Showing posts with label Kuih Muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih Muih. Show all posts

November 18, 2013

Apam Pisang Gula Hangus paling sedap,lembut & gebu!!

Assalamualaikum......

dah lewat petang baru sempat nak tgk blog yg semakin suam2 kuku ni... itu pun sbb pagi td sya dah berjanji nak share resepi apam pisang yg saya buat pagi td utk santapan anak2...

spt biasa bila bermulanya musim cuti persekolahan mmg masa sya akan lbh byk di dapur... menyediakan kudap2an utk anak2... cuti blm start tp dh b'deret menu yg di order anak2.. ada yg nak apam,donut, kek coklat, bingka ubi (gara2 terpengaruh tgk citer Datuk Lat... ada episod mak si mat masuk pertandingan buat bengkang ubi... heheheee) b'ia damya nak merasa betapa lazatnya kuih bengkang ubi tu... dia x tahu maknya ni x pandai buat bingka/bengkang ubi... makan tau le.. huhuu...

dan bermulanya cuti sekolah...en.suami pula perlu b'tugas ke Tawau selama 10 hari... maka 'bertapalah' sya anak beranak kat umah... cnfirm lah anak2 dara tu akan sibuk dok ulang2 perkataan 'bosan n boring' maklumlah bila babah x de mmg kami x keluar ke mana2...

bukan senang nak kontrol 4 org anak sendirian tambah lagi zaman skrg ni 'penjenayah' ada di mana2... iskhh...saya mmg x berani nak take risk... biarlah dia bosan kat umah... sblm en.suami pergi mungkin sya akan shoppingkan buku2 cerita/latihan supaya ada ruang utk kakak2 mengisi masa lapang... w'pun hakikat sbnrnya masa lbh byk dihabiskan mengadap utube n main game...

ok2... dah lari tajuk lak ni.. meh2 kita citer pasal apa pisang yg sya nak share resepinya.. serius sya ckp mmg terbaik lah apam pisang ni, btl x tipu... setakat ni, inilah apam yg paling best, lembut gebu mcm span w'pun dah sejuk.. rasanya lemak2 manis iskhhh...mmg sedap lah... sya ambik resepi dr dapur madiha yg mana resepinya asalnya dr blog alongroz


APAM GULA HANGUS


Resepi : Alongroz & Madiha

BAHAN2:

½ cwn Gula
1 cwn Susu Cair Evaporated
3 sb Butter
3 bj Telur
1 cwn Gula Kastor ~ lia kurangkan 3/4 cawan sbb guna pisang berangan yg mmg dah manis
1½ cwn Pisang Lecek
2 cwn Tepung*
1 st Baking Powder*
1 st Bic Soda*
1/4 st Garam* (* ayakkan sekali) 

CARA2:
1. Cairkan gula dgn api kecil & masukkan susu sehingga menggelegak.
Tutup api & campurkan mentega.
Sejukkan.
2. Pukul telur & gula sehingga kembang.
Masukkan pisang & gaul rata.
Masukkan gula hangus dan tepung* sedikit2 sehingga sebati.
3. Tuangkan ke dlm tin yg di minyakkan.
Kukus selama 1 jam sehingga masak.


** lia guna acuan kecil jadi cuma kukus 20 minit je. 






















menghitung hari..............









October 30, 2013

KROKET AYAM BERKEJU @ CROQUETTE CHICKEN CHEESE

Assalamualaikum.....

melayunya kroket... klu omputih croquette, agak t'belit di situ heheee.... dulu saya x penah tau pun pasal kroket ni.. klu cucuq..cekodok..jejemput tu mmg tau le kan... tp bila terpandang satu n3 dr sifu masak2 yg fofular tu... hati ni meronta nak tau n opkos la nak rasa sedap sgtkah kroket ni...

bila tgk gambar tu terus rasa ngences... klu bahasa lainnya terliuq.. atau klu nak lagi kerlassss "melting" gitu (layan je lah mood org yg baru nak panas ngupdate blog ni..hhahaaa... nak susun ayat pun tunggang langgang...hukhukkk)

masa saya post kat fb gambar kroket ni ramai yg b'tanya resepinya... masa tu mmg x sempat nak tulis kat blog.. jadi arini ada masa lapang sikit sya kongsikan sama2... (utk makluman ini n3 autopublish yer..klu pepagi ni mmg saya x sempat nak mengadap laptop lama2...)



gambar ni lah yg menggoda saya... gambar dr blog Dapur Tanpa Sempadan


bila hati dh b'kenan tu mula lah b'hari2 sya google sana sini... dok belek & telek resepi kroket, dh lama glamor rupanya tp sya yg ketinggalan gerabak... hihi!! dr hasil pembacaan saya semua kroket ni lbh kurang je caranya & bahan2nya...

setelah ditolak...bahagi...tambah & darab saya olah resepi yg saya baca menjadi kroket yg menepati citarasa... cuma base utk buat kroket ni sya ikut dr blog CMG


RESEPI KROKET AYAM BERKEJU


Bahan-bahan:

500 gm kentang 
3 camb susu tepung
1/2 camt serbuk lada sulah
1/4 camt serbuk buah pala ~ yg ni lia tak letak sbb xde dlm simpanan
garam secukup rasa
putih telur secukupnya (lbh kurang 4 biji)
serbuk roti (lbh kurang 500gm)
keju secukupnya
(lia guna 3 jenis cheese : cheddar,mozarella & parmesan... mmg lemak b'tengkek2 ler... huhuuu)

Inti kroket:

utk inti kroket ni lia xde sukatan sebenar... buat agak2 je. jd lia kongsikan bahan2 yg di guna je yer


sayur kacang panjang yg dipotong kecil (jgn kecil sgt yer) lobak merah potong dadu,daun sup,sebiji bawang besar & isi ayam (lia guna bahagian dada), serbuk lada sulah, garam & sedikit tepung gandum utk pekatkan inti ayam ni.

mula2 tumiskan bawang besar smpi layu kemudian masukkan ayam. Masukkan sedikit air utk pastikan daging ayam betul2 masak klu x nnti ada virus plak hehee.. ehh betul ni bukan main2 tau! tambahkan garam & lada sulah. Bila ayam dh betul masak2 baru masukkan sayur2 tu & last sekali masukkan bancuhan tepung gandum ( x payah byk sgt janji kuah pekat) last masukkan daun sup.siap!

cara-caranya:

  1. Kupas kentang.potong kiub & rebus sampai empuk.masa rebus letak secubit garam. Toskan & lenyek halus, campurkan susu tepung,garam, serbuk lada sulah & buah pala. ~ lia tambah parutan cheddar cheese dlm adunan ni. gaul rata & ketepikan sebentar
  2. Ambil lbh kurang satu sudu makan.leperkan & isi bahan inti ke dalamnya. letak inti kat bawah pastu tabur parutan cheese mozarella & parmesan. Balut & kemaskan semula. Buat smpi siap.
  3. Pukul putih telur. Ambil sebiji kroket,golek2 kan dalam telur td pastu golek2 plak kat serbuk roti. pastu ulang semula celup dlm putih telur & golek dlm serbuk roti. ketepikan & ulang semuanya smpi siap.
  4. Panaskan minyak utk goreng terendam. Goreng kroket hingga golden brown atau kuning keemasan. Hidangkan bersama sos kegemaran atau makan mcm tu je pun dah sedap...!



tadaaaa..... melty kannnnn...tgk lah cheese meleleh tu...pejam2kan mata lupa pasal berat badan yg semakin m'lambung2 nih...huhuuu


klu dok area melaka rasa malas n leceh nak buat blh la order dgn saya... ehhh...promote sikit (sambil menyelam minum air... ;p) kerana kroket ni saya dpt jumpa sorang blogger dari melaka juga.. blogger asfaliza,tp sygnya kami x sempat pun nak b'foto2 sbb masing2 mengejar masa... in sha allah ada masa bertemu lg yer...




















sekejap je dah masuk bulan nov... rasa baru je sambut tahun baru 2013.. cepatnya masa berlalu..rasa tak t'kejar plak..



July 12, 2013

Kuih Lompang nostalgia...

Assalamualaikum.....

n3 ke-3 untuk hari ni..... wowwwwwwww!!!! iyakah??? mcm x caya kan.... lia blh update sampai 3 n3 
sehari... demam kot dia hari ni...wahahaaaaa....

heheeee...huhuhuuu...hiihihihiiiii...... gelak2 jgn x gelak...

xde lah...bukan demam pun sbnrnya saya mengemas kini dashboard blog...tgk segala entry yg t'tangguh2 yg dah b'jaman kaduk dok dalam draft list... ada yg tulis sekerat..ada yg letak gmbo... tu yg saya pilih2 mana yg blh di postkan baik di keluarkan... tambah lagi skrg kan bulan pose ramai yg mencari resepi kuih muih utk b'buka pose kan....

disebabkan gmbo pun dah lama..saya pun dah lupa bila buat kuih ni... 


tgk gmbo terus rasa nak buat.... biasalah kan napsu org pose mmg always m'gebu2!!


klasik kan acuan ni...ada tulisan cina lagik,mmg serius dah lama le tu.. ini nenek saya punya cuma ada 22 biji je.. 2 lg dah pecah. skrg acuan kuih lompang ni kaler merah...buat dr plastik.lbh selamat utk digunakan....


Resepi Kuih Lompang


Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 1/4 cawan tepung ubi
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 cawan air
  • Secubit garam
  • pewarna merah, biru, putih, kuning
  • perisa yg di gemari, merah-ros, kuning-jagung, plain/putih-vanilla
Cara Penyediaan
  1. Satukan ketiga2 jenis tepung, garam dan gula. Masukkan air dan santan pekat.
  2. Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian.
  3. Masukkan pewarna ke dlm setiap bahagian dan 1 bahagian biarkan plain je. Boleh tambah perisa.
  4. Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada acuan lompang.
  5. Masukkan 1 sudu kecil adunan putih dan kukus selama 3 minit/ sehingga adunan keras sikit.
  6. Lapiskan pula 1 sudu kecil adunan biru dan kukus lagi selama 3 minit/sehingga keras sikit dan di ikuti adunan seterusnya.
  7. Lapiskan adunan berselang-seli hingga habis. (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus dalam 15 minit ).
  8. Setelah masak, angkat dan sejukkan selama 2 jam.
** Kalau guna loyang, gunakan loyang 7x7x3inci. Seeloknya sapu sedikit minyak dan alaskan plastik dan sapu sedikit minyak lagi. Tuangkan adunan pertama dan kukus selama 10 minit diikuti adunan seterusnya, Lapisan terakhir, kukus selama 20 minit. Biarkan kuih betul2 sejuk, barulah di potong guna pisau plastik. 


















March 26, 2013

Chai Tao Kway @ Fried Carrot Cake HALAL

Assalamualaikum....

sapa tau apa itu carrot cake..??? bukan kek yg lemak berkrim atau yg gebus gebas bak span yer....

and sapa kat sini penah makan fried carrot cake..??? sila angkat lappy..ngeh3!!

carrot cake @ bahasa cinanya Chai Tao Kway ialah ......

It is also known as "fried carrot cake" or simply "carrot cake" in Southeast Asian countries, as the word for daikon (POJ: chhài-thâu), one of its main ingredients, can also refer to a carrot (POJ: âng-chhài-thâu, literally "red radish"). There is no connection between this dish and the sweet Western carrot cake eaten as a dessert. This misnomer gave the title to a popular guidebook on Singapore's street food, There's No Carrot in Carrot Cake, which was published by Epigram Books in 2010. ~ sumber wikipedia

dieya kata kat KL ada jual yg HALAL... tp kat melaka ni rasanya x penah jumpa lagi blh la lepas ni saya jual/buka gerai heheheee

 setelah sekian lama nak merasa Fried carrot cake ni akhirnya dapat juga saya mencari resepinya, penah juga gugel resepi carrot cake sblm ni tp yg keluar resepi carrot cake yg lemak berkrim tu...huhuu...

setiap kali pi pasar malam kat taman ni baunya mmg semerbak sungguh..serta merta perut jd lapor.. baunya telur yg di goreng bersama rempah2nya tu mmg menyucuk kat lobang hidung yg x brp nak mancung nih...heheheee..klu kat Jonker Walk lagi ler...mmg ramai auntie/uncle menjual chai tao kway nih...

terima kasih pada dieya sbb beritahu saya nama fried carrot cake dalam bahasa cina..byk rupanya resepi yg ada...bila ditenung,di telek dan dibaca methodnya lbh kurang je mcm kita grg mee or kuew tiau yg membezakannya ada campuran lobak masin dalam rempah yg ditumis & dah tentu the hero is 'carrot cake' yg lain mmg sama jerk...ada sesetengah resepi menggunakan bahan yg tidak halal...so kita skip je lah kan... x effect apa pun...still sedap!

kali ni saya copy resepi dari rasamalaysia.com..

Part 1 – Making the Radish Cake
1 medium radish (about 700g when grated) + 50ml water
200g rice flour
250ml water
1/4 tsp salt

Method:
1. Over a very low flame, steam grated radish + 50ml water in a thick stainless steel pot (or non-stick pot). About 30 mins, or until radish turns translucent. Remove cover and allow to cool.
2. Combine rice flour, salt and water. Mix well to combine.
3. Add rice flour solution to cooled grated radish. Stir and mix before pouring into a metal cake tin for steaming. The final mixture should resemble a somewhat watery coleslaw.
4. Steam on high for 40 mins. Leave it until completely cool (best overnight in the refrigerator), so that the radish cake firms up. It will be easier to handle too, as it will not stick to the knife when you’re cutting.

 



 ~ saya guna 1 1/2 batang lobak putih untuk mendapatkan 700gm lobak putih yg siap di sagat,saya guna sagat spt gambar di atas.. ~


~ rupa lobak putih yg dah siap di sagat ~


~ selepas di sagat..masukkan dalam bekas yg bersesuaian, loyang pun blh tp seeloknya yg x melekat lah. tambah 50ml air & kukus 30 minit.. dah siap kukus rehatkan sampai btl2 sejuk ~


~ 200gm tepung beras di bancuh dgn 250ml air & secubit garam, kacau hingga sebati ~

 

~ saya lupa nak ambik gambar lobak yg dah siap di sagat td di campur dgn adunan tepung,rupanya seakan coselow, pastu dah sepati tuang dalam  loyang yg dah dialas dgn plastik wrap & di sapukan myk sikit.. penggunaan plastik tu utk memudahkan kita keluarkan carrot cake yg dah siap di masak nnti.. kemudian tutup juga loyang dgn plastik wrap supaya air dari tutup pengukus x jatuh kat atasnya. kukus 45 minit dgn api sederhana. tp saya guna pengukus TRIO yg guna elektrik ~


~ begini lah rupanya bila dah siap di masak & di sejukkan ~


~ sebelum di goreng kita potong2 lah jd kiub mcm ni,lbh kurang mcm nasi impit juga ~

Part 2 – Frying the Radish Cake
Use half of the steamed radish cake above (enough for 1 or 2 persons)
1 to 2 tbsp chai poh (preserved radish/turnip)
2 to 3 eggs, lightly beaten
3 cloves minced garlic
About 2 tsp fish sauce* (or slightly more, if you like)
3 tbsp oil (vegetable oil or lard oil)
Dash of white pepper
Chilli sauce (optional, as much as you like)
About 1 tbsp Rose Brand Thick Sweet Sauce (omit this if you are frying the white version)
3 stalks chopped spring onion
Coriander leaves for garnishing

(Teochew cuisine is one of the few which makes use of fish sauce due to Chaoshan’s coastal land.)

Method:
1. Cut up steamed radish cake into small chunks. Smaller chunks will crisp better, and the result is a more delicious plate of Chai Tow Kway. You want a contrast in texture – a crisp exterior and a soft interior. And those really small, charred, crispy crumbs? Heaven.
2. In a non-stick skillet, heat oil and fry radish cake chunks till lightly browned and slightly crisp. Heat should be medium high.
3. Add minced garlic and chai poh. Fry till aromatic. Drizzle a little more oil if it is too dry.
4. Add fish sauce, pepper (and lashings of chilli sauce, if you like it spicy). Fry to coat evenly with seasoning.
5. Pour beaten eggs all over radish cake. Allow the eggs to set slightly before flipping over in sections. It’s OK if it starts breaking up when you flip over; you don’t need to have a perfect whole. At this stage, you can dish up and serve with spring onions if you are making the white version.
6. Drizzle Rose Brand Thick Sweet Sauce and stir fry to mix well. Dish up and sprinkle liberally with spring onions. Garnish with coriander leaves.




 ~  sama x mcm yg uncle2 jual kat pasar malam ^___ * kat umah mmg ada kuali leper ni utk en.suami buat burger atau ikan bakar....konon2 ala mcm kat gerai2 pasar malam la..eceh!!~


~ alhamdulillah Chai Tao Kway air tangan suami tersayang...heheee makan panas2 mmg yummehhh!!! ~


kat channel 703 (astro ~ AFC ) saya penah tgk ada yg letak udang,fish cake... mcm2 variasi ada.. ada yg putih ada yg hitam but i like black...huhuuuu














lagi 2 hari nak berjalan jauh tp dua org hero saya batuk teruk & selsema... risau hati ni... mudah2an esok lusa semakin sihat hendaknya.

November 10, 2012

1st trial my DURIAN CREPE

Assalamualaikum.....

lama blog x b'update....minggu ni saya mmg sgt2 sibuk,terlalu byk perkara yg perlu difikirkan & diselesaikan....

dan yg lebih membuatkan saya x bersemangat nak update blog adalah kerana memikirkan kesihatan bonda tersayang yg semakin menurun...hanya airmata yg sentiasa menemani saya setiap malam...wajahnya ada di mana2..terasa lambat waktu b'putar utk saya bertemu dgnnya lagi....apapun saya sentiasa mendoakan kesejahteraan & kesihatan mak akan kembali pulih...amin. 

oklah intro sedih plak pagi ni ^____^ nnti ada masa saya akan buat satu n3 khas utk mak...insya'allah.

sana sini org b'cerita ttg kehebatan & keenakkan durian crepe....bak kata kawan2 saya,dah jadi mcm satu fenomena plak (tetiba ingat kat fenomena tsumawi...huhuhuuuu ~ iklan) saya n anak2 mmg penggemar raja buah ni....tp en.suami kurang sikit,klu makan pun dia cuma m'jamah 2-3 ulas pastu saya n anak2 ler tukang perabis...

dulu saya penah buat sekali kat SINI tapi masa tu namanya pancake durian @ bantal durian, pada saya (ini pendapat saya yer...mungkin b'beza dgn org lain...citarasa kita b'beza kan,..kan...kan... ) durian crepe n pancake durian ni sama je rasanya cuma yg b'beza adunan kulit luarnya...

klu pancake durian hanya m'gunakan tepung gandum,garam & santan (lbh kurang mcm nak buat lempeng pekak tu ler....tp lempeng pakai air) & durian crepe ni (yg saya buat le.. ) m'gunakan 3 jenis tepung iaitu tepung gandum,ubi & jagung...dan sukatannya saaaaaaaaaaaaangat sedikiiiiiiiitttttttt.....btl ni! x tipu....

1st time tgk resepi kat blog izah (ehhh...skrg dia cikgu saya tau...hehehee.. ) b'kali2 saya baca! apa makna 'sdt' nih... x kan lah sudu teh kot....sikit nya... biar betul??? dan dek kerana durian crepe ni lah saya dgn muka x malu pm msg izah di fb (org kata malu b'tanya sesat jalan kan.... hehehee ) 

alhamdullilah...sejujurnya n ikhlas saya kongsikan di sini...semua blogger2 masakan yg saya kenal w'pun hanya di fb (saya penah jumpa CMG & kak yatie jer... yg lain2 insya'allah akan b'temu di lain masa...amin ) x penah mereka kededut ilmu... tanya lah apa sajer mereka dgn senang hati b'kongsi ilmu... ^_____^

haaaa... b'balik pada citer 'sdt' td...rupa2nya mmg betul sudu teh... haaaa,mcm x caya kan....sikit bebenor tp dari 1 adunan ni saya dapat buat 15 keping durian crepe...byk la tu kan.. :) tapi klu kat umh ni 15 keping sekelip mata licinnnn...!!


~ gambar sewaktu selesai melenggang hai mak lenggang...hihihiiii....  ~


~ saya letak atas kertas yg org guna buat bungkus nasi lemak/mee grg tu... kebetulan mmg ada stok kat umah ni sbb saya beli masa nak buat apam aiskrim dulu... crepe ni jgn di tindih2 yer nnti melekat...penuh satu meja makan saya susun.. anak2 asyik tanya jer "mama buat kuih apa ni...??? byknya....!!!" heheheee ~


~ tadaaaaaaaaaa.... dah siap!! gambar masa isi filling x sempat nak ambik sbb tangan m'lekit2 t'kene whipping cream tu.... crepe ni mmg nipis tp cantik n b'kilat & juga x mudah koyak (harap maaf teknik melipat blm kemas lagik...akan diperbaiki... ) ~

~ keratan rentas.....ececececeehhhhh...keratan rentas sgt lah tu...hehehee.. filling tu mcm x padat kan,hurmmmm sebenarnya masa tu saya xder bahan2 utk buat kastardnya jd saya cuma guna whipping cream + sedikit gula kastor jer... lps ni nak buat yg ada kastrd plak... ~

DURIAN CREPE & FILLING CREAM KASTARD

sumber : Izah Muffin Lover

Bahan2:

3 sdt gula halus
3 sdt tepung ubi
*izah campurkan sedikit tepung jagung ~ lia ikut izah
1/2 sdt tepung gandum
1/2 sdt butter - dicairkan
4 biji telur
95ml air
1 st vanila esen

Cara2:
1) satukan gula halus, tepung ubi dan tepung gandum dan tepung jagung.
2) masukkan butter yang dicairkan
3) pukul sedikit telur, campurkan dalam bekas tepung
4) masukkan air.
5) panaskan non-stick pan.
6) tuang sesenduk, gelek non-stick pan agar bancuhan tepung menyeluruh. adunan tepung agak2 tak terlalu nipis dan tak tlalu tebal. masak 1 pmukaan saja.



RESEPI FILLING CREAM KASTARD

200gm susu segar
2 kuning telur
30gm gula halus
*izah tambah 1 sb tepung kastard
kacau atas double boiler hingga pekat

250gm whipping cream non-dairy ~ putar kental
**satukan kedua dua bahan kaedah kaup balik

*** boleh juga di gantikan dengan mangga @ jagung krim dalam tin















p/s: dek kerana 'jiwa kacau' memikirkan mak..saya terlupa ada buat autopublish utk n3 hari jumaat lps....tetiba pelik tgk kat fb BFF like post... hurmmmmmm....byk sgt fikiran..... apa pun terima kasih pada kawan2 yg meninggalkan jejak disitu.... ^____^


October 25, 2012

usaha tangga kejayaan....


Assalamualaikum....

selamat pagi... ^____^

mesti hari ni dah ramai kawan2 yg bercuti sempena Hari Raya Aidiladha esok...dan mesti dah ramai yg memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman masing2... semoga semua selamat sampai.

seperti raya Aidilfitri...kali ni kami masih menyambut hari raya haji di melaka....hajat di hati tinggi menggunung utk pulang ke bertemu ayahanda & bonda tersayang tp apakan daya..tuntutan kerja en.suami perlu didahulukan....x mengapalah (w'pun hati sedih sbnrnya.....sob..sob...sob.....pujuk hati sendiri) sejujurnya klu raya haji ni kami sambut biasa2 ajer...sampai arini pun saya masih x pasti lagi samada nak masak lauk pauk raya (ketupat & rendang) atau pun x...

ok lah... sebenarnya arini nak citer kisah "creampuff" dah lama b'hajat nak buat..dulu saya penah buat sekali,tp dah lama ler....2 tahun lps kot.saya sendiri dah lupa resepi mana yg saya rujuk... pastu tetiba rasa t'ingin nak makan,mulanya mcm malas je nak buat...rasa mcm nak order jer... bila saya tanya harga creampuff ni 50biji/RM40

mula2 lah buat kira2...rasa lbh b'baloi kot buat sendiri...tambah pula anak2 saya ramai n mmg tgh b'semangat klu bab2 makan ni.. jd mula lah episod google m'google resepi... kebetulan pula kak azlita sejak akhir2 ni kerap betul tayang cream puff dia yg montok2 tu..adehhhh...tambah t'liur dibuatnya.. dan yg terbaru ni dia buat swan cream puff... kagum sungguh dgn hasil kerja kak ita tu...mmg cukup berseni n teliti.. klu saya lah mmg dah xder rupa lah swan tu...huhhuhuhuuuuu...

hari selesa tu mmg b'kobar2 hati ni nak buat...siap publish status kat fb lagik...wahhh..kemain kan! heheee.. lps tu saya pilih utk ikut resepi kak ita kat SINI tp mungkin saya ada buat silap cream puff yg saya buat x menjadi :(( huaaaaaaa... frust menonggeng & t'tonggeng2 rasanya... tambah pula en.suami asyik dok kata "aihhh...bantat ke apa ni..?????" huaaaaaaaaaaaaaa.... lagik lah rasa mcm nak pecah dada....


~ inilah rupa creampuff 'bantat' tu....rasa rangup plak...tp sayang nak buang kan...saya tetap letak cream custard & makan.... sedap jugak (ececeeehhhh...nak cover rasa sedih le tu....) en.suami n anak2 makan juga w'pun asyik dok perli2 saya.... ~

dalam hati saya nekad utk buat lagik esok..... kali ni saya buat ikut resepi yg saya sertakan kat bawah nunnnn.... dari blog kak ita juga....

dan alhamdulillah.. kali ni menjadi!!! rasa mcm nak lompat2 bintang jerk.. masa tgk kat oven creampuff ni kembang setaman saya siap panggil en.suami suruh tgk ( ehhhhhhh...b'lagak le tuhhhh!!! hahahhaaaaahaha )


~ rupa creampuff sebelum di isi cream custard... ^_____^ ~



~ tadaaaaaaaaaaaaaaaaa....... mmg yummy sgt2... damya b'ulang2 makan, confirm klu saya beli mmg x cukup.. ini pun dia dah suruh buat lagi..kebetulan cream custard mmg ada byk lagi... so, esok blh la buat utk makan2 hari raya ^____^ ~

jadi klu kawan2 buat kuih muih tu x jadi jgn putus asa cuba lagik yer....kdg2 mungkin ada silap di sana & di sini yg kita x perasan... bak kata kak ita bukan salah resepi... ^____^ practice makes perfect kan...






CREAMPUFF

Sumber : Masam Manis

100ml air

45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur(100g) 
 
Mula-mula, panaskan oven pada suhu 200C.
Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya.
Kalau guna loyang kuih tak payah alas kertas aluminium, terus aje sapukan butter
Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan telur putih bercampur.
Tepung gandum di ayak
 
Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api. 
Masukkan telur, kacau cepat-cepat  
 
Masukkan adunan ke dalam piping bag.
Gunakan nozel 1 cm. Kalau tak de potong aje bucu plastik anggaran 1 cm
Pipe kan ke atas dulang
 

~ blh buat besar lagi sikit sebenarnya tp sbb saya takut dia membesar bagai johan..saya buat comel2... ^____^ lenkali buat besar sikit ~

Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan cream custard.

 
Cream Custard

1/2 cawan tepung gandum ~ 85 gm
1 1/2 sudu makan tepung kastard atau tepung jagung ~ ita tambah
1/2 cawan gula ~ ita tambah lagi anggaran 2 sudu besar
4 biji kuning telur
3 cawan susu ~ boleh guna susu segar atau susu cair
30 gm butter
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam
Non Dairy Whipping Cream secukupnya.

Ayakkan tepung terlebih dahulu
Satukan tepung dan gula dalam satu bekas
Masukkan 4 biji kuning telur dan 1 cawan susu. 
Kacau hingga adunan sebati
Masukkan semua baki susu, secubit garam dan esen vanilla
Kacau rata
Panaskan atas dapur dengan api sederhana hingga adunan pekat.
Sentiasa kacau supaya adunan tidak hangit dan berkerak di dasar.
Bila ia dah meletup-letup segera tutup api
Tambahkan butter dan kacau hingga adunan menjadi licin dan berkilat.
Biarkan ia sejuk
Simpan dalam bekas bertutup atau balut bekas dengan plastik dan simpan dalam peti ais hingga ia dingin

Sepertimana yang ita katakan tadi, adunan ni dapat agak banyak.
Ia boleh terus di gunakan jika kita inginkan rasa kastard
Tapi jika inginkan rasa yang sedikit creamy, macam Cream Puff Beard Papa's boleh lah kita campurkan dengan Non Dairy Whipping Cream caranya:

Ambil 1 cawan Non Dairy Whipping Cream, pukul hingga mengental
Kemudian campurkan ke dalam Cream kastard kita tadi.
Kaup balik hingga adunan sebati
Jika adunan berketul, masukkan dalam mixer dan pukul sekejap aje anggaran ia sebati dan kental.

~ makan sekali nak lagi dan lagi dan lagi dan lagi...... huhuhuuuuu ~
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
p/s: Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua








October 16, 2012

APAM KENTANG

Assalamualaikum....

Apam kentang yg dah jadi kenangan terindah...ewahhh... ^____^

apam ni saya buat ari sabtu lps utk sarapan pagi...ikut plan asal nak buat apam labu (mcm yg penah saya buat kat SINI) tp dek kerana t'goda dgn apam kentang yg kak nor buat...saya cancel apam labu (sian ko labu... heheheee  xper2 nnti buat 'projek' lain eaa...)

lagipun saya x penah tahu kentang boleh dibuat apam...siyes mcm jakun ( ada yg x tahu ke makna jakun..??? hehehee sama makna dgn 'pelik' ~ agaknya lah... ) pastu kak nor plak kata apam kentang ni lagi sedap dari apam labu... lagi lah hati meronta nak cuba...

dan hasilnya mmg x mengecewakan...mmg sedap & lembut... x rugi mencuba.. rasa mcm nak buat lagi sbb stok kentang mmg sentiada ada kat umah ni.. ^___^ apam ni kekal gebu m'mantul2 w'pun dah sejuk tau!



~ saya guna 2 acuan... 1 adunan guna acuan comel2 ni... ~


~ 1 adunan lagi guna acuan yg sama saya guna utk buat puding milo lapis oreo & bertaut kasih ~




APAM KENTANG

Sumber : SecubitGaramNor67


Bahan-bahan:

 3/4 cwn gula pasir
200 ml air
1 helai daun pandan
2 cwn tepung beras
1 cwn kentang rebus
3/4 cwn tpng gandum
sedikit garam
1 sk yeast
1 sk b.powder
pewarna hijau/pandan paste
250 ml santan

Cara-cara:

Kentang rebus di blend bersama dgn santan (biarkan sebentar)
Masak gula bersama air dan daun pandan.
Dlm mangkuk lain, satukan tepung beras, tepung gandum,yeast, b.powder dan garam.
Satukan semuanya dlm blender dan kisar sebati.
Perap selama 1 jam.Sapu minyak pada bekas kecil2.
Kukus dalam bekas kecil2 selama 15 minit.
Kalau guna loyang besar, kukus selama 40 minit.
Apam ini boleh di makan bersama dgn kelapa parut.

















July 10, 2012

KUIH KOCI PULUT HITAM

Assalamualaikum.......

sapa suka kuih koci sila angkat tangan...!!! ^____^  

kuih ni salah satu kuih peberetku....klu kat kampung ada kenduri & kebetulan ada kuih ni mmg aku mengadap sorang2 lah makan sepiring muka x malu!! x kisah lah kuih koci yg biasa (kaler putih) ataupun yg guna tepung pulut hitam ni...dua2 pun aku suka....

sebenarnya segala kuih muih yg b'asaskan pulut ni mmg menjadi kegemaran sejak dulu2...tp tu lah kan pulut ni x boleh nak makan selalu sbb 'angin'...nnti klu dalam pantang lagi ler jgn harap dapat makan pulut...b'tahun kene pantang....

kuih koci ni aku buat guna inti kelapa berperisa durian...aku mmg buat stok byk inti kelapa ni pastu frozenkan...senang bila tiba bulan ramadhan nnti klu nak buat kuih onde2,ketayap ataupun pau x yah ssh2 buat inti.....


~ masa nak bungkus kuih koci ni rasa keras je tangan...huhuhuuuu...x b'seni langsung! nampak mcm senang tp t'kepot2 masa nak melipat tu smpi t'tumpah2 santan pekat yg dituang kat dalam daun pisang tu...aduh la...nampak benor x biasa buat kuih kan....uhukk... ~


KUIH KOCI PULUT HITAM


Bahan-bahan:
  • 250gm teoung pulut
  • 1/2 cawan tepung pulut hitam
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • secubit garam
  • 1 1/2 cawan air
Bahan-bahan untuk inti:
  • 1 biji kelapa parut putih basah (yg tidak terlalu tua)
  • 1 ketul gula melaka
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan (simpul)
  • 1/2 cawan air
  • 6 ulas durian (buang bijinya) ***lia tambah
Bahan-bahan lain:
  • Daun pisang secukupnya ~ dilayur lembut dan potong 5 inci x 5 inci
  • Minyak kelapa secukupnya (minyak masak pun boleh)
  • Santan pekat + secubit garam
Cara membuatnya:

Untuk Inti:
  • Kelapa diparut putih. Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air
  • Masak hingga gula hancur & tapiskan ke dalam kuali.
  • Masukkan daun pandan,isi durian & kelapa parut. Masak hingga kering sedikit,
  • Angkat dan sejukkan.
Untuk Doh:
  • Satukan tepung pulut & tepung pulut hitam. Saya tambah tepung gamdum
  • Tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan.
  • Jika kurang air tambah sedikit lagi. Ketepikan.

Untuk membuat kuih koci:
  • Ambil sehelai daun pisang. Sapu sedikit minyak di atas daun pisang tadi.
  • Ambil sejemput adunan tadi,leperkan & letak 1 camt inti kelapa.
  • Tutup inti dengan doh & tuangkan 1 camb santan pekat.
  • Kemudian lipat/bungkus seperti biasa
  • Bila siap susun dalam kukusan & kukus 15 minit atas air yang menggelegak. Banyak atau kurang kuih koci b'gantung kepada saiz kuih koci masing-masing.


~ selamat mencuba! ~














p/s : sekarang mood membuat kuih muih ni tgh m'gebu2... ^______^


June 21, 2012

apam labu gebu!

Assalamualaikum.....

mood rajin dtg tetiba...m'hupdate blog malam2... ^____^ layankan je lah yerk... 

sebenarnya x sabar nak share resepi apam labu yg sgt mabeles ni...siyes x tipu,x rugi klu korang mencuba...nak buatnya x ssh mana pun...senang je.bahan2nya pun mudah.....

sblm buat keputusan buat apam labu ni hati lebih berat nak buat bingka labu lemak manis...dah belek2 resepinya kat blog kak yatie...tp hati t'ingin juga nak makan apam labu, sejujurnya aku ni jarang2 buat apam...setakat ni penah buat apam dot2, apam pecah 3 & apam pisang jer... penah try buat apam nasi hampehh x menjadi....huhuuuu.....

biasanya klu buat apa2 makana...aku lbh utamakan permintaan anak2... disebabkan ptg td afiqah tido,aku tanya kat damya "kakak suka makan bingka ke apam?" laju dia jawab "apam!!" (sebenarnya aku pun x pasti damya ni kenal ke x kuih bingka...heheeee...)

dah itu jawabnya...terus aku copy resepi dr blog kak yatie...klu ikutkan sbnrnya dah ramai blogger masakan yg mencuba apam labu ni....dr apa yg aku baca klu x silap apam labu ni asalnya adalah apam keledek.....


~ x rugi ikut idea damya sbb mmg sedap banget apam labu ni....masa panas2 tu mmg lembut sgt2...berebut anak2 makan.....bila sejuk pun kelembutannya masih kekal lagi.... ~


APAM LABU


BAHAN A:
  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu teh yis segera ~ lia guna mauripan
  • 1 sudu teh gula kastor
  • 3 sudu makan air suam ~ lia tambah sikit jd 4 sudu makan

BAHAN B:
  • 240gm labu direbus/kukus ~ lia rebus
  • 150gm gula kastor
  • 1 biji telur
  • 150ml santan ~ lia guna santan kotak

BAHAN C:
  • 200gm tepung gandum
  • 1 sudu teh Double Acting Baking Powder (klu xder blh ganti dgn baking powder tp 1 1/2 sudu teh)
CARA MEMBUATNYA:
  • Campurkan semua bahan-bahan A dan kacau hingga sebati. Kemudian biarkan 5-10 minit.
  • Campurkan semua bahan-bahan B dan kisar halus. Tuang ke dalam mangkuk adunan.
  • Masukkan bahan-bahan C (ayak t'lbh dahulu) ke dalam bahan B sikit demi sedikit. Kacau rata.
  • Masukkan pula bahan-bahan A tadi dan kacau sebati. Biarkan adunan hingga 1 jam (tutup mangkuk adunan)
  • Panaskan kukusan & bolehlah tuang adunan tadi ke dalam loyang atau acuan kecil yg telah disapu dgn minyak (lia guna acuan lompang & sapu dengan shortening) *** klu guna acuan kecil kukus 15-18 minit)
  • Hidangkan bersama kelapa parut muda yang dicampur dgn sedikit garam dan kukus sebentar supaya tidak mudah basi.
 


~ akan adalah siaran ulangan apam labu ni..... ^_______^ ~


labu ada sikit lagi....cukuplah utk buat jemput2 labu...nak buat bingka dah x cukup...kene tunggu stok labu sampai minggu depan (kene beli kat pasar le kan....huhuuu)



June 14, 2012

Homemade Popcorn

Assalamualaikum......

sebenarnya masa post gambar popcorn ni kat wall fb ramai kawan2 yg b'tanya mcmana cara nak membuatnya.....tp dek kerana kesibukkan masa tu (ntah apa yg sibuknya pun dah lupa.... ) n3 ni t'tangguh utk dipublish w'pun gambar2nya dah siap di upload... biasanya klu line b/band ok mmg aku akan cpt2 upload gmbr utk di simpan kat dalam draft, memudahkan n menjimatkan masa bila nak buat n3....


~ kepada kawan2 yg bertanya...minta maaf byk2 sbb x ambik gmbr pun cara2 nak buat step by step....insya'allah klu buat lg nnti akan di usahakan utk ambik gmbr cara2 membuatnya yer.... ~

1st time buat popcorn sendiri w'pun masa dok kota tinggi dulu dah penah beli jagungnya smpi jagung b'kumbang x dibuat2nya....sudahnya ke tong sampah...dahhh membazir (jgn buat mcm saya tau!! ) & kali ni beli je jagung tu terus mulakan projek...x nak tangguh2 lagik.....


~ beli kat kedai 1Malaysia...guna sikit je dalam 1/3 cawan tp dapatnya satu bekas besar!! smpi arini x habis pun lagi... ~

masa buat popcorn ni x t'fikir pun nak ambik gambar step by step sbb tgk pada resepi/cara2nya mudah sgt..... cuma disebabkan masa ni 1st time buat,lps masukkan minyak+mentega & tunggu agak2 panas terus masukkan jagung n tutup periuk... lama juga lah menunggu.. dalam hati dah dub..dab...dub...dab...dub..dab.... jadi ke x jadi nih...senyap jerk! xder pun bunyi m'lotop2... haishhh... anak2 dara 2 org ni dah xcited nunggu kat depan dapur n asyik b'tanya "jadi ke x ni mama???? " haihhhh...lagi ler b'debor hati ni.... dalam pd tu sempat lah b'doa "Ya! Allah jgn lah x jadi" pastu x lama tetiba dgr dah bunyi m'letop2!! fuhhhhh.....lego hati den.... heheheheeee..... alhamdulillah.

anak2 apalagi m'lompat2 riang...suka benor!! afiqah plak sibuk suruh buka tudung periuk tu sbb nak tgk jagung tu meletop, tp mana blh mau m'lambung2 jagung2 tu terbang...heheheeee.........


~ daripada 1/3 cawan jagung td dapatlah sebekas penuh mcm ni....puas makan ~



~ salut dgn gula karamel jer.... damya kata "lps ni mama buatlah yg kaler2 yer..." hehheee..... ok la kakak...lenkali kita buat yg warna warni plak.... dah plan masa b'day damya bulan okt nnti blh la buat popcorn sendiri utk isi dalam goodies bag dia (dah simpan jagung dalam peti ais supaya x dimakan kumbang) ~

resepi popcorn ni aku ambik dr blog ika tp klu korang nak google je pun blh jer...sbb rata2 aku tgk bahan2 n cara2 nak membuatnya sama jer...mmg mudah & insya'allah mesti jd..jgn korang pi beli jagung yg ayam makan tu je sudah...mmg x menjadi ler klu guna jagung tu...huhuhuuuuuuuuuuuu.....


HOMEMADE POPCORN


Bahan-bahan:

  • 1 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar minyak
  • jagung kering secukupnya
  • garam secukupnya
cara membuatnya:

  • panaskan mentega+minyak dalam periuk. Api tu pulak mula2 guna api yg kuat utk cairkan mentega+minyak dalam 2 minit slps tu kecikkan api.
  • masukkan jagung menutupi dasar periuk. Tuang jagung sama rata dgn minyak+mentega yg dah cair td. Tutup periuk.
  • Tunggu beberapa minit & anda akan dengar bunyi "pop" "pop" dengan rancak. Bila bunyi dah berhenti cepat2 keluarkan popcorn dr periuk (klu lambat nnti hangus). Popcorn blh dapat satu periuk penuh.
  • Tabur garam secukup rasa (klu nak letak karamel x payah tabur garam)
Untuk karamel (optional)

  • 1 sudu besar mentega
  • 3-5 sudu besar gula (ikut citarasa/byk mana popcorn yg ada)
Cara-caranya:

  • Cairkan gula + mentega sehingga b'tukar kaler coklat. Matikan api & gaulkan popcorn rata2 n cepat2. Hati2 masa ni sbb karamel ni panas blh melecur klu kene tangan >> masa ni blh la letak pewarna klu suka.


















p/s : dah mula mencari resepi menu dalam pantang & berbuka puasa.......