Showing posts with label bonda. Show all posts
Showing posts with label bonda. Show all posts

April 06, 2012

BONDA


~ SEMOGA MAK CEPAT SIHAT....AMIN ~










p/s:badan masih x sihat lagi...mujurlah arini dah ari jumaat,esok anak2 x sekolah...klu x mesti x larat nak drive kete....

February 16, 2012

MAK......

Assalamualaikum......

hari ini mak akan menjalani rawatan laser mata di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru....kak long doakan semoga segala urusan di sana akan berjalan dgn lancar....sedih rasanya x dapat berada di sisi mak waktu ini. w'pun ini bukan melibatkan major operation....hati ini ttp rasa sedih krn x dapat melihat mak di depan mata....

kak long sentiasa mendoakan yg terbaik untuk mak.....semoga mak akan bertambah sihat...kak long x nak lg tgk mak x blh bgn...hilang selera makan....kak long nak mak kuat semangat utk melawan penyakit mak.....anak2 mak..cucu2 mak..semua sayangkan mak.......

malam td masa call mak..kak long tahu mak takut, kak long bimbang klu mak terlalu memikirkan ttg rawatan ni darah tinggi mak akan naik lagi.....kak long harap mak dapat bertenang. andainya kak long ada sayap....esok kak long akan terbang di sisi mak utk  tenangkan hati n fikiran mak.....tp sayangnya itu semua hanya angan2 belaka......hanya doa yg mampu kak long 'terbangkan' utk mak........

kak long sayang mak................................................


~ MAK (tengah) yg sangat2 saya rindui..................................................... ~




p/s: semalaman terkenangkan mak yg saya sayangi..................


October 21, 2011

gurindam buat BONDA

Bismillah itu permulaan nama,
Keadaan ZatNya bersama-sama.

Dilahirkan engkau melihat dunia,
Limpah Allah maha kuasa.

Dikandung ibumu sembilan bulan,
Lebih dan kurang tidak ditentukan.

Diperanakkan dikau beberapa kesakitan,
Beberapa pantang minum dan makan.

Tatkala dikau lagi kanak-kanak,

Engkau tidur mata ibumu jinak.

Nasihat ibumu janganlah kau bantah,
Dijaga dipelihara sangatlah susah.

Dialih ke kanan ke kiri pun basah,
Jika kau menangis hatinya susah.

Setelah engkau sudahlah ada,
Siang dan malam ibumu berjaga.

Tidurpun hanya barang seketika,
Makan dan minum tidak kuasa.

Dilapikkan dengan kain sarung,
Diangkat ditimang serta dibedung.

Apabila terjaga terus didukung,
Kasih dan sayang tinggi menggunung.

Tiadalah tentu siang dan malam,
Tidurpun tidak dapat ditilam.

Terkejut terjaga di tengah malam,
Bangun memangku di dalam kelam.

Jika ibumu orang berada,
Diambilnya pembantu menolong dia,

Apabila engkau dapat mengaji,
Ibu ayahmu sukalah hati.

Membaca Al Quran sudah kau reti,
Untuk bekalan di akhirat nanti.

Awaluddin Makrifatullah,
Awal agama mengenal Allah.

Berkat syafaat rasulullah,
Umurnya panjang rezekinya murah.

Apabila ibumu sudah tiada,
Jasa ibumu jangan kau lupa.

Janganlah jadi anak durhaka,
kelak tak cium baunya syurga.

Doakan rohnya setiap hari,
Agar rohnya berbau kasturi,

Itu semua takdir Ilahi,
Semoga ditempatkan di syurga nanti.…


~ mak...kak long nak jadi anak yg TERBAIK utk mak w'pun kak long tahu kak long x mampu utk m'jadi yg TERBAIK ...kak long nak tgk mak gembira n sihat mcm dulu.....semoga pengorbanan kecil yg kak long buat ini akan membahagiakan mak w'pun kak long tau pengorbanan ini x setanding dgn pengorbanan mak yg telah melahirkan & membesarkan kak long.....kak long sayang mak!! ~





p/s: ada sesiapa yg tahu ttg pengalaman pemindahan ginjal??? klu ada blh share kat sini.....TQ dan selepas ini akan ada n3 yg berkaitan ttg proses pemindahan ginjal....sekadar utk dikongsikan bersama ahli keluarga yg lain...harap maklum.



petikan gurindam : mawarmerah2008



June 02, 2010

mula2 intai...akhirnya dapat juga.....

smlm ptg aku pi tgk mak lagi kat HSA...mak kene admitted wad semula stlh doktor bagi mak rehat 4 hari kat umah.....kaki & tangan mak dah mula m'bengkak sbb air dalam badan dah x blh proses lagi...mak kata dia buang air pun dah semakin sikit tp kerap & x sakit....

esok mak ada appointment utk buat plate kat tangan...aku ingat lps buat plate mak dapat balik umah...dah byk hari mak asyik tanyakan umahnyer...maklumlah sejak mak pi umah adik utk sambut b'day ayah tempohari mak mmg x der balik ke umah lagi....

tapi doktor kata lps buat plate kat tangan mak kene tahan lagi kat wad sbb darah mak ada masalah...x elok utk kondisi jantung mak.so, doktor akakn sentiasa pantau ttg tahap kebersihan darah mak & mak dok kat tu utk pastikan plate yang di pasang serasi dgn badan mak & btl2 matang....

kesian sgt dgn mak...dia nampak sedih bila doktor ckp mcm tu....tp apa blh buat..itu lah yang terbaik utk mak buat masa sekarang...cuma kadang2 kesian dgn adik sbb kene tido kat hospital...maklum ajer lah tido kat wad bukan lah blh tido selesa mcm kat umah...nampaknya cuti semesternya kali ni byk di habiskan kat wad.....

masa on the way nak pi tgk mak damya & afiqah tido...jadi aku pegi dulu tgk mak sementara en.suami jaga anak2 kat dalam kete....memandangkan kanak2 di bawah umur 12 tahun mmg tidak dibebarkan masuk kat dalam wad...jadi aku mmg sengaja x nak kejut anak2....

tgh aku b'sembang dgn mak...tiba2 muncul plak seseorang di celah2 tingkap wad.......

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

~ uhuhu...kesian adik...x dapat masuk tgk nenek...intai je la ikut tingkap....~

~ kongsi makan coklat dgn cu manis ~

~ yeahaaaaaaaaaaaaaaa...akhir dapat juga jumpa nenek....~

~ paksa nenek buat peaceeeeeeeeeeeeeee....huhuhu...sian nenek m'layan ragam cucu.... mak...kak long doakan mak cepat sihat...saaaaaaaaaaaaaaaaaaaayang mak!!!!! ~


May 27, 2010

hari ni mak keluar wad.....

~ HOSPITAL SULTANAH AMNIANAH JOHOR BAHRU~

selamat pagi..... alhamdulillah...tenang jer cuaca pagi ni....

aku baru lps telefon mak...katanya arini mak dah blh blk..tp ari isnin kene ke hospital semula...doktor bagi peluang mak berehat kat umah sbb esok hari cuti umum...sempena hari wesak...

ari selasa (25/5) t'hari mak di pindahkan dari Hospital Kota Tinggi...sbb kes mak urgent & kritikal... doktor Pakar nak mak dirawat segera.....buat masa sekarang mak di tempatkan di Wad Perubatan Perempuan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru....

masa mak di rawat kat Hospital Kota Tinggi,doktor beritahu paru2 mak b'air...tp sbnrnya dua2 buah pinggang mak dah x blh berfungsi....dah rosak teruk... itu yang menyebabkan air dalam badan mak penuh & menyebabkan paru2nya berair dan mengakibatkan mak jadi sesak nafas....

aku sbnrnya rasa agak terkilan sbb hampir setiap tahun mak masuk wad...tp kenapa x der doktor yg beritahu mak ada masalah buah pinggang??? bila keadaan dah teruk n buah pinggangnya gagal berfungsi baru lah kami di beritahu.....selama ni bila mak di masukkan ke wad hanya krn masalah diabetis..sedangkan setiap kali masuk wad b'botol2 picagari darah mak di ambil.....x kan doktor x blh kesan ttg kerosakkan buah pinggang mak.....

w'pun aku akui rasa terkilan tu tp aku x blh utk terus menyalahkan ketentuan dariNya...pada aku semua ini adalah takdir utk kami sekeluarga....dan yang penting sekarang membantu mak utk kembali sihat...bagi mak kata2 semangat supaya dia jangan sentiasa meratapi nasib dirinya....

smlm aku dah buatkan appoinment utk mak buat plate kat tgn...sbb slps ni mak akan menjalani rawatan hemodalisis 3 kali seminggu...insya'allah klu x der apa2 masalah 3hb jun ni mak akan dapat buat plate kat tangannya....

doktor bagi 2 pilihan...samada nak buat plate kat tangan dgn kos RM800 atau nak buat 1 tebukan di bahagian perut tp x perlu apa2 bayaran.... klu mak buat plate kat tangan dia cuma perlu buat hemodalisis 3 kali seminggu dgn kos setiap kali rawatan RM200,bermakna seminggu RM600 manakala 1 lagi choice...tebuk di bahagian perut,tiada apa2 bayaran sbb mak blh cuci sendiri kt umah 4 kali sehari... pagi...t'hari..ptg & malam.. setiap hari & x blh tinggal w'pun apa pun keadaannya... x kira lah raya ker...atau klu di murahkan rezeki mak menunaikan fardu haji ker....kene cuci sentiasa....

so,setelah meminta nasihat dr doktor...kami semua sepakat buat plate kat tangan mak...rasanya lbh selamat dah memudahkan pergerakan mak....soalan pertama yg keluar dari mulut mak masa doktor terangkan ttg kebaikkan dah keburukan buat plate or tebuk di bahagian perut....

"mak x nak sshkan anak2 utk keluarkan modal...tp klu mak tebuk kat perut mcmana mak dukung & jaga cucu2 mak..nak jaga anak2 & menantu mak?" sedih sgt bila mak ckp mcm tu....tp aku x nak airmata ni tumpah kat depan mak....

klu la mak tahu...aku sanggup bagi buah pinggang ni utk mak klu smlm doktor kata blh buat pemindahan buah pinggang....masalahnya skrg doktor x suggest utk buat semua tu.....org kata duit blh di cari....tp mak cuma ada 1 jer kat dunia ni....klu nak di hitung segala susah payah mak membesarkan aku dan 4 lagi adik2 yg lain...pengorbanan yg anak2 mak buat ni baru sebesar kuman rasanya.....

~ anak2 & menantu mak... ~

dari kiri (belakang): lokman (menantu),mohd.ismafazrul akmal,sheikh ali (menantu),norhasma (menantu) dan mohd.ismazuwairi.

dari kiri (depan): norliza (menantu), ismaliana,ismazarith zulaika dan ismasasafiza.