October 28, 2011

dari butterscoth jadi KELEDEK

Assalamualaikum.....


nak citer al-kisah donut keledek...buat ari rabu masa cuti depavali kelmarin....yer..kelmarin yer kawan2 bukan semalam tau!! huuuuu.....

sbnrnya dah lama anak2 suruh buat donut ni....tp asyik t'tangguh jer,ntah knp mood nak m'donut (erkkk...wujud ker ayat m'donut..??? ) ke laut manjang.....dan kebetulan pula, ptg selasa tu masa buka blog t'pandang n3 kak nor "butterscotch doughnuts"....wahhhhh!!! menarik nih...kat umah pun ada roti butterscotch 1/2 lagik...mesti sedap klu buat donut ek...pastu terus laju jer tangan nak klik kat situ...tp potong stim betul!! ptg tu line b/band da macam siput gonggong b'jalan.....hanginnnnnnnnnn aku!! lansung x blh buka blog kak nor...keciwa daku!!!

pagi esok (rabu) cpt2 aku on lappy sbb nak tgk resepi donut butterscoth tue....ingat nak buat sarapan pagi.....tetiba.....muahahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....panjangkan aku gelak! mmg lawak sbb kak nor bukan guna roti butterscoth tu...tp guna benda ni....1st time aku tgk tau!! ini rupanya......hadoiii....

~ credit to blog kak nor "secubit garam".... (kak nor,lia letak sini utk rujukan di hari2 m'dtg yer....tq)

pagi2 aku da mengadu nasib dgn kak nor....uhuks & kak nor suggest buat donut keledek...dia kata donut ni dulu asalnya adalah resepi donut kentang tp kak nor tukar pd keledek n hasilnya donut ni lembut n gebusss sgt...bila dgr gebus tu mmg syok lah kan nak mencuba sbb dolu2 aku penah jg buat donut kentang....zaman masih blm ada anak dulu lah.... (5 tahun yg lps) tp keledek mmg x penah lagik...kebetulan pulak mmg ada 2 biji keledek kuning lbh aku buat pengat..

~ bila makan pengat ni t'ingat kat arwah yahi (atok),dia suka btl makan pengat macam ni....dah 8 tahun dia 'pergi' bertemuNYa.... al-fatihah ~

jadi...niat nak buat sarapan pending ke minum ptg pulak...pagi tu kita org perabis kan lah roti butterscoth yg 1/2 bungkus tu sampai licin!!! huhuhuuuuuuuuuuuuu....

~ masa buat donut ni aku merasmikan penerap donut yg kak hana bagi kat SINI jadi bahagian tgh yg diterap tu aku terus grg jerk...jadilah donut ball cumil2...senang nak makan...x bertaburan gula...terus ngapp masuk mulut! ~

DONUT KENTANG

By: Ros Jintan Manis

sumber : Kak Nor@secubit garam

Bahan-bahannya
250 gram tepung gandum
80 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek ( lebih kurang 2 biji kentang saiz kecil)
2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit)
80/90ml susu segar boleh ganti dengan air suam
1 1/2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)
( susu tu ros letak sikit-sikit klu 80ml tu dah memadai dan doh ok, kita guna 80ml je, klu rasa keras guna 90ml, sebab saiz telur yang digunakan lain-lain kan, di sini kena pandai agak-agak ye, doh jangan lembik sanngat, nanti donut meresap minyak bila digoreng.)

Caranya.
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.

2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.

3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.

4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..

**

Ni sukatan yg K.Nor buat utk 2 adunan bg Donut Keledek

sumber: K.Nor@SecubitGaram
500 gram tepung gandum

200 gram keledek yang telah direbus dan dilenyek
4 sudu besar susu tepung
1 biji telur ( dipukul sedikit)
200 ml air suam ~ k.nor lebihkan air sbb guna 1bj telur jer
3 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula ~ gula dikurangkan sket sbb keledek dah ada rasa manis
3 sudu kecil yis ~ lain kali nak kurangkan sket

*** air suam tu kene edit sendiri yer...agak2 klu adunan dah ok x yah la habiskan 200ml tu.... :)


p/s : ada satu lagi permintaan dari damya yg blm sempat aku nak buat.....dia nak makan pancake...ntah bila nak buat nih.....badan dah mula seram2 sejuk..mcm tau2 je cik abg nak balik kan....huhuuuu.....tp mmg dr mlm td sendi2 ni dah mula sakit2 dan itu mmg tanda aku nak demam...aduhhh....


JIWA MUKMIN

Jiwa Mukmin

Jiwa yang bergantung dengan Allah. Setiap kali dia dilanda kesusahan perkara yang pertama yang berdetik di hatinya ialah pertolongan Allah. Harapan dan pergantungan kepada Allah, doa, sujud, solat, rintihan di kesunyian malam, istighfar dan seumpamanya yang membolehkan Allah mendengar rintihannya. Firman Allah;

“Siapakah yang dapat menyahut orang yang dalam kemudaratan, tatkala dia berdoa kepadaNya, serta Dia menghilang keburukan?!”. (Surah al-Naml: ayat 62).

Sesungguhnya, tiada siapa yang dapat menyahutnya melainkan Allah S.W.T. Keyakinan dan keimanan yang mendalam inilah yang menjadikan doa insan yang bergantung dengan Allah itu pantas diterima. Allah mengeluarkan insan dari kesusahan dengan pelbagai cara dan rupa yang dikehendakiNya. Bahawa Tuhan itu amat dekat disebabkan doa yang mustajab dari hamba yang kesusahan. Dengan seruan ‘Ya Allah! Tolonglah daku!’maka dengan pantas ia sampai ke langit dan pertolongan Allah pun datang dengan cara dan kehendakNya.





October 27, 2011

cabaran bila anak2 tak sihat...

Assalamualaikum.....


seronok b'cuti2 semalam....mesti ramai yg pi m'ronda2 kan....kami masih setia di sini....selagi en.suami x balik mmg b'kurung lah dalam 'sangkar emas'.....bukan lah b'kurung sgt pun ada la juga keluar pi kedai depan taman ni beli sayur n ikan/ayam....tp x der lah nak merantau smpi ke bandar Kota Tinggi nunnn....

alhamdulillah hari ini kesihatan anak2 dah semakin pulih....firas pun mlm td tido lena..sesekali je batuk2, sama jugalah dgn afiqah....syukur Ya! Allah....di saat2 sendirian menguruskan anak2 yg x sihat mmg agak kelam kabut....klu cuma seorg yg sakit x mengapa....ini semua sekali termasuk mamanya....tp itu lah, bila di renung kembali.....kesusahan n kesukaran ini sbnrnya terselit 1001 kemanisan yg tidak aku sedari......

malam td bila mata t'kebil2 x blh nak lelap (bimbang panas badan firas mencanak naik lagi....) baru aku nampak 'kemanisan' itu.....skrg aku lbh berani n positif bila menghadapi saat2 kecemasan & semakin berani memandu kereta yg selama ini aku cuma bawa anta anak2 ke sekolah n pegi kedai.....alhamdulillah.....ada peningkatan diri.

"Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan jadi seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api."

tazkirah utk diri sendiri....renung2kan dan selamat beramal...... ^_____________^

ok lah....ini cerita kami hari selasa lps.....

~ sejak dari hari isnin pagi damya,afiqah n firas dah mula batuk2 n selsema....tp masih blm teruk sgt n ubat yg lama masih ada... tp mlm selasa tu damya n firas dah mula muntah2....afiqah batuk tanpa henti....mmg x tido mlm la aku masa tu.....yg buat aku lega sikit sbb badan anak2 ni x panas....bila b'tau kat en.suami dia suruh bawa anak2 ke klinik tp aku masih 50/50 nak pegi sbb klinik tu agak jauh (w'pun sbnrnya cuma 15 minit je dr umah aku...) bila pagi tgk keadaan afiqah makin teruk (masuk neb sblm ke klinik) aku nekad pergi....pukul 9.15 pagi kami b'4 dah t'pacak kat depan klinik ~

~ ini nombor giliran kami....no.10! anak2 dara ni ayu ke klinik dgn baju kurung sbb pagi tu kakak2 ni pi mengaji dulu...cuti sekolah waktu mengaji di ganti pd waktu pagi ~

~ aku tgk jam dekat nak pukul 10 tp sorang patient pun x di panggil masuk...firas pulak dah renyah....m'rengek2 pusing ke kanan ke kiri...mata da mengatuk sbb malam x tido lena....kakak2 yg 2 org lagik tu jgn citer lah asyik tanya "bila doktor nak panggil kita ni mama...?? penat lah....." pastu mengeluh bosan lah...boring lah....haihhhh...sabo je lah....rupa2nya pukul 10 baru doktor sampai...adoiii lah! dah le tu ada kes kecemasan lah pulak.....ntah tangan org tu masuk dalam masin pemotong kayu ke apa...sbb aku tgk baju dia ada byk melekat habuk2 kayu.... (aku agak je nih...memandai! ) ~

~ muka budak buhsan....serba serbi x kene...nasib baik lah dalam pukul 1o lbh tu mak long n auntie fini dtg.....ceria lah sikit dia org ni sbb mak long bawakan cekelat.... (thanks yer jun n fini....kak long tau korang baca blog nih.... ^______^) masa ni firas sampai t'lena kat pangkuan auntie fini.....mengatuk sungguh dia...~

~ lbh kurang pukul 11 baru lah sampai giliran kami.....ini ubat2 utk afiqah,dapat ubat cuci darah sbb afiqah kene gatal2 kat setiap celah pelipat tangan n kaki....ni symthom sakit asthma dia.....dan aku sgt2 puas hati dgn keberkesanan ubat ni sbb hari ni segala mak/bapak ruam tu terus hilang!! kering.....alhamdulillah sgt, sbb aku n suami mmg sgt2 risau dgn sakit dia ni....dah b'botol2 ubat sapu kita org beli..yg mahal...yg murah..sebut apa jer yg org suggest kita org pi cari..tp x penah elok.... ~

~ dan malam tu lps maghrib je tetiba badan firas panas....terus buka semua baju tinggal pampers jer...mata pun dah merah b'air...risau dah masa ni,mcm2 aku fikir....baca doa mmg x henti lah...mohon supaya x der apa2 yg berlaku & spt biasa aku siap2 standby segala apa yg patut utk m'hadapi saat2 kecemasan... ~

~ en.suami suruh masuk ubat kot b****t tu...tp aku check suhu badan dia naik turun....yg ni masa aku ambil pukul 9 mlm....jd aku hold dulu...klu naik smpi 38-39'c baru masukkan ubat..... ~

~ tgh b'3G dgn baba tetiba dia lelap.....tampal kool fever kat kepala mmg x nak lansung....pukul 3 pagi suhu badan naik mencanak 39'c (aku mmg tido2 ayam je masa ni...) x der pilihan mmg terus masuk ubat b****t...dekat 1 jam baru panas turun semula....masa ni aku dah mamai2 rasanya...dgn damya 2x muntah, afiqah kejap2 batuk n menangis......mmg dugaan.... ~


dan hari ini anak2ku kembali ketawa riang.....cuma masih ada lagi sisa batuk2 n selsema tu tp dah ada perubahan.....damya pun x muntah lagi mlm td....semua tido dgn aman n tenteram......syukran!



p/s: airmataku tertumpah di SINI...t'sedu2 aku sendirian menatap wajah mulus n comel ini....semoga dia akan sentiasa diberi kekuatan utk menghadapi hari2 esok yg penuh liku,onak n duri......semoga dia akan sentiasa berada dibawah lindunganNYA.....semoga ibu & ayahnya setabah n sekuat dirinya..........amin. crdt to ibuaqil


October 26, 2011

WW #4 : maafkan saya...




p/s : maafkan sya krn x dapat nak bw ke blog sahabat2 yg telah sudi singgah ke sini semalam & hari ini......anak2 still x sihat ( terutamanya my little hero.... ) n memerlukan pemantauan dr masa ke semasa.....insya'allah bila keadaan kembali pulih saya akan membalas kunjungan2 anda semua...........................




October 25, 2011

NASI AYAM IPOH

Assalamualaikum.....

da makan t/hari....??? klu blm sila lah menjamu mata dgn hidangan di bawah yer..... (uhuuu...x baik ko lia!!! )


Cuti sekolah dah pun 2 hari bermula….maka meriahlah suasana kat umah ini dgn ragam anak2 dara 2 org ni….dr celik mata sampai lah masuk waktu tido kejenya…gaduh…gelak2…gaduh….ketawa bagai nak rak,siap b’guling2, b'peluk2 bagai pastu gaduh lagik m’jerit2 pulak……pastu baik semula n gaduh2 lagik…..haaaa…begitulah seterusnya yer smpi lah pukul 10.30 mlm waktu wajib masuk bilik tido….baru lah aman….tp itu lah kan....anak2 ini lah penghibur di kala duka.... ^__________^


Dan bila cuti sekolah ni, menu masak2 di dapur byk m’ikut permintaan anak2….mcm ari sabtu lps…kakak mya nak makan nasi ayam….aku skrg klu nak buat nasi ayam mmg x pilih resepi lain dah…..aku mmg dah ‘booked’ resepi ni…..


Ini 2nd time aku buat, 1st time dulu buat masa raya….menjamu adik2 yg dtg ke rumah n makcik aku yg dok kat Skudai nun….semua kata sedappp!! Lain dari yg lain rasanya…..mmg puas hati lah…tgk pada resepi mcm cerewet nak buat tp bila da buat…eeehhehh..senang n ringkas jer….

X daya nak citer pjg lebar….sesapa yg b’kenan tu blh la print resepi di bawah yer….



NASI AYAM IPOH


Resepi : Quinne MyR,

sumber : Kak Nor & Kak Azlita


Bahan Utk Nasi:-
4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia*
3 biji bawang putih*
3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega

Bahan Untuk Ayam:-
1 ekor ayam
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)
1/2 sudu serbuk besar lada hitam ~ ni k.nor tambah

Bahan Untuk Sup:-
air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu
1 sudu besar serbuk lada sulah

Bahan Untuk Cili
10/15 biji cili burung
6 biji cili merah
sedikit halia (ambik dari rebusan)
5/6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi/nipis
sedikit air dari air rebusan ayam
garam dan gula secukupnya

(Masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur)


Bahan Untuk Kicap:-
5 biji cili burung
sedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap secukupnya
2 sudu besar sos tiram
tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)

(Blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah)


Bahan Hiasan
tomato, salad, daun sup dan bawang, timun

Cara2:-
Mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.

Cara Untuk Nasi
Mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.

Cara Untuk Ayam
Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan* yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.

Cara Untuk Sup:-
Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup. (Saya masukkan 1 kuib ayam, garam dan serbuk perasa untuk ini)

Selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.


~ sangat2 puas hati dgn hasilnya.....sedap!!! cuba lah..........gerenti puas hati!~







p/s: da chop resepi ni utk menu b'buka pose tahun depan.....wahhhhh!!! blh gitu...??? tahun depan menyambut ramadhan di Melaka...tetiba teringat bazaar ramdahan Taman Chempaka..... ^_______^


cuba.. try... test!!

Assalamualaikum......



jom kita........................

huuuuuuuuuu..pepagi nak ngajak org test2 bagai....apa yg nak di cuba...try...test tue..............

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

huuuuu...jauhnya.....mcm lah surprise sgt......

x der apa pun sajer nak ajak korang test ni ha.....


~ eskrem terbaru dr wall's.....t'guda dgn promotion dr seseorang ni lah (baik punya promote tau!! ) haihhh...gigih aku mencari kat kedai depan taman ni....2-3 hari tunggu x sampai2 dan bila ada terus lah rembat.....tp kan niatnya nak beli masa pagi sbb x blh tunjuk kat pika (sbb dia ada asthma) tppppppppp....gitu lah kan naluri mama....kdg2 x sampai hati dgn anak2....bila nak beli t'ingat kat 2 org anak dara tu.....x kan lah mama makan sedap2 anak2 x dapat pulak...uhuksss...tp kan kakak mya baguihhh...dia nak hok yg murah sajor....yg bawah nunnnn dia punya lah tu....huhuhuuuuu ~

~ eskrem kakak mya sampai je umah da cair...lambat sgt td sbb melayan afiqah...dia klu p kedai semua nak borong!! mmg menguji kesabaran mama sungguh.... ~

~ nampak x mata bengkak dia sbb menangis...... ~

~ hero ni plak blh takut eskrem....tu konon2 je tu nak pegang tuh....bila kita bagi kat mulut dia t'kelip2 mata...heheheee..lawak lah firas....kakak2 siap guling2 gelakkan adik dia takut eskrem...sabau je lah!~

~ tetiba gmbr ni jd cantik mcm di edit plak...padahal x der pun.... suka plak aku tgk....kuang3...sian kan suara hati org yg x dapat2 nak beli DSLR...huaaaaaaaaaaaaaaaaa.... !! ~



dan hari ini...kami semua batuk n selsema....tp rasanya bukanlah di sebabkan eskrim ni pun sbb kami makan ni ari khamis....dan batuk2 ni menyerang sejak semalam....mlm td damya n firas batuk sampai muntah2....aritu firas x makan pun eskrem tp bila kakak2 dah batuk mmg mudah lah b'jangkit kat dia......mama plak masih pening2 lalat lagi ni....harap2 hari ini akan kurang pening n sakit tekak nih.....amin....

klu mama x sihat ssh nak jaga anak2 yg demam.....oh! baba lambatnya nak tunggu hari jumaat ni.....


p/s: sgt2 terasa kepenatan n kapayahannya menguruskan r/tangga n anak2 sendirian......pagi ni ke klinik lagi.....



October 24, 2011

indahnya persahabatan....

Assalamualaikum....

alhamdulillah b'temu lagi di pagi Isnin nan indah.....masa aku buat n3 ni kat luar tgh hujan renyai2...mendung tgh berarak...... xjadilah aku nak basuh baju nampaknya...pending smpi ptg nnti..tgk cuaca mcmana....

cuaca x menentu skrg....korang jagalah kesihatan elok2 yer...aku ni dah dr semalam tekak dah mula perit2...badan n sendi sakit2...kepala pun cam senoneng jerk, semalam masa buang sampah kat belakang umah mmg ada kene hujan gerimis sikit...x sangka plak blh jd camni...aku mmg da lama x demam ni...harap2 jgn lah smpi x blh nak bgn... (pening2 pun gigih buat n3....ngeee )

sje nak m'abadikan beita gembira ari sabtu lps....tgh aku sibuk2 melayan anak2 makan t/hari...tetiba ada abg posmen POSLAJU dtg anta parcel....masa tu aku mcm dah dapat agak sapa yg bagi sbb 4-5 hari sblm tu ada sorang blogger tu tanya alamat umah.......

~ extremely urgent tue.... ^________^ ~

~ isi dalam bungkusan istimewa ini.....bestkan semua dapat..huhuhuuuuu.....ada b'day kad lagi tau.... ~

~ yeahaaaaaa...buku lagi!!! anak2 mmg suka klu dapat buku sbb sejak da sekolah ni mmg da train "no more" menan yer kakak2....klu pi mana2 beli buku x per...yg atas tu fiqa punya n bawah tu mya punya..... ~

~ yadaaaaaaaa.....mama punya!!! suka sgt2...siyes....masa buka bungkusan n tgk isi dalamnya senyuman ni mmg sampai telinga.....ngeeeee.....thanks dear...x tau nak kata apa.....tqvm!! dah aim beberapa resepi nak buat....tunggu en.suami balik nnti....semua resepi kat dalam ni simple2 nak menarik sgt2.....rasa mcm nak buat semua jer.....~

~ tgk lah pika ni....terus je capai pensil n buat dot2 n arini semua lukisan dot2 tu dia dah siap buat n kaler sekali..... ^________^ (tp x sempat nak ambik gmbo... ) sesuai lah anak2 ni dapat buku masa cuti sekolah kan....ada aktiviti utk dia orang... thank u teacher! ~

~ kakak dgn pose lentok n peacenya x habis2....mcm tau2 je kakak mya suka math... :) ~

terima kasih kepada sahabat ini n sebenarnya aku dah anggap dia mcm adik sndri...w'pun kami x penah lagi b'sua muka sesekali b'tukar sms n cuma mendengar suara di corong hp.....tp kemesraan yg t'jalin spt sudah mengenalinya b'puluh tahun....itulah indahnya persahabatan.......

semoga suatu hari nnti impian utk bertemunya akan menjadi reality...amin!!

terima kasih juga buat kak yus (alam sari) n ayu ( citarasa rinduan ) yg telah memberi kata2 semangat untuk aku.....sayang korang semua... (tetiba mood jd sebak...sayu...pilu....... ) x rugi aku jadi blogger kan...kini aku di kelilingi sahabat2 yg sgt2 prihatin.....w'pun kebanyakkannya x pernah bersua muka lagi tp kemesraan yg terjalin di "alam maya" ini sudah cukup membahagiakan.....alhamdulillah.



p/s : sat lagi lps b/fast nak kene makan panadol nih......


October 23, 2011

sila jangan ketawa....

Assalamualaikum.....


haaaa.....gitu plak statement yerk….awal2 dah warning jgn gelak…bukan apa,org lain dah ramai yg m’baking guna mould silicon nih…tp aku baru berani2 takut nak guna…ye lah…mcm2 aku dok bayangkan masa nak bakor kek guna mould ni….kot nnti tetiba mould tu jadi kelepet kelepot huaaaaaaaaaaaaaa….mau x meraung haku!! Dah la mould tu hadiah dr sohabat tersayang nun jauh di Qatar sana…..haihhhh…klu rosak mmg merana hati ni….. Masa bakar kek ni setiap 2 minit aku m’intai2 kat depan oven…takut wehhh…mana tau tetiba mould tu m’cair ke…x ke naya…!!! Jakun sungguh ko lia!!! Apa daaaaaaaa….


~ elok je kan hasilnya...x lah cair pun mould nih...kuang3!!! ~

Projek kali ni sbnrnya mmg khas nak merasmikan mould yg dah lama aku dapat (sejak raya tu ari…) dok pikir2 nak buat kek apa kat mould cantik nie….mula2 nak buat kek orange blended….pastu tetiba tgk ada 3-4 biji pisang berangan yg dah hamper xpired, aku beli utk kudapan firas (ececeehhhh…kudapan tu…kelas ko lia!! ) dari dia makin lembik gitu baik lah ditransferkan menjadi kek pisang…..btl x??


~ berkilat jer kan..x sapu apa2 pun kat mould tu tau..... ~

Kek pisang kali ni hasil selongkar dr dapur Kak Azlita lagik…..ampun ye kak asyik selongkar dapur akak jer…huhuuhuuuu….apa tidaknya semua masakan kat blog kak ita ni menikam qalbu…rasa mcm nak buat je semua! Masa baca resepi ni kak ita da pesan…klu nak buat makan utk sekeluarga eloklah buat ½ adunan sjer sbb klu buat 1 adunan hasilnya mmg banyak…takut x terabis pulak nnti….daaaa membazir…x baik kan m’bazir….kawan syaitan tue….x mo lah kan….jadinya aku pun buat ½ adunan sjer…ngam2 dgn mould yg lelord bagi…..dan yg bestnya cantik pula hasilnya…..terima kasih yer sohabat…balik m’sia nnti belikan lagik yg lain pulak…. (awwwwwwwwwwwww….demand eaaa…x malu!!!! kikikikiiiii)

Resepi ni sgt sedap ye teman2 sekalian…x tipu tau...!!! lembut sgt2 sebiji mcm kita makan kek chiffon….kek ni aku bawa ½ ke rumah sahabat baik kat taman ni (sahabat yg akan aku rindui bila aku pindah nnti….sob..sob..sob!! ) pastu yg ½ kat umah ni aku cuma dapat makan 1 slice jerk….selebihnya minah2 gebuss tu yg habiskan….masing2 bawa sorang sepiring makan mengadap TV….x per lah bila buat makan2 ni mmg utk anak2 pun….maknya dapat makan sikit pun jadi lah,asal x kempunan kan… (ehhh…tetiba t’ingat cite batu belah batub'tangkup...hihihiiiiiiii)

Jom semak resepi..x rugi mencuba….


~ kek ni sgt lembut.... ~


MARBLE CHOCOLATE BANANA CAKE


sumber : masam manis


250 gm pisang dilecek
250g tepung kek
1st baking powder
200g gula castor
6 biji telur
1 sb ovellette
2 sb susu pekat manis
50 g fresh milk atau susu cair
90 g minyak
1 sb choc emulco

1 sk esen pisang

"DO IT YOURSELF"


Leser loyang berukuran 10 x 10 inc dgn butter dan alaskan tapaknyer dgn kertas minyak.
Panaskan oven 170C.


Lenyek atau kisar pisang dan esen pisang hingga halus. Ketepikan
Satukan semua bahan dalam mixer kecuali

  • minyak
  • choc emulco
  • pisang
  • esen pisang
dan pukul dgn kelajuan max hingga adunan pekat dan gebu. Masukkan pisang dan putar lagi dgn kelajuan perlahan hingga semuanyer sebati.
Masukkan minyak dan gaul dgn spatula hingga adunan rata dan sebati.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
1 bahagian diletakkan choc emulco dan satu bahagian dibiarkan pada warna asal.
Masukkan 3 sudu besar warna asal betul2 ditengah2 loyang. Kemudian tuang pula warna coco betul ditengah dan di atas warna putih sebanyak 3 sudu besar juga. Buat begini hingga 3/4 adunan kemudian buat pula dgn 2 sudu besar dan akhir sekali 1 sudu.
Kemudian bakar pada suhu 170 C selama 1 jam atau sehingga masak.



p/s: nak kene buat kek ni lagi sbb damya da request pagi2 td.....nak kene pi cari pisang la nampaknya....



Pembedahan Pemindahan Buah Pinggang di Malaysia

Pembedahan Pemindahan Buah Pinggang di Malaysia

· Ia merupakan kaedah rawatan pemulihan selain hemodalisis dan CAPD

· Pesakit akan di bedah untuk dipasangkan sebelah buah pinggang untuk membolehkannya berfungsi seperti biasa.

· Perlu ada penderma di kalangan ahli keluarga, spt adik beradik, isteri/suami, ibu bapa dan saudara mara.

· Peraturan di Malyasia tidak membolehkan bukan pertalian keluarga mendermakan buah pinggangnya. Penderma di kalangan ahli keluarga hanya diperlukan sebelah buah pinggang sahaja. Pesakit dan penderma boleh menjalani kehidupan biasa dengan sebelah buah pinggang sahaja.

· Penderma akan dikehendaki menjalani ujian kesihatan dan pemeriksaan dan pemantauan selama 6 bulan sebelum dibenarkan mendermakan buah pinggang,bagi memastikan penderma dan penerima buah pinggang sihat dan tidak menghadapi sebarang komplikasi.

· Pembedahan boleh dijalankan di hospital kerajaan dengan percuma sekiranya ada penderma di kalangan ahli keluarga.

· Penderma mesti mempunyai group darah yang sama dgn penerima.

· Setelah ujian keserasian (cross match), dan Berjaya mencapai keserasian yg tinggi, pembedahan akan dilakukan serentak antara penderma & penerima.

· Bagi penderma pembedahan dilakukan utk mengambil sebelah buah pinggangnya.

· Bagi penerima, pembedahan dilakukan untuk memasang sebelah buah pinggangnya, tanpa membuang dua buah pinggang yg telah rosak.

· Setelah selesai pembedahan lebih kurang 6 jam, kedua2nya (penderma dan penerima) dirawat di ICU untuk pemulihan selama lebih kurang 10 hari.

· Selepas itu penerima buah pinggang dikehendaki mengambil ubat ‘anti rejection’ sepanjang hayatnya dan ubat2 lain yg diperlukan bagi membolehkan buab pinggang baru dapat diterima oleh system badan.

· Untuk tempoh selama lebih kurang 4-6 bulan, penerima tidak digalakkan untuk bergerak bebas,perlu dikuarantin, dan perlu memakai topeng ‘mask’ sekurang2nya 3-6 bulan untuk mengelakkan jangkitan kuman kerana system antibody telah dilemahkan bagi membolehkan system badan tidak menolak organ baru.

· Hospital selayang dan Hospital HUKM adalah diantara hospital kerajaan yang menjalankan pembedahan pemindahan buah pinggang secara percuma @ denagn kos yang minimum berbanding dengan kos pembedahan di luar Negara.

· Pasakit perlu mendaftarkan diri untuk di senaraikan sebagai penerima derma organ buah pinggang dari penderma yang dikenalpasti oleh pihak hospital.

· Bagi pesakit buah pinggang di Malaysia sekiranya tiada penderma dari kalangan ahli keluarga, mereka mungkin terpaksa menunggu penderma organ dalam tempoh yang agak lama, mungkin sehingga 5-10 tahun! Berbanding dengan Negara lain seperti Singapura, Australia dan New Zealand yang hanya menunggu penderma dalam tempoh lebih kurang 3-6 bulan. Ini disebabkan budaya menderma organ di kalangan rakyat Malaysia masih belum menjadi amalan walaupun telah terdapat fatwa yang membenarkannya (khususnya di kalangan umat Islam)




sumber : MY NEW KIDNEY


p/s : link blog diatas adalah milik sahabat baik ayahanda saya yg pernah mengalami kegagalan buah pinggang n menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang di China. Terima kasih di atas segala nasihat n panduan yg di beri...hanya Allah yg mampu membalasnya.


October 21, 2011

selamat hari lahir adik.....

~ MUHAMMAD ISMAZUWAIRI BIN SULAIMAN ~

Selamat ulang tahun yg ke-31...adik saya yg no.2 tp still 'adik' di hati saya..... ^_________^ semoga sentiasa diberkati n dirahmati olehNya....berbahagia di samping isteri tersayang n bby yg akan meyusul tahun depan....


p/s: masa buat n3 ni ntah keenapa hati jadi sebak.....hurmmmmm.......


"Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.”