February 07, 2011

lalalalalala.....kambing lagik....

hahhh...itu la makanan kegemaran kami sekeluarga.....

sbnrnya ini citer sblm cuti CNY...menu minum petang kami ari selasa lps....tetiba en.suami nak makan sup gear box...anak2 bila dapat tau mmg melompat kegembiraan.....dia org ni mmg suka sgt2 makan sup gear box tp bukan makan btl2...cuma nak sedut tulang jer...sup n daging2 tu bagi la kat mama & baba settlekan.....

masa sessi makan2 ni cu manis pun ada sekali.......

~ ini proses merebus yer....lama juga lah aku rebus...hampir2 jer tertanggal segala daging dari tulang...~

~ nampak sedap kan.....mmg sedapppppp....(puji diri sendiri nih...) ada yg terliur ker??? ^___^~

~ nak bagi lg sedap n terangkat.....tambahlah sambal kicap.....uihhhh....mmg x toleh kiri kanan dah......sebenarnya en.suami ada beli roti utk di makan dgn sup ni...tp roti dah x laku dah.....hirup je lah sup tue....~

~ tgk je lah damya menyedut tue...dgn sepenuh hati...habis segala tulang2 tue mereka berdua ni yg sedut....kami makan daging n sup jer.....habis isi dalam tulang tue dia org dok pakat isi sup pulak dalam tue.....ehehee....~

sekali sekala makan mmg sedap.....lbh seronok bila tgk anak2 b'selera makan......


cuti CNY yg ceria.....

lama sungguh x update blog...maklum lah namanya pun bercuti kan....

sebenarnya bukan lah lansung x on lappy ni...tp aku buka sbb nak renovate 'umah' kecil kesayanganku ini...rasa mcm nak bagi lebih kemas & selesa sikit.....

so,aku pilih kaler ijo ni sbb aku mmg sgt suka warna hijau....rasa tenang jer.......klu ikutkan x habis renovate lagi nih...ada lg yg nak kene touch-up sana sini.....tp nnti lah slow2 aku buat.....

ni nak share citer kami masa cuti CNY......aku balik kampung kejap jer sbb nak hantar adik (cu manis) balik.....sian adikku yg seorg ni sbb dia salah seorang mangsa banjir di Segamat....teruk kan banjir kat Segamat kali ni...tp apa pun alhamdulillah sbb smlm adik call dia kata semua buku2 dia selamat...cuma ada sikit lah baju2 yg mmg berlumpur sbb x dapat nak diselamatkan......lupa aku nak tanya ttg dokumen2 penting ( surat beranak,sijil PMR/SPM dll) selamat or dah hanyut.....

masa dalam perjalanan balik ke kampung aku sempat snap beberapa keping gmbr banjir di Kota Tinggi....masa tu air dah mula surut...banjir kali ni x la sebesar banjir tahun 2006 dulu....

~ air yg dah hampir surut...masa ni ramai tauke kedai dah mula kemas brg2 semula.....~

~ ini antara aktiviti kat kampung aritu....aku dah siap buat inti dari umah n minta adik buatkan kulitnya....tp kan...ada citer sedihhhh....uhuhuhu...inti yg aku buat tu t'lbh masin....tp ttp habis licin juga karipapnya..:D perasan x gambar ni x der muka sapa2...yg ada gmbr tangan jer (yg anak2 kecik tu x kira yer...) sbb bila aku ambik gmba je masing2 dok jerit "alaaaaa...kak long ni nak masuk blog la tue.....!!" ohohoho...sudah semestinya kan....kakakmu ini kan blogger yg suka tepek2 gmbo...ngeeeeee.....masing2 risau gmbo comot2 kuar kat sini....don't worry kak long ambik tang tangan je yerk.......~

dan ari sabtu (5hb feb) adalah birthday adik yg ke-22....sebelum dia balik ke segamat, kami semua sempat meraikan majlis hari jadi adik kat Senibong....majlis di sponsor penuh oleh adik aku yg no.2 memerangkap pak ngah yg sgt baik hati pada anak2ku.....^___^ terima kasih yer pak ngah...tahun depan mudah2an dapat bonus berganda lagi...blh belanja kami makan2 lagi...ngeeeeeeeee....^____^

org mmg ramai giler..t'utamanya org2 singapore, parking full!!! puas juga lah pusing sana sini cari parking....sampai naik hangin en.suamiku itu.....

meh layan gambar kami makan2.....kita org pun makan besar sempena CNY....1 malaysia kan.....

~ kami lah blogger x tegar...ngeeee ^__^ sampai2 jer terus kuarkan hp...cu kata " yeahhh...blogger2 nak snap gmbo!!" ~

~ kek yg juga di sponsor oleh pak ngah...~

~ anak2 sdra tumpang potong kek....sgt hppy anak2ku ini....dalam perjalanan balik damya dah sibuk order kek yg sama bulan okt nnti utk b'day dia....haihhhhhh.....sapa lak yg kene sponsor utk kakak nnti yer....???~

~ menu kami mlm tue...x sempat lah nak snap satu2 lauk pauk yg ada yer.....siput gonggong pun ada...3 pinggang RM90 tue.... adeh mahalllllll!!!!~

~ slice cheese cake yg aku buatkan utk cu kali ke-2..sblm tu aku dah buat satu utk makan2 masa cu datang...pastu dia order lg utk di bawa balik ke segamat....sedap kek ni, anak2 suka sgt...moist n lemak berkrim.....~

~ ini lah adikku ( yg belah kanan....yg kiri tu isterinya ) yg yg telah bermurah hati sponsor makan besar mlm tue.....terima kasih yer dik...tahun depan belanja lagi..... :D~

happy rasanya dapat berkumpul adik beradik w'pun sebenarnya ada seorg lagi yg tertinggal sbb dia dok kat sarawak.....klu ikutkan cuti kali ni aku dapat jumpa dgn adik2 en.suami juga tp di sebabkan faktor cuaca n banjir masing2 terpaksa tukar plan sbb takut terkandas x dapat balik.....x per lah semoga ada kesempatan di lain waktu........


February 06, 2011

GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI


SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??


segmen terbaru dari Ben Ashaari.....setelah lama bercuti CNY...buka2 blog tgk ramai yg dah join...aku???? mesti lah kan......rugi x join... :) kawan2 nak join..? sempat lagi nih....klik jer kat header Ben Ashaari kat atas tu yer.....


February 01, 2011

Khasiat Daging Kambing

Kambing sering dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.

Pengurai Kolestrol Tepu

Salah satu bahan yang terdapat dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi dan obesiti ialah kolestrol daripada sumber seperti berikut;

1. Kolestrol daripada minyak tumbuhan seperti minyak sawit, minyak bunga matahari, minyak soya, minyak jagung dan sebagainya (kecuali minyak zaitun).

2. Kolestrol daging lembu dan ayam.

3. Kolestrol tepu daripada makanan laut (kecuali ikan) iaitu sotong, udang, ketam, kerang, siput.

4. Kolestrol tepu daripada organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, perut, usus, dan organ-organ lain seperti telinga, lidah, mata, dan sebagainya.

5. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh kolestrol tumbuhan seperti keropok lekor, tauhu goreng, taugeh goreng, telur goreng (bahagian kuning telurnya) dan sebagainya.

6. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh sodium (garam pengawit) seperti daging berger atau daging di restoran makanan segera.

7. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti Vitamin C seperti daging yang diperah limau atau mengambil herba chitosan (herba slimming) atau kuah laksa yang diperah limau atau amalan meminum jus oren setelah mengambil makanan tinggi protein.

8. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti karbon seperti ikan bakar, sate atau daging panggang.

Daging kambing tidak memiliki protein yang tinggi, oleh itu ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan seperti yang dinyatakan di atas.

Ikatan kolestrol tepu boleh dicegah sekiranya terdapat Omega 3 di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan ia hanya boleh diurai dengan kolestrol kambing sahaja.

Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein akan mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Kandungan kolestrol tepu jenis ini sekiranya terdapat banyak dalam darah akan mengakibatkan masalah jantung.

Sodium (sejenis garam) yang digunakan untuk mengawit daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging berger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti Mono Sodium Glitumat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia akan menyebabkan strok.

Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti

Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.

Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.

Kolestrol yang gagal dicerna oleh hati akan disimpan dalam bentuk lemak di bawah permukaan kulit. Dalam jumlah yang banyak ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan). Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.

Mencantikkan Kulit

Dalam daging kambing turut terdapat Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu dan mencantikkan kulit.

Pengambilan protein tinggi yang berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan menyebabkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.

Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang putih dan cantik.

Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan

Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi menjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.

Jantung yang menerima kolestrol daging kambing akan lebih lembut dan lancar pergerakannya. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan.

Mereka yang mengamalkan memakan daging kambing akan merasa tenang dan gembira dan mudah merasa getaran kasih sayang. Sekiranya anda menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan, silalah amalkan memakan daging kambing.

p/s: sbb dah buat n3 pasal lamb chop kan..sajer nak share ttg kebaikkan makan daging kambing ni....so, jgn takut2 nak mkn daging kambing lps ni.... :D rugi x makan....