June 01, 2012

bubur lepas rewang...

Assalamualaikum.....

terima kasih buat semua sahabat yg wish happy anniversary & mendoakan kebahagiaan kami...x kira lah sama ada kat blog atau pun di fb...

utk penutup minggu masak2, kali ni nak share resepi "bubur lepas rewang" ataupun nama glamornya bubur som som.... bubur ni dah lama aku buat....klu x silap masa bulan mac yg lps.... knp aku kata bubur lps rewang???? sbb kat kampung klu ada majlis kenduri kendara t'utamanya majlis kawin mmg wajib buat bubur som som ni.... penah juga tanya kat mak kenapa mesti buat bubur bila lps mjls kawin?? mak kata utk hilangkan penat n letih selepas b'tungkus lumus gotong royong... xtau lah btl ke x....

bubur som som ni aku rajin jugak buat masa bulan pose...sedap je makan sejuk2... anak2 selalu kata "mama ni taufu fa (tauhu panas/lembut) ker???" klu dipandang pd rupanya mmg x jauh bezanya kan...tp d aku bubur som som lg sedap sbb rasanya lemak2 giteww.... (haihh..masa dok taip n3 ni tetiba da rasa t'ingin nak makan lagi....heheheeee)

resepi kali ni ambik dr blog Kak Wana...


BUBUR SOM SOM


Bahan bahan nya:-
1 cawan tepong beras
4 cawan santan pekat
2 helai daun pandan yang disimpul
sedikit garam
Cara penyediaanya.
1. Kacau sebati semua bahan bahan ini didalam periuk yang bersesuaian,diatas api yang perlahan sehingga pekat.
2. Apabila nampak berkilat, angkat dan masuk kan dalam acuan atau pun loyang.
3. Kemudian dikukus lebih kurang 15 minit. Angkat dan sejukkan.
4. Masa makan nya curahkan pula air gula yang telah dimasak bersama sama dengan daun pandan juga sedikit gula pasir untuk tambah manis.
5. Nak lagi sedap simpan atau sejukkan nya didalam peti ais terlebih dahulu
** Versi saya : saya tak kukus.. lepas masak dan kacau atas api hingga pekat terus letak dalam cawan kecik2… kemudian sejukkan…  dan bleh terus di hidang bersama air gula melaka… (** lia buat mcm kak wana)





















p/s: bila dok kat kampung anak2 ligat bermain...x reti nak berehat...x hirau panas & hujan!! aduhai....sabar je lah...x per lah bagi peluang dia org main puas2... balik melaka nnti kene kurung je kat dalam umah....






7 cerita dari hati:

AnneRaini said... Reply To This Comment

ye samalah..lepas kenduri kawin je mesti ada bubur som som ni...tpkan skrg diorg dah advance dah. dah tak bagi bubur som som tp bagi dadeh pulak...sorang buat sume ikut..huhu

Izan Ishak said... Reply To This Comment

samalah kak... kalau kat tempat izan pun camni. bubur somsom makan2 lepas siap kenduri... sedapnya makan sejuk2.

Liza Razak said... Reply To This Comment

saya x pernah makan bubur som som..first time tau ni :)

LYAfrina said... Reply To This Comment

wahh.. 1st time tgk ni... n dgr nama bubur somsom

LYAfrina said... Reply To This Comment

slamat myambut ulangtahun pkahwinan y ke 10...wah..satu tempoh y panjang ni.. lya doakan moga kebahagiaan akan trus myinar hingga ke akhirat..amin

** sori ye..lmbt wish

Dee said... Reply To This Comment

sedapnya bubur som som..

sis, happy anniversary ye..moga berbahagia hingga ke hujung nyawa..

Unknown said... Reply To This Comment

unik nyer rupo paras bubur nih...tak pernah try lagi...