anak2 makan byk2 pulak sbb nak bagi dia montel.....biarlah dia membesar seadanya.......

mcm damya skrg bila dah makin besar...dia dah pandai cakap "mama...kakak nak kurus lah...." dan hari ini damya berpuasa lagi....syukur alhamdulillah....klu ikutkan aku mmg x nak dia pun ikut puasa sbb dia sekolah.....klu minggu lps dia puasa masa cuti sekolah x pe lah kan sbb bila kat umah x lah letih sgt....tp mlm td dia ttp b'keras kata nak puasa dgn mama......

pukul 10 td sebelum tido dia makan biskut oreo+ segelas susu....harap2 dia blh b'tahan......

dan pagi ni aku x sempat nak ke blog kawan2 sbb nak buatkan dia puding coktail n mihun singapore kegemarannya sbgi juadah b'buka t/hari nnti (damya puasa 1/2 hari jer....)

aikkksss...tajuk nama firas tp t'selit plak kisah kakak mya.....x per lah iklan sikit...ngeeeeeeeeeeee......



p/s: ptg karang baru aku membalas kunjungan yer......happy blogging.....