Assalamualaikum........
sekejap je da ari jumaat kan, cepat sungguh masa berlalu skrg.....utk perhatian! tajuk n3 x der kaitan dgn citer di bawah, huu...saje nak abadikan tarikh unik tu...ngeeee
spt yg dijanjikan semlm...arini nak share kisah suka dalam duka. sbnrnya kes ni dah penah berlaku kat SINI....

~ piala kebanggaan kakak.....Tahniah! mama n baba bangga dgn kakak...semoga kejayaan hari ini menjadi perintis utk kejayaan yg lebih gemilang....amin ~
masa kami sampai kat dewan, x sampai 10 minit duduk kat situ teacher dah panggil damya utk bersedia kat belakang pentas, nasib baik damya sempat menjamah makanan yg disediakan (mee grg n sedikit kuih muih) masa tu aku dah dapat agak mesti kakak dapat tempat 1, 2 atau 3 dalam kelas.....bila afiqah tgk kakak x der, dia mula lah resah gelisah...sibuk b'tanya kenapa dia x di panggil2 ke belakang pentas...masa tu muka mmg da start agak down lah sbb BFF dia pun x der (eva dapat no.1 juga...)
bila nama kakak diumumkan dapat tempat pertama dalam kelas terus dia ckp "mama...adik kan no.1 juga...bila nak naik atas pentas...???" alahai..masa ni mama pun dah start faham apa yg dia rasa.....tp cpt2 pulihkan mood dia, ajak dia b'cerita ttg persembahan yg akan dia buat x lama lagi n dia lupa kejap....
tp masa balik sekolah ari rabu lps, kat depan pintu pagar sekolah principal dia jumpa aku n cakap "afiqah merajuk arini...asyik duduk kat penjuru kelas sbb dia sedih kakak dapat piala n dia x dapat...dia kata esok dah x nak dtg sekolah lagi.saya sedih tgk dia,rasa mcm nak buatkan satu lagi piala utk afiqah..." Allah....tetiba aku pun mula sebak sbb masa tu afiqah dah mula peluk aku n nangis & kakak pulak faham apa yg adik rasa, dia diam jer....
teacher dia kata lagik "tadi dia ckp pada saya, next time i'll get this medal too!!" aduhai adik...sepanjang p'jalanan dr sekolah ke rumah dia dok pegang piala tu, dia kata itu dia punya...dan sepanjang memandu kete jg airmata mama x henti mengalir...x tahu lah sebak jadiknya.....
sampai umah x habis lagik dia asyik cakap "mama...kenapa adik x pandai mcm kakak?? adik pun rajin juga" pastu dia cpt2 ambik buku latihan n buat huruf 'F' n tunjuk kat mama "mama!! tengoklah adik dah pandai" aduhhh lah.....mmg x blh nak tahan n terus call en.suami.....
macam2 cara pujuk dia n bagi dia semangat supaya dia x terus down...alhamdulillah bila mama kata "adik pun pandai cuma adik kene belajar lbh rajin lagi,nnti kat sekolah baru adik mesti blh dapat no.1 mcm kakak....piala ni teacher bagi utk adik n kakak...kongsi sama2" walaupun dia dah blh terima,tp piala tu asyik lah di belek2 n cakap "mama..cuba baca ni ada tulis Nureen Damya Afiqah kan ma... " sudahnya ia kan sajer lah apa yg dia ckp....
tp hati mama/baba ttp sedih tgk afiqah yg murung sepanjang hari n asyik dok telek je piala yg kakak dapat :( jd untuk mengubat kesedihannya dia........
SURPRISEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE!!!!!!!!!

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
~ HADIAH BIRTHDAY in advance! (b'day afiqah 11hb Disember) sbnrnya afiqah ni dah terror m'nunggang basikal b'banding kakak yg masih t'agak2 bila mengayuh....jd kesian tgk dia selalu berebut basikal dgn kakak sbb dia dah x mo naik basikal dia yg kecit tu..... ~
~ so skrg beskal da ada 3....dr kiri : firas (kononnyalah...ntah bila nak pandai naik nih,baba kata klu firas nak naik kene cat balik beskal ni jd kaler blue...x kan boy pakai beskal pink kaler...aihhhh! x macho lah beb....), kakak mya n afiqah.. baru 3 je nih,klu ada 7-8 org anak...maunya jd kedai beskal yerk! ngeeeeeeeeee~
~ ini lah basikal kakak...hadiah dari atok sempena hari jadinya yg ke-3, dah 2 tahun kakak b'latih mengayuh tp masih x lps2 lagik...kakak ni hatinya 'kecik' cpt takut w'pun tau basikal ni ada 4 roda tp dia masih x berani....aduhai lah kakak...camana nak kadi doktor ni... ^____^ ~
~ pose ambik gmbo statik jer...asyik tunjuk 'peace' manjang......hai lah anak mama.... ~

~ kakak ajak adik main kejar2.....~
~ seronok tgk anak2 dapat main kejar2 macam ni...nnti kat umah sewa baru blm tentu dapat peluang mcm ni....alahai sedihnya, sayang nak pindah dari sini tp t/jawab sbg isteri harus diutamakan.... ~
~ watcha...!!!! peace NO WAR!!! huuuuu...kakak yg dapat no.1 tp adik dulu yg dapat hadiah...x per ye kakak mama/baba ada surprise event utk kakak end of this month...tungguuuuuuuuuuuuuuu !!!! ~
gitulah kisah sedihnya n sampai kelmarin adik masih ungkit2 lagi teacher x bagi dia piala...alahai....
p/s: suka tarikh unik arini 11.11.11 ^___^ mesti byk majlis akad nikah arini kan...huuuuu!
