Showing posts with label Al-fatihah. Show all posts
Showing posts with label Al-fatihah. Show all posts

October 17, 2012

Salam takziah

Assalamualaikum.....

saat saya membuat n3 ni airmata masih x b'henti mengalir....hati saya b'debar2,w'pun dia x penah saya kenali secara rapat..x pernah b'tentang mata & baru pertama kali mendengar suaranya.... hati saya meruntun pilu bila mendapat berita pemergian suaminya yang tersayang....

kak fiza... saya hanya mengenalinya di alam maya...sesekali b'tukar2 sms & b'tanya khabar, tp saya rasa terlalu dekat dengannya....beberapakali membuat temu janji ingin berjumpa dengannya tp sentiasa ada shj aral... blm ada rezeki saya nak bertemu dengannya....

dan malam ini ketika saya membuka blog.. saya rasa b'debar bila membaca tajuk n3 blog "TERATAK HAMI" ~ Al-Fatihah buat suami tercinta. b'kali2 saya baca n3 kak fiza.... saya rasa mcm x percaya.. dalam hati saya berkata "tak mungkin....tak mungkin...." x tahulah kenapa saya cuba menafikannya.....

t'ketar2 tangan nak meninggalkan komen pada n3 tu..saya takut t'salah tulis & saya terus ambik hp & call kak fiza.....mendengar ceritanya semakin laju airmata ini....doa saya semoga kak fiza n anak2 tabah mengahadapi dugaan ini... sesungguhnya Allah lbh menyayanginya.... semoga dia tenang di sana Al-Fatihah.

berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.... saya sgt2 memahami situasinya ketika ini.. Insya'allah saya akan usahakan utk bertemu dengannya pada hari raya Aidiladha nnti.. 




~ mati itu pasti..... ~


February 23, 2012

AL-FATIHAH buat adik faris...

Assalamualaikum.....

airmata saya x henti mengalir sewaktu menaip n3 ni....sejak 2-3 hari lepas sya mmg sentiasa mengikuti perkembangan allahyarham adik faris di blog wartawan mazidul...setiap kali membaca kisahnya hati ni luluh melihat wayar2 yg bersambung di sana sini.....

namun pagi ini adik faris telah pergi bertemuNYA.....sesungguhnya Allah lbh menyayangi dia.......semoga rohnya tenang & aman disana.....tempatmu di syurga.

petikan luahan hati ayah allahyarham faris

'Ya Allah, kuat dan tenangkanlah hati kami. Kalau betul dia untuk ku, percepatkan segala urusan yang baik. Sekiranya, dia bukan untukku, maka redhailah hatiku dengan ketentuan Mu. Aku tahu, Engkau akan memberikan yang terbaik dalam hidupku ini. Ya Rabb, berikan ketenangan yang teramat kepada hati dan jiwa ini. Ya Allah, engkau maha mengetahui lagi maha penyayang. Engkau yang mengaturkan kehidupan hamba Mu ini. Engkau yang menentukannya'




AL-FATIHAH.....


UPDATE (25/02/2012) : saya menghormati permintaan ayah arwah adik faris supaya tidak meletakkan gambar arwah ketika sedang dirawat di hospital.....

April 12, 2011

Salam Takziah buat Blogger : Ayu CITARASA RINDUAN


salam takziah dari kami sekeluarga di atas pemergian ayah mertua ayu ke rahmahtullah hari ini (lia x pasti waktu ayah mertua ayu meninggal...yg pastinya hari ini)

dapat info dari blog CMG di SINI .

Semoga rohnya ditempatkan bersama dgn org2 yg beriman...amin. Al-Fatihah.



January 01, 2011

PELAKON FAIZAL YUSOF MENINGGAL DUNIA


PETALING JAYA: Pelakon Faizal Yusof telah meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Pusrawi Kuala Lumpur pagi Sabtu.

Menurut bekas isterinya, Siti Nordiana, Allahyarham Faizal mengadu sakit jantung dan pelakon drama Tiramisu itu pengsan di rumah Faizal.

"Saya dan isteri Faizal terus membawanya ke Hospital Pusrawi dan dia dimasukkan ke wad ICU. Keadannya pada ketika itu sudah kritikal," katanya yang dihubungi mStar Online, Sabtu.

Jenazah masih berada di hospital dan akan dibawa ke rumah Faizal di Sentul petang nanti.

    SUMBER: mStar Online



    November 11, 2010

    Al-Fatihah (Shamrin Fotograf)


    PETALING JAYA: Penyanyi Shamrin (gambar) atau nama sebenarnya Mohd. Shamrin Abd. Samad,45, dari kumpulan Fotograf meninggal dunia petang, Khamis.

    Allahyarham yang popular dengan lagu Di Alam Fana Cinta pada era 90-an dikatakan rebah ketika bermain bola sepak di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur kira-kira pukul 6 petang.

    Menurut rakannya, Johan Aziz, Shamrin yang berasal dari Taman Mesra, Kajang, Selangor jatuh di padang selepas kira-kira 15 minit mereka bermain bola sepak.

    “Ketika dia jatuh, kami terus membawa dia ke Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru dan disahkan doktor dia meninggal dunia,” katanya.

    Jenazah Allahyarham kemudiannya di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

    Sehingga berita ini ditulis kira-kira pukul 9.15 malam, Khamis, Johan yang juga bekas pengurus kumpulan Slam masih belum dimaklumkan oleh pihak hospital punca kematian penyanyi itu.

    Shamrin telah melibatkan diri dalam lapangan muzik secara serius bersama kumpulan Fotograf yang menampilkan album pertama berjudul Iramanya Bergetar pada tahun 1989.

    Setelah kejayaan album itu mereka terus mengorak langkah dengan menghasilkan lima buah album penuh 7:30 Psikosis (1990) , Fotograf 92 (1992), Fantasi (1994), Fokus (1995) dan Juara Mimpi (1997).

    Fotograf pernah memenangi Lagu Pop Terbaik, pertandingan Juara Lagu 1992 untuk lagu Di Alam Fana Cintamu.

    Antara lagu yang mempopularkan Fotograf ialah Nafas Kekasih , Asmara Gerhana, Panah Tak Bermata, Aku Yang Kecewa, Salam Buat Juwita, Mengejar Bayangan dan Luka Seribu Rindu.


    p/s: semoga rohnya dicucuri rahmat....amin



    April 28, 2010

    Sebak......

    Ntah kenapa airmata ni x henti mengalir...aku bukan lah peminat fanatik ketika hayatnyer masih ada...tp pemergiannyer secara tiba2 m'beri kesan pula pd emosi..apatah lagi bila mengenangkan anak2 dan isteri yg di tinggalkan....melihat wajah sayu anak2nyer memanggil "ayah"...btl2 meruntun jiwa ini.....doaku semoga isterinyer tabah menghadapi dugaan dariNya...moga ada hikmah di sebalik segala dugaan & cabaran ini....

    Bukan mudah menggalas tanggungjawab sebagai seorang 'ibu tunggal" yg sebelum ini hanya seorang surirumah sepenuh masa....

    Sewaktu menulis N3 ini emosi aku masih rasa di awang2an....mmg beginilah hati seorang wanita & mama....sewaktu menonton rancangan 'jangan tidur lagi" di TV3 tadi...aku terfikir..sanggupkah isteri arwah melihat rancangan ini....bagaimana reaksi anak2nyer bila melihat ayahnyer? Tabahlah duhai hati.......

    Sesungguhnya ajal maut adalah ditangan Tuhan....kita sebagai hambaNya hanya mampu m'rancang tp Dia yg menentukan...semoga rohnyer t'golong di kalangan org2 yg beriman... Aminnnn.......

    (al-fatihah...semoga ronhyer di cucuri rahmat....amin)


    April 17, 2010

    AL-FATIHAH UTK ACHIK (SPIN)

    Al-fatihah utk isteri & keluarga Allahyarham Achik Spin..semoga rohnyer dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama golongan hambaNya yg beriman.AMIN.


    SUMBER DARI SINI



    April 02, 2010

    Al-fatihah utk Din Beramboi.....

    Terkejut masa dapat berita ni...w'pun aku x selalu dgr celoteh dia kat radio Era n aku juga bukan peminat fanatik rancangan Raja Lawak...tp aku selalu tgk dia kat rancangan Tom Tom Bak...rancangan kegemaran anak2...semoga rohnyer di tempatkan di sisi org2 yg b'iman....amin..

    Al-fatihah.....