Showing posts with label Muffin. Show all posts
Showing posts with label Muffin. Show all posts

June 19, 2013

Muffin Nutella semudah ABC!!

Assalamualaikum.....

pagi cuaca kat melaka masih kurang elok.. pagi td buka je tingkap umah bau asap terus menerpa ke lobang hidung yg x berapa nak mancung ni.. heheee.. mmg kuat sungguh bau asap..

bila keluar umah anta anak2 ke sekolah mata pun jadi kelat2 n pedih.. saya pesan kat anak2 minum air masak byk2.. jgn ddk luar kelas lama2.. yg lebih merisaukan saya afiqah ada asma & hujung mggu ni plak dia ada lawatan.. harap2nya 2-3 hari cuaca akan bertambah elok...


~ kabus tebal pagi td... tp skrg dah hilang kabus tu. alhamdulillah cuma masih x berani nak dok kat luar umah lama2 ~

semalam jaja ada post kat Ig gambar muffin nutella yg dia ambil dari blog cikepal b'ia jaja suruh saya menerai... maka saya pun hegeh2 la ke blog cikepal tgk resepi.. x yah copy pun resepi baca je terus lekat dalam kepala sbb cara n bahan2nya sgt mudah... semudah ABC katanya... :)

konon kata nak buat semalam...lincah kaduk lah bagai,tapi kaduk dah naik junjung... hahahaaaa... pagi ni baru berkesempatan mencuba....


~ hanya menggunakan 3 bahan2 shj... mmg senang giler,giler pun x senang mcm ni ahahahaaa... ni klu suruh damya n pika buat pun dia org pandai.. saya gandakan resepi dr yg cikepal bagi.. ye lah anak ramai mana cukup nak buat sikit je.lg lah damya tu mmg peminat kek cekelat... cara nak membuatnya cuma mixed telur + nutella smpai sebati pastu ayakkan tepung... kacau lg smpi semuanya bersatu :) sukatannya blh tgk kat blog cikepal yer... saya dah bagi link kat atas nun.... ^____^  ~


~ assistant saya yg hensem n macho...heheeee... b'sungguh dia susun paper cup ~


~ utk 1 adunan saya dapat 24biji muffin comel2..mmg ngam2 saiz mulut nak terus ngap!! yg kat atas ni 1/2 aduanan, so saya dapat 2 tray mcm ni.. bakar 15 min (180'c) atau mengikut kesesuaian oven masing2 lah... ~


~ tadaaaa.... dah siap!! mmg x rugi mencuba..sedap!! dalamnya moist... makan tu sambil pejam2 mata membayangkan yg indah2 je yer... heheheeee baru feel... ;P ~



~ saya cuma letak nutella & almond flakes jer... pada saya lbh sedap di makan dgn topping nutella.. lbh wallahhh gitewwww.... ~















yeayyy...baju raya saya & anak2 dah siap!!! lps ni sessi nak menampal manik2 n labuci plak huhuuuu... 

March 18, 2013

Nigella's Chocolate Chips Muffin

Assalamualaikum.....

bertemu lagi di hari isnin yg indah...

klu minggu lps cuaca panas terik dari pagi sampai ke malam,tp sekarang bila petang hujan dah mula turun sekali sekala...sejuk lah sikit bumi melaka yg permai ni...
 minggu ni saya nak kongsi n3 makan2 jer.... ^___^ dah byk sgt gambar makanan & gambar kami pi makan2 kat dalam folder.. klu di simpan nnti semakin b'tambah plak..dan semakin 'basi' citernya..kadang2 klu pi keluar makan tu rajin je tangan ni snap sana sini tp nak buat n3 tu yg x t'buat malas

ok 1st n3 utk minggu ni nak citer pasal muffin yg saya buat minggu lps utk minum ptg...masa kak ayu post kat fb saya mmg dah b'kenan sgt dgn muffin ni,kebetulan stok choc chip mmg byk & anak2 suka makan kek @ mufiin coklat.

muffin ni nak buatnya ringkas & cepat je x yah nak pakai mixer bagai..cukup ada wisk & spatula...


~ saya buat dalam acuan silicone yg comel2 ni...satu adunan dapat 30 biji muffin bintang2 b'kelip heheee...ni muffin sebelum di bakar ~


~ masa buat muffin ni saya b'whatsapp dgn dieya & jaja... dieya kata ok ke buat muffin dalam acuan bintang sbb mcm susah nak keluarkan sbb bintang2 ni kan ada 5 bucu takut nnti bila dikeluarkan dari bintang kecil yg comel jd bulan mengambang penuh plak kan....hehheee... tp utk pengetahuan semua klu kita guna acuan silicone mmg mudah nak keluarkan muffin atau kek ataupun apam...sbb tu saya mmg suka guna acuan silicone lagi pun acuan silicone ni skrg dah murah..yg saya guna ni 12 biji RM4.50 jer. saya beli kat 'super COWBOY' melaka ~


~ jaja pun ada tanya mcmana cara nak keluarkan muffin2 ni... so,mcm ni lah caranya,kelepetkan je acuan silicone tu pada setiap bucu,in shaa allah mmg mudah nak keluarkan... saya juga x der sapu apa2 pada acuan ni sblm digunakan & x melekat pun.. itu satu lagi kelebihan guna acuan silicone. mmg b'baloi membeli...~


`
~ serius mmg sgt sedap muffin muffin ni....gebu jer masa makan panas2,bila dah sejuk pun ttp lembut,mmg suka lah dgn resepi ni cuma saya ni mmg x kuat manis jd klu buat lagi saya kene kurangkan sikit jumlah sukatan gulanya @ blh tukar guna brown sugar ~



~ bekal utk damya hari jumaat lepas... damya mmg penggemar tegar coklat.happy dia dapat bawa bekal ni ~



Nigella's Chocolate chips Muffins


Ingredients:-

250g plain flour ~ lia guna tepung superfine

2 tsp baking powder

1/2 tsp baking soda

2 tbsp good quality cocoa powder

170g caster sugar

150g chocolate chips (save 1/4 of the chips for sprinkling)

200ml milk                                                                                                                      

80ml vegetable oil

1 large egg

1 tsp pure vanilla extract


Method

 1. Preheat the oven to 200 deg C (next time I will reduce to 180-190c).

 2. Put the flour, baking powder, baking soda, cocoa, sugar, and 3/4 of the chocolate chips into a large bowl and mix well.

 3. Pour all the liquid ingredients into a measuring jug and mix well.

4. Mix the dry and wet ingredients together with slow and gentle strokes. Stop stirring once the last traces of flour disappear. Do not overmix. A lumpy batter will ensure the muffins stay moist and fluffy.

 5. Spoon the batter into paper muffin cases.

 6. Sprinkle the remaining 1/4 chocolate chips on top and bake for 20 minutes or until the muffins are dark, risen and springy.



** x payah nak translate lah yer...rasanya semua pun blh faham kan malas nak translate sebenarnya huhuhuhuuu















sakit kepala sejak semalam x hilang2 lagi...dah makan panadol pun masih b'denyut2...

April 21, 2010

Apple Crumble Muffin

dari dok melayan perasaan yg x tentu hala...hati gundah gulana nieh lbh baik aku fikir apa nak hidang minum ptg nnti...btl x??? selongkar ler lg dapur CMG tu..aku mmg dah lama b'hajat nak buat muffin nie...tp aku x blh makan apple hijau...uiiii....ngilu kat gigi..x tau la knp...so,masa nak buat ni td aku minta tlg lah kat en.suami soh dia kopek kulit & potong2 apple ni....tq yer baba.....resepi ambik dr dapur cik mat.... CMG lieya copy/paste yerrrr......

BAHAN-BAHANNYA :-)

1 3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour)
1 camca teh baking powder
1/3 cawan gula halus
75 g mentega cair
1 biji telur
1 camca teh esen vanilla
3/4 cawan susu segar (mat guna 2/4 cwn susu sejat + 1/4 cwn air)
2 biji epal hijau, buang kulit, buang empulur dan dadu sederhana besar
1/2 cawan tepung gandum*
60 g mentega, dadu kecik2 dan sejukkan*
1/4 camca teh garam halus*
1/4 cawan gula pasir kasar*(*bahan untuk crumble)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, sediakan muffin cup jenis keras atau alas muffin pan dengan paper cup secukupnya. Satukan bahan2 untuk "crumble", gaul rata dengan hujung jadi sehingga menjadi teksture seakan2 serbuk roti yang kasar. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, gaul rata tepung berserbuk penaik, baking powder dan gula halus. Ketepikan. Dalam bekas lain, satu kan mentega, telur, susu dan esen vanilla, kacau rata dengan whisk.
  3. Kemudian, masukkan tepung tadi ke dalam adunan mentega dan gaul rata, kacau satu arah sahaja. Masukkan epal dan gaul sekali lagi hingga rata. Sudukan ke dalam bekas2 yang telah disiapkan tadi 3/4 penuh.
  4. Tabur dengan crumble tadi diatas setiap muffin tadi, tekan2 sikit. Bakar 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya. Boleh dihidangkan untuk minum petang.....Selamat mencuba untuk semuaa!!!!