November 18, 2013

Apam Pisang Gula Hangus paling sedap,lembut & gebu!!

Assalamualaikum......

dah lewat petang baru sempat nak tgk blog yg semakin suam2 kuku ni... itu pun sbb pagi td sya dah berjanji nak share resepi apam pisang yg saya buat pagi td utk santapan anak2...

spt biasa bila bermulanya musim cuti persekolahan mmg masa sya akan lbh byk di dapur... menyediakan kudap2an utk anak2... cuti blm start tp dh b'deret menu yg di order anak2.. ada yg nak apam,donut, kek coklat, bingka ubi (gara2 terpengaruh tgk citer Datuk Lat... ada episod mak si mat masuk pertandingan buat bengkang ubi... heheheee) b'ia damya nak merasa betapa lazatnya kuih bengkang ubi tu... dia x tahu maknya ni x pandai buat bingka/bengkang ubi... makan tau le.. huhuu...

dan bermulanya cuti sekolah...en.suami pula perlu b'tugas ke Tawau selama 10 hari... maka 'bertapalah' sya anak beranak kat umah... cnfirm lah anak2 dara tu akan sibuk dok ulang2 perkataan 'bosan n boring' maklumlah bila babah x de mmg kami x keluar ke mana2...

bukan senang nak kontrol 4 org anak sendirian tambah lagi zaman skrg ni 'penjenayah' ada di mana2... iskhh...saya mmg x berani nak take risk... biarlah dia bosan kat umah... sblm en.suami pergi mungkin sya akan shoppingkan buku2 cerita/latihan supaya ada ruang utk kakak2 mengisi masa lapang... w'pun hakikat sbnrnya masa lbh byk dihabiskan mengadap utube n main game...

ok2... dah lari tajuk lak ni.. meh2 kita citer pasal apa pisang yg sya nak share resepinya.. serius sya ckp mmg terbaik lah apam pisang ni, btl x tipu... setakat ni, inilah apam yg paling best, lembut gebu mcm span w'pun dah sejuk.. rasanya lemak2 manis iskhhh...mmg sedap lah... sya ambik resepi dr dapur madiha yg mana resepinya asalnya dr blog alongroz


APAM GULA HANGUS


Resepi : Alongroz & Madiha

BAHAN2:

½ cwn Gula
1 cwn Susu Cair Evaporated
3 sb Butter
3 bj Telur
1 cwn Gula Kastor ~ lia kurangkan 3/4 cawan sbb guna pisang berangan yg mmg dah manis
1½ cwn Pisang Lecek
2 cwn Tepung*
1 st Baking Powder*
1 st Bic Soda*
1/4 st Garam* (* ayakkan sekali) 

CARA2:
1. Cairkan gula dgn api kecil & masukkan susu sehingga menggelegak.
Tutup api & campurkan mentega.
Sejukkan.
2. Pukul telur & gula sehingga kembang.
Masukkan pisang & gaul rata.
Masukkan gula hangus dan tepung* sedikit2 sehingga sebati.
3. Tuangkan ke dlm tin yg di minyakkan.
Kukus selama 1 jam sehingga masak.


** lia guna acuan kecil jadi cuma kukus 20 minit je. 






















menghitung hari..............