January 25, 2011

KACANG SOYA MENGALIH KITA DARI PEMAKANAN SUNNAH

Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.

Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya.

Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.

Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:

Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.

Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.

Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).

FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).

(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)

(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)

Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama phytic acid (3) yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.

(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)

Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .

(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)

Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.

Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.

Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.

Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.

Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!

FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.

MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT


Tulisan asal: Ustaz Hashim Al-Maranji


P/S: dapat info ni dari fb...x pasti ttg kesahihannya....tp aku nak share dgn kawan2......takut juga masa baca artikel ni td sbb sepanjang pregnant aku byk juga minum air soya n makan taufu fa

cerita yg terpendam......

dah lama sgt2 nak buat n3 nie tp asyik lah t'tangguh.....

terima kasih buat jaja....atas kesudiannya melayangkan greeting kad yg sgt2 cute mcm pengirimnya....aku dapat kad ni last week.....masa en.suami bg surat ni rasa mcm dah blh agak sbb kat situ x tulis nama penuh aku.....lg pun sblm tu jaja mmg ada sms minta alamat umah....

~ setem tu x kene cop tau...t'ingat masa zaman sekolah dulu...aku plg suka klu dapat surat pastu setemnya x kene cop sbb aku blh guna balik setem tu...ehehehe......tp skrg dah x buat lg dah ler.....~

~ see......cute kan....thanks jaja...akak akan simpan n lekatkan kad ni dalam album firasi....sampai dia besar nnti akak akan cerita kat dia ttg auntie jaja......^___^ ~

~ yg ini isi dalam kad...ada kata2 madah puitis dr jaja.....ngeeeee~

~ yg ni pula bungkusan cheezy wedges yg aku beli dr jaja....korang mesti selalu mkn cheezy wedges yg kat KFC tue kan.....ha..ni la cheesenya...( sori yer x sempat lak nak snap gambar cheese),masa jaja b'tau aritu aku ingat cheese ni dalam botol...mcm mayonis/sos thousand island tue...rupa2nya dalam bentuk serbuk yg perlu di bancuh dgn air panas.....mmg sedap!!!~





January 24, 2011

teringin tapiiiiiiiii................kompom x kan dapat!!

fuhhhhhh....panas sungguh cuaca hari ni....panas b'denting2!!! jemur kain pun kejap jer dah 'rentung'......

tetiba teringat pulak kat............................

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
~ picture taken from google........ ~

haaaaaaaaaaaaaaaa....tu dia....mmg x akan dapat punya lah....tgh dalam pantang cenggini blh plak 'mengidam' nak makan cendol...adeh lah....mmg gigit jari la jawabnya...kene tunggu sampai p'tghan feb nnti baru blh dapat....adoiiii...lama tu...uhuhuhu~

macamana cuaca kat tempat lain yer...panas juga ker?







berlari ke langit...!!!!

wahhhh...tajuk n3 macam tajuk filem lak yer.....maklum lah dah lama x jengah blog nih....mcm blur jer nak letak tajuk apa yg menarik......^__^

sejak MIL x der ni ( mak dah balik masa cuti thaipusam aritu....) mmg agak busy menguruskan kerja2 umah n anak2....maklumlah time table tu x mantap lg...hehehe....tgh nak adjust time yg betul supaya segala kerja dapat disiapkan mengikut masa.....


~ gini lah rupa lbh kurang kelam kabutnya aku......maklumlah modern mom...:D!!! tp aku x la seksi cenggini.... aku sopan jer...ngeeeeee~

alhamdulillah sekarang kesihatan pun dah semakin pulih....jalan pun dah blh la laju siiiiiikitttttttt jer...w'pun tuan punya badan ni asyik terlupa...jalan laju mcm org t'tggl bas!! lbh2 lg kalau tetiba kmdo jr. tu menangis.....aduh..mmg x ingat dah.....bila t'ingat tu...opssssss.....aku dalam pantang lah.......slow balik b'jalan...ngeeeeee (klu ada MIL ni kompom kene marah....hehehe)

MIL pesan suruh aku sentiasa berhati-hati bila berjalan...jgn sampai tersandung apa2...nnti blh bentan katanya....

buat masa skrg ni en.suami masih bercuti sampai 31hb nnti....so,kerja2 berat tu masih dia lah yg buat...t'utamanya m'uruskan kakak2 yg berdua tue...aku buat mana yg mampu jer....setakat masak yg ringkas n sidai kain kat tepi umah jer...yang lain2 semua en.suami yg settlekan...kdg2 kesian juga tgk dia....tp apakan daya......


~ firas ni klu siang mmg tido je lah...lps mandi n makan nestum + air masak (haaaaa...jgn t'kejut...firas ni umo 10 hari dah makan nestum tau..!!!) mula lah mata pun layu jer....suruh sedawa pun x maunya dia.....kelat je mata tu nak buka......tp bila malam...dekat2 pukul 12 mlm..tu dia...mula lah keluar lagu 'gitar rancak'!!! adehhhh...mama n baba pulak yg pedih2 mata tahan mengantuk......puas lah mendodoi..berzikir & naik/turun buai......~

sbb tu lah skrg ni bila ada masa terluang sikit...aku ambik kesempatan melelapkan mata.....sbb mlm nnti nak standby menjaga firas....beginilah lumrah ada anak kecik...masa tido mmg x akan konsisten....

tambah pula skrg mya n fiqa dah sekolah....tepat pukul 10 mlm mmg semua dah b'kumpul dalam bilik utk tido....jd waktu senggang mmg kurang dah sekarang (sbb tu lah masa utk jengah blog dah semakin terhad..uhuhuhuhu)

~ kak ngah fiqa ( w'pun asyik bahasakan diri dia 'adik') yg sgt sayang kat bby...asyik nak cium jer....x kira lah bby tgh tido pun dia nak juga....sabar je lah..... kakak mya pula asyik tanya "mama..kenapa lambat sgt bby firas nak besar??" aduhai kakak...dulu asyik tanya bila bby nak keluar dari perut mama....skrg nak bby cpt2 besar pulak.......~



p/s: nak bw umah kawan2 jap.....mana yg termampu aku ziarah...yg x sempat nak singgah tu insya'allah klu ada masa nnti pasti aku akan dtg yer......