March 21, 2011

cerita org demam.....

terima kasih atas ucapan n doa dari kawan2 kat n3 "bila.............",pagi ni cuma tekak jer masih perit n kepala rasa pening2 lalat....

malam tadi pukul 9 aku dah masuk tido, kepala mmg sgt2 pening n berat....mata pun nak terkatup jer.....anak2 dgn en.suami,aku mmg x tau apa2...sedar2 dia org dah masuk tido pukul 10.30 malam....

arini ni nak masak apa pun x tau...plan nak buat laksa penang..tp tgk cuaca kat luar tu sejuk jer...esoklah baru buat........ ( mood org demam ni mmg malas sajer....)

pagi td damya request nak makan sardin & telo dadar...alhamdulillahhhhhhhhhhh......eloklah nak oiii...mama ni mcm malas jer nak masak yg heavy2...kebetulan lauk ayam masak kicap semalam pun ada lagik...cukuplah tu kan....

~ taraaaaaaaaaaaa...sardin dah siap masak...mama masak awal arini sbb nak cepat rehat n guling2 dgn firas...ngeeeeeeeee~

~ telo dadar...sbnrnya sedap makan masa panas2...tp aku malas nak kemas dapur 2-3kali...so,masak jer lah.....~

~ ayam masak kicap semalam....tp makin sedap tau!! aku klu masak kicap apa2 pun (ikan @ ayam) mmg suka letak kentang byk2....anak2 pun suka....kdg2 masak sardin pun aku boh kentang.....peminat kentang...ngeeeeeeeeeeeeeee~

nak jugak tepek gambar hero nih.....

~ pipi gebusss....~

~ masih juga guna botol ada BPA.....sedihhhhhhh,minggu ni nak pi cari jugak......~

~ sebenarnya sekejap jer dia pakai cap nih....x sampai 10 minit!! keapala asyik dok b'pusing2 jer tanda dia x selesa pakai menda nih.....~


p/s: gembira lps baca email dari jepun yg dilanda tsunami....terima kasih ye kak....i lap u...!!!!! ^____^



March 20, 2011

bila......

bila aku mula sakit tekak.................
bila kepala mula pening2...................
bila aku mula bersin2...............


itu tandanya aku nak.................



DEMAM.....................


p/s: seandainya esok tiada n3 di sini...itu tandanya tuan punya blog mmg di serang en.demam......



KESAN NEGATIF BPA

BPA, atau bisphenol A, wujud merata-rata tempat di dunia kita. Ia telah dicipta sejak 40 tahun dahulu, dan beberapa juta ton BPA dihasilkan setiap tahun. BPA digunakan dalam pelbagai produk plastik dan biasanya wujud dalam botol air polikarbonat dan lapisan ekposi tin.

Sejak kebelakangan ini, banyak kajian telah menunjukkan bahawa sebenarnya BPA boleh mengancam kesihatan manusia. Ia telah menyebabkan kesan negatif ke atas tikus yang didedahkan dengan BPA. Sebagai contoh, ia boleh menyebabkan penyakit kanser, kecacatan sistem pembiakan dalam jantan, keawalan dalam puberti betina, kegemukan dan pelbagai masalah perangai yang pelik.

Di China, telah terbukti bahawa pendedahan yang berlebihan kepada BPA mengakibatkan impotensi dan merendahkan hasrat seksual pada lelaki. Tambahan pula, ia juga menunjukkan kesan kegagalan fungsi pada kemampuan seksual seseorang lelaki.

Plastik, secara umumnya tidak memberikan sebarang risiko pada penggunanya. Namun, molekul kimia yang membentuk plastik merupakan ancaman utama kesihatan kita. Molekul kimia yang kecil ini dapat berhijrah daripada bekas plastik ke dalam tubuh manusia pada keadaan tertentu, dan kesan yang minor ini menimbulkan masalah kesihatan yang rumit.

BPA dalam botol air plastik, botol air polikarbonat dan lapisan epoksi tin-tin menjadi keprihatinan orang ramai. Ini adalah kerana kita menggunakan botol air setiap hari, dan sesetengah orang makan makanan dalam tin setiap hari. Oleh itu, mereka terdedah kepada bahan kimia yang bahaya ini dalam jangka masa yang panjang.

Tambahan pula, kajian juga menunjukkan bahawa sesetengah plasticizer yang digunakan sebagai bahan asas dalam industri plastik mempunyai sifat seperti BPA dan boleh mengakibatkan masalah kesihatan walaupun dalam kuantiti yang rendah.

Dalam dunia moden ini, kita memang tidak dapat mengelakkan plastik dalam kehidupan seharian. Jadi, apakah yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan keadaan yang menjejaskan kesihatan ini?

Kesimpulannya, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil langkah perlu untuk mengelakkan daripada pengambilan BPA. Mengamalkan corak kehidupan lestari dan menggurangkan penggunaan plastik.


P/S: sedihnya sbb baru tahu....................skrg dah tahu kene aware sentiasa ttg penggunaan palstik....


March 19, 2011

Free-BPA Bottle

minggu ni ramai rakan2 blogger (terutamnanya yg ibu2 lah...) yg dah buat n3 ttg isu pengharaman penggunaan botol susu yg mengandungi BPA ni....sejujurnya aku dulu mmg x penah ambik tahu ttg BPA.....apatah lagi nak search ttg keburukkan penggunaannya....

bila isu ini hangat diperkatakan barulah mula t'kial2 mencari info dan yg sgt menyedihkan selama ini semua botol susu anak2 mengandungi BPA.....so sad!! bayangkan lah damya sekarang dah umur 5 tahun!!! selama 5 tahun itu lah dia menanggung risiko atas penggunaan botol yg mengandungi BPA...selama ni aku beli botol mengikut kemampuan n pilihan anak2...mmg x penah lah nak telek2 samada botol tu ada BPA @ x....

semalam ada juga bersembang dgn en.suami ttg isu ni...kenapa baru skrg kerajaan mengharamkan penggunaannya??? kenapa tidak dari dulu lagi....??

dr semalam aku search sana sini m'cari2 botol yg free BPA,kebanyakkannya harga agak mahal lah bagi aku yg tiga2 org anak ni minum susu guna botol...paling tidak mesti nak beli sorang 2 botol X 3 org dah 6 botol....hurmmmm.....

ada kawan suggest guna botol jenama ni.....


katanya harganya lebih murah berbanding ini...




dan hari ini misi mencari botol free-BPA akan dimulakan....ye lah dah tau ttg keburukkannya kan...x kan nak biarkan n bagi anak2 terus menanggung risikonya.....tp aku akan cuba mencari mengikut kemampuan..selagi ada yg murah...itulah yg aku pilih...jenama bukan keutamaan.....