May 20, 2011

Ayam Panggang Ala Kenny Roger's

sambungan dari n3 dia bawah..'terpaksa' di asingkan sbb nak letak kat label yg b'lainan utk rujukan di masa akan dtg....^_____^

sorilah yerk..ayam yg tertonggeng kat atas tu mcm x berseri jer...al-maklumlah tuan umah ni x pandai nak menghias dah lah tu t'lbh rentung la pulak....tp yg penting rasanya sodappppp....sungguh!! yg kat bahagian rentung tu x rasa pahit pun.....x caya korang try arrr....mmg puas hati....

rasanya ini kali ke-2 aku panggang ayam sekor gini sejak aku beli oven 7 tahun yg lalu...huhuuuuu...tu yg rasa xcited sgt tuh....risau juga klu2 ayam yg dipanggang x masak smpi ke dalam....tp alhamdulillah...masak sepenuhnya...gumbira hatiku & tambah happy bila en.suami kata sedap....terima kasih pada kak ummi n che mid

klu ikukan kak ummi dia perap 3 jam...tp aku perap 1 1/2jam jer sbb dah t'lambat masa tu....meh arr semak resepi....

AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGER'S

sumber : kak ummi & che mid

Bahan-bahan:-
  • 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)

Bahan2 untuk perap ayam : -

  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir- (*akak guna gula perang)
  • 2 sudu besar herba campuran (akak xda ni, letak campuran dried parsley, oregano + basil)
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
  • Sedikit mentega
  • sebuk lada hitam (lia tambah...tabur sikit kata atas ayam masa nak panggang)
Cara-cara:-
  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. Perap selama 1 1/2 jam.- Hana perap semalaman (*akak perap 3 jam) (**lia perap 1 1/2 jam)
  4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang.
  5. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. (Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar. ) Kali ni akak makan dengan nasi Mandhi...hehehe (samalah kita....^____^)

***lia buat slps 1/2 jam pertama tu...ayam dibungkus dgn foil utk pastikan ayam masak smpi ke dalam...(lia letak ayam dalam loyang jd, senang nak bungkus ayam tu dgn foil) maklum lah pakai oven comel jer....bakar lg dalam 1 jam pastu buka balik foil n tambah lagi 1/2jam utk bagi ayam lbh garing.



16 cerita dari hati:

Nur Hawa Mohd Zin said... Reply To This Comment

nyummy..kalu tambah madu sedapnyeeeee :)

Cida de' Nuanza said... Reply To This Comment

wahhh...x yah gi kenny rogers dh pas ni..huhu

AnneRaini said... Reply To This Comment

kak..ayam tu menggiurkan..ngencess sy..huhuhu

Kakzakie Purvit said... Reply To This Comment

Lia pandai nak menggayakan sebab itu boleh jadi. Kalau kakak jawabnya yg rentung pasti pahit jadinya....

JaJa'Z said... Reply To This Comment

waduh2..solid betul ayam tu tertonggenggggggg...terliur habis tengok....nasib baik la umah jaja ni takde oven..kalau takkkkk..dah lama jaja buat..

Lelord said... Reply To This Comment

wow menawan la is...nanti nk try la

akiratoriza said... Reply To This Comment

sedap nampak ayam panggang tu.. memang terliur kak. sy xdpt nak try la coz sy xde oven... sy mmg mengidam nak beli oven tp tak tau bila...

wifemdnavy said... Reply To This Comment

Yum yum.. gi Kenny Rogers la pas nih!!

halila Ibrahim said... Reply To This Comment

sedap la nampak .. sebelum nie ada jugak nak try bakar sekor2 ayam tp takut tak masak..

fRaMe+LenSeS said... Reply To This Comment

alaaa.. nampak sedap la akak.. huu.. da terliur da ni. :D

mamaarifakeemaisy said... Reply To This Comment

eina lg la, tak pernah lgsg try bakar ayam dalam oven sekor gitu..hee~ takut tak habis makan jer berdua.. =P..

tp cam best je tu...dapnyer..

mamaarifakeemaisy said... Reply To This Comment

oh ye...Lieya...arif dah sihat sepenuhnya hari ni..semalam pun dah ok sket, tak panas lagi..Alhamdulillah... ^_^ thanks bertnya khabar! terharu ii..hee~

azila said... Reply To This Comment

wah...kagum la k.lia ni.makin menjadi2 resepi dia.jeles ni, zla dah gian nak masak2 balik ni..heheh

Nur-nba said... Reply To This Comment

Assalamualaikum.. Kak Lia, sedapnya lauk ni.. Mohon izin copy resepi ni.. Bila2 boleh cuba.. :) ~Salam perkenalan dari JB

♥ aNJe a.k.a MaMa_Balqis ♥ said... Reply To This Comment

wah sedapnya, terliur sudah, tapi kita on diet kena tengok je la

ieja amieja said... Reply To This Comment

nmpak mmg sodap..terliur di buatnyer..nak cuba lah..hrp2 menjadi