June 14, 2010

helikopter oh! helikopter.....

~ gambar ini sekadar hiasan semata-mata.... ihsan dr : mr.google ~

td waktu aku sibuk siapkan masak t'hari en.suami bg sms... "baba kat dalam helikopter".. aku pun b'tau kat anak2.."tunggu jap lagi baba lalu..."

elok jer helikopter lintas kat atas umah ni...hujan pun turun....alahai..kesian kat mya & fiqa...berterabur lari keluar..tp x dapat nak tgk....

pastu afiqah sibuk suruh aku call en.suami... aku tanya.."adik nak cakap apa dgn baba?"

dia jawab " adik nak suruh baba tunggu....adik pun nak naik helikopter...."

uhuhuhu...sian afiqah..dia x tau..dia mmg x kan b'peluang nak naik helikopter tu.....



sejuk hati mama.....

lewat b'siaran hari ini....dah siap masak t'hari baru sempat buka blog...pagi td sibuk m'upload gambar kat facebook pastu b'kemas2 n masak t'hari....

n3 kali ni pun sajer nak share gambar anak2.....gambar ni aku snap malam jumaat aritu...b'sungguh adik nak sembahyang...alhamdulillah...sbnrnya telekung ni kakak punyer...dulu aku x belikan lagi utk adik sbb masa tu dia kecik lagi.... (klu dah beli awal2 kan bagus....tp masa tu x t'fikir pulak.....haihhh....)

~ Allahuakbar..... ~

~ sujud kepadaNya.... ~

~ khuyuknya anak mama.... ~

~ baca doa sampai t'pejam2 mata....smga di makbulkan doa adik....Aminnnnn ~

~ pose lps sembahyang.... ~

June 10, 2010

Bantulah Adik Ain......


AWARD PENYAYANG ni akan di beri oleh ASC kepada Bloger-bloger yang bertuah...hehehehe..Tapi Untuk Mendapatkan Award ni penerima haruslah membuatkan entri award ni..tak perlu susah-susah copy jek ayat-ayat kat bawah tu.letak kat blog masing-masing ok.Selamat Beramal.

Anak Comel ini namanya airen nurain bt nazemir. panggilan manja ain. adik ain berumur 3 tahun. anak comel ini mengalami masalah kesihatan yang memerlukan kita membantunya.

pertemuan encik nazemir dan gap hanya sekali. disitu dia menceritakan segalanya. selesai sahaja pertemuan selama 5 jam, aku tak bertangguh lama lagi. anak kecil ini wajib dibantu.

ini kisah penderitaan adik ain, aku permudahkan kronologi nya.

BANTUAN MENAMPUNG KOS PERBELANJAAN RAWATAN DIALISIS CCPD

pada 13hb april 2010, adik ain telah dirujuk dari hospital besar tengku ampuan rahimah,klang ke wad unit rawatan rapi (ICU) hospital selayang. pada waktu itu adik ain memerlukan bantuan pernafasan dan juga rawatan haemodialysis (cuci darah).keputusan darah menunjukkan bukti darah adik ain kotor didalam tahap merbahaya dan perlu di cuci dengan segera.

Adik Ain telah dikeluarkan dari ICU hospital selayang selepas 4 hari dan telah menjalani rawatan haemodialysis selama 4 minggu tetapi buah pinggangnya masih belum pulih.

pengambilan tisu daripada daripada buah pinggang awal bulan mei menyatakan bahawa kerosakan ini kekal dan tidak mempunyai peluang cerah untuk pulih.

keputusan telah dibuat untuk mendapatkan rawatan dialysis dalam bentuk CCPD.CCPD bermaksud kaedah mencuci melalui peritoneal dialysis tetapi ia perlu dijalankan pada waktu tidur selama 8 hingga 10 jam sehari. kaedah CCPD ini memerlukan mesin cycler yang disewa dan penukaran tiubing pada setiap malam.

kaedah haemodialisis pula membebankan keluarga kepada encik nazemir. jika kaedah ini dilakukan maka, perbelanjaan ulang alik dari klang ke hospital selayang memerlukan lagi satu kos tambahan.

pakar yang merawat adik ain menyarankan agar kaedah CCPD lebih sesuai untuk kanak-kanak kecil seperti ain, berumur 3 tahun dan beratnya sekitar 12 kg sahaja.

kenyataan diatas aku ambil daripada surat rasmi pakar yang merawat adik ain.iaitu dari
dr wan jazilah wan ismail
no pendaftaran penuh : 27343
ketua jabatan pediatrik dan pakar perunding buah pinggang kanak-kanak
hospital selayang
lebuhraya kepong selayang
batu caves 68100 selangor.
email : wanjazilah@selayanghospital.gov.my

konklusi kepada artikel penting ini.

1) keluarga adik ain memerlukan bantuan kewangan untuk bayaran kos CCPD
2)surat-surat rayuan telah dihantar kepada beberapa agensi.jawapan dalam proses
3)dokumentasi surat rasmi/masuk wad/sebutharga dll yang berkaitan ada banyak.namun gap telah lihat dan menyimpan kesemua salinannya.tak sempat scan pasal banyak sangat.
4)mohon yang bermurah hati menolong meringankan beban keluarga ini.
5)mohon bloger/pembaca link dan sebarkan artikel ini kepada rakan.

hubungi bapa adik ain :

en nazemir 012 620 7010 untuk menghulurkan bantuan atau sumbangan boleh terus disalurkan kepada akaun bank islam beliau. 120100 2463 6941






p/s: masa tgk mak sakit kat hospital aku dah rasa x sampai hati bila tgk doktor masukkan ubat 6 picagari kat tgn mak smpi tangan mak jadi keras....tp bila aku baca kisah adik ain...airmata ni laju jer..non-stop!! semoga kita dapat sama2 m'batu meringan beban keluarga en.nazemir.

Bila "MR.M" sentiasa menghimpit.......

salam semua.... lamanya x bersiaran kan...jgn salah sangka ttg Mr.M tu yerk.....bukan aku menduakan kekasih hatiku itu...tp Mr.M tu adalah mood M.A.L.A.S!!!! adohaiiii....mmg x tau nak xplain camana...sbb x tau ntah ke mana perginya mood nak b'blogging ni pegi?? bukan buka blog jer x der mood..."mukabuku" (facebook) tu pun dah lama x ku jengah....klu buka pun ada la 4-5 minit..pastu tgk2 lbh kurang then ttp balik.....why????

ada sesiapa penah kene mcm ni x? aritu sempat sembang2 dgn ayu... (CITARASARINDUAN), mengadu nasib....ayu kata klu kita dah lama x b'blog mmg akan rasa mcm tu.... so,aku rasa btl lah kata ayu tue...sbb sejak akhir2 ni byk sgt benda yg lbh penting aku kene fikir n uruskan...terutamanya ttg kesihatan mak yg masih x stabil lagi...urusan keluar masuk wad lagi....

then,kesihatan diri pun kdg2 x brp nak btl juga....kdg2 ok..kdg2 pulak bercelaru....dugaan time pregnant kan....mcm mlm td aku tgk sedutan citer Legenda Budak Setan kat Astro Ria....masa tgk part lisa surihani tercekik cicak tu...lintang pukang aku b'lari masuk toilet sbb mual tgk scene tu...hadoi...rasa m'gelodak perut m'terasa cicak tu plak yg dok kat dalam tekak....en.suami plak blh gelak2kan aku....dia kata "apa la mama ni...itu kan citer..apasal dok bayangkan makan cicak pulak...." iskh3...dia x tau aku x der m'bayangkan apa2 pun...tp tetiba terasa mual...nasib baik x tgk kat panggung...klu x...haru!!!

harap2 lps ni mood nak b'online & b'blogging akan datang kembali...klu x larat nak buat byk2 n3 pun sehari 1 n3 pun jadilah kan....sbnrnya aku dah rasa mcm nak ttp blog nie...tp rasa sayang pulak..bukan senang aku nak buat blog ni...t'kais2 mcm ayam cari makan...maklumlah org x terror IT....

doakan aku akan terus ceria n rajin m'updated blog!!!