January 08, 2013

Disebalik tabir ~ Majlis Kesyukuran Rayyan, Izara, Firas & Harraz

Assalamualaikum.....

hari ni citer kisah disebalik tabir majlis Kesyukuran & Cukur Jambul anak2 & anak2 saudara... kami buat serentak je sbb nak dapatkan 7 bahagian ~ 1 ekor lembu ( 3 org lelaki ~ 6 bahagian & 1 bahagian utk perempuan)

ikutkan plan asal majlis ni akan dibuat pada hari Jumaat malam sebelum cu bertunang, kami dah booked kumpulah qasidah mcm majlis akikah n kesyukuran damya dulu.tp bila saya fikir2 semula rasa x larat plak nak buat 2 majlis yg b'asingan. Jd.akhirnya kami sepakat utk buat pagi sabtu sebelum cu b'tunang pada sebelah petangnya (slps zuhur)


~ rewang! saya suka sgt suasana rewang2 ni sbb time ni lah kumpul ramai2 n gurau2... yg tudung hitam tu mak mertua saya ^____^ ~


~ adik ipar & bapa mertua saya... sian dia org berdua jer dirikan balai,hujan2 gerimis plak tu.... ~


~ selepas solat jumaat, tumbanglah seekor lembu utk akikah anak2 n anak2 saudara saya... alhamdulillah semua anak2 dah selesai saya akikahkan... In sha Allah ada rezeki nnti saya nak buat korban pula ~



~ melapah lembu n seekor kambing boer.. ayah kata klu masak beriani xder daging kambing x syok.. ^___^ saya setuju n suka sgt sbb saya mmg suka makan beriani kambing...heheheee ~



~ 'bakal pengantin' (In sha Allah....end of the year... ^___^ ) yg malu2 hahhahahaaa... sian dia kene pasang sendiri skirting kat balai...b'peluh2 naik turun kerusi n panjat sana sini.... :) ~



~ nama anak2 skrg semuanya panjang2... sian tok kadi nak sebut masa nikah nnti huhuhuuuuu masa dibacakan doa utk anak2 ni pun t'sasul2 cik salbiah ( yg membaca doa) nak sebut ~

 

~ Goddies bag... terima kasih yer cu tlg buatkan sticker comel ^____^ saya lupa plak nak snap gambar 'isi perut' goddies bag ni... kat dalamnya ada tasbih, yassin, telo masin (trend org johor bila ada majlis kahwin bagi telo masin), coklat Appolo & sapu tangan (alamak..apalagi ek... alahai lupa plak dah.....huhuuuu ) ~

 
~ firas ~ rayyan ~ nuha ~


~ saya sgt2 suka pic ni.... anak2 & sepupu2 dia org, alhamdulillah masa ni semua adik2 saya b'kumpul termasuk adik yg ada kat sarawak...bayangkan lah kami dah lama sgt2 x dapat nak kumpul ramai2 sejak raya hari tu...bila dapat jumpa mcm ni mmg riuh &best sgt2!! tambah pula kita org skrg ni semua anak2 kecik2 lagik...rasa mcm huru hara umah atok/nenek ^____^ abg chik a.k.a firas lah yg paling gangster, anak komando la katakan hahahaaa.... kuat jerit lak tuh... ~
 

~ harraz & kak ngah yg dah kepenatan.... ~


~ kumpulan GPW (apa maknanya ni yer...sya x tahu, PW tu rasanya pergerakan wanita kot... heheee ) a.k.a kumpulan marhaban... dok sibuk ke sana ke mari saya x sempat nak ambik gambar harraz di dukung wan utk cukur jambul... haishhhh.... mmg sgt2 busy pagi tu ~

MENU :


~ PACERI NENAS mulanya nak buat rojak jer...tp last minit ayah tukar buat paceri ~


~ SAMBAL GORENG JAWA air tangan dari nenek saya (mak ayah) bahan2nya nenek dah siap2kan dari kampung..sampai kat umah mak tinggal masak jer... ini menu wajib ada ^____^ sambal goreng nenek ni lah yg akan saya cari setiap kali ada kenduri & hari raya.... sedap yg amat!! ~


~ DALCA percaya x saya x sempat pun nak merasa dalca ni.... sedih sgt... ~


~ AYAM MASAK MERAH yg super duper sedap!! ~


~ DAGING BERIANI.... ~


~ BERIANI KAMBING peberet saya... masa tgk daging kambing ni t'ingat kat en.suami yg x dapat nak memeriahkan majlis sbb ada tugas yg menanti di Tawau, Sabah.... ~


~ NASI BERIANI GAM air tangan pak long saya yg mmg master dalam masak2.. ayah menuntut ilmu dgn abgnya ni lah... sedap sgt2! biasa lah kan org Batu Pahat mmg pakar dalam masak beriani ni.. ~


ini je lah gambar2 yg sempat saya ambil... selebihnya saya sibuk ke sana ke mari t'kejar2 dgn anak2 & menguruskan majlis.















p/s: tetiba rindu kat adik2 saya................................

12 cerita dari hati:

Seri Kandi Tanah Jauhar said... Reply To This Comment

laaaaaaaaa... kenapa tak jemput??? hehehehe.. acah jer..

AnneRaini said... Reply To This Comment

aduh kak lia..mengancam betul lauk2nya...tetibe rasa mcm nak mkn beriani..huhu

Lelord said... Reply To This Comment

Eh bukan kat johor telur pindang ke? Sedapnya sambal goreng aku kena menuntut ilmu la heheheh

Nad @ MamaZN said... Reply To This Comment

Kak..akak org jawa ek?

Teratak Hami said... Reply To This Comment

Ada ramai menolong. Akak ni tgh pening kepala nak buat majlis. Nanti akak jemput ye :-) InsyaAllah 10/2 ..

Kakzakie said... Reply To This Comment

Beryani dgn kambing kalau kita org Johor memang sinonim sangat Lia. Tengok nasi dia pun dah terliur kakak dibuatnya.

Apapun yg lega bila aqiqah anak-anak dah setel. Syukurlah.

MulutPayau said... Reply To This Comment

Sedapnya nasi beriani.....

Asfaliza Mohd Yatim said... Reply To This Comment

alhamdulilah. selesai dah aqiqah utk anak2 akan ye.. rezeki anak2

Rozita said... Reply To This Comment

suka sambal goreng...

GPW =gerakan persatuan wanita utk penerokawati...felda mana ni?

NM03 said... Reply To This Comment

sonok weh keje gotong royong camni. masa kenduri aqiqah qays, kami amek katering je sbb malas nak itu ini. hahaha

::NureeN:: said... Reply To This Comment

meriah.. menu sedap2...
alhamdulillah selamat n selesai sudah majlis kesyukuran :)

LYAfrina said... Reply To This Comment

meriahnya dgn xtvt gotong royong beramai.. canik goodies bag tu..
hidangan lak,.marvelesss