February 13, 2011

aku mmg langgar pantang.....!!!!

entry kali ni tiada gambar yer....dalam sejarah ni sbb biasanya paling tidak pun mesti aku tepek sekeping gambar kat setiap n3....refer pada n3 di SINI, aku penah kata akan ada sessi luahan perasaan kan......

dulu aku penah baca kat blog kawan2...blog ini umpana diary utk diri sendiri...kdg2 tempat utk meluahkan perasaan pun yer.....

kali ni aku cuma ingin berkongsi perasaan dgn kawan2...tiada niat apa2 pun....cuma ingin melepaskan apa yg bersarang dalam hati sejak kebelakangan ini....uhuhuhu...bunyinya mcm sedih kan...mcm emosional jer...org kata jiwa kacau...ngeeeeee.....^__^ tp nyatanya aku bukan berkecil hati atau rasa marah pada sesiapa....sekadar meluah n berkongsi rasa...klu ada sesiapa yg rasa mcm x larat jer nak baca blh la skip jer n3 ni....no problem...x der hal punya....ini n3 jujur dr tuan punya blog...

berpantang kali ni byk cabarannya berbeza dgn dulu...dulu aku bersalin ceasar,masa aku bersalinkan afiqah damya baru b'umur 1 tahun 2 bulan...slps discharge aku balik umah mak...semua mak yg buatkan...

sampai cukup 2 minggu aku balik melaka (masa tu aku dok kat melaka....),aku mula buat kerja2 umah yg ringan sbb en.suami dah mula b'kerja....tp di sebabkan masa tu damya kecik lagi cabaran nak menjaganya x sehebat sekarang....

masa aku bersalinkan firas,damya n afiqah dah mula bersekolah....mmg lah en.suami bercuti 3 minggu extra 1 minggu dari dulu...tp bersalin normal terlalu byk pantang larangnya (pada aku lah....) cabarannya bermula apabila aku perlu handle anak2 yg dah bersekolah ni....

afiqah sgt manja....maklumlah lama jd 'adik' masa mula2 nak sekolah dulu terlalu byk ragamnya dan aku rasa aku x mampu nak buat sendiri bila en.suami dah mula keje nnti...kami carikan 'ubat' utk afiqah supaya dia senang bangun tido n suka ke sekolah pening juga masa tu bila tiap pagi dia menangis x mau pi sekolah...masa baba ada kat umah dia nak ke bilik air pun berdukung...sampai pernah mandi dgn baju2 sekali...

b'jam2 memujuk rayu supaya dia bgn tido n mandi....b'macam2 janji manis yg kami taburkan tp x menjadi juga....tp bila dia tgk kakak dah siap pakai kasut barulah dia t'kedek2 nak ke bilik air....2-3 kali juga lah dia terlepas bas sbb lewat...tp itu en.suami ada...klu lambat pun baba blh hantar.....

tp apa yg aku takutkan rupa2nya x berlaku pun...alhamdulillah...bila en.suami naik kerja...hari petama tu aku mmg kelam kabut sikit tp afiqah x byk ragam...mudah jer dia ke bilik air cuma bila time nak mandi tu dia nak aku mandi sekali dgn dia...x per lah janji dia nak ke sekolah dan x menangis.....

damya x der masalah...sentiasa ceria jer...wlu pun kdg2 moody...

itu bab jaga anak...blm lg buat kerja2 umah...

ramai yg bertanya "eh..lia ko dah buat semua keje2 tue??"

"haih...dah pakai seluar ker??? x pakai kain batik lagi???"

"aiksss....lajunya ko berjalan..."

aku bukan x nak berpantang ala2 org dulu2..ala2 zaman 60'an dulu....sentiasa berkain batik n berbengkung sepanjang 100 hari...berjalan stail oshin dlm drama jepun tue...tp dgn nak handle anak2 ke sekolah mcm ni,aku mmg x berkemampuan utk buat mcm tue.....serius..aku x tau lah org lain tp sejujurnya aku mmg x blh buat......

bagi mereka2 yg ada pembantu atau tinggal bersama org tua mmg x der masalah..semua keje pembantu/mak yg buat....x perlu masak....sampai masa makan tinggal duduk n makan...x perlu nak basuh/sidai baju...x perlu nak sapu/vacuum/mop umah....tapi aku??? aku kene buat semua tu sendiri....

x kan lah nanti en.suami balik keje aku nak bagi makan biskut kering n kopi 'o' jer...atau pun beli nasi bungkus jer... :(

aku perlu mengejar masa...bgn perlu awal pagi..siapkan baju n air utk en.suami..,mujurlah en.suami bukan jenis yg sarapan pagi kat umah...dia cuma minum segelas susu anlene @ kopi 'o' jer....pastu nak siapkan baju sekolah anak2 (en.suami yg iron baju anak2 aku x buat.....), siapkan bekal utk mya/fiqa( bekal ni nak kene tanya dia org dulu apa yg dia org nak bawa...x kene gaya menangis x nak bawa bekal sbb x menepati citarasa.....sabar je kan...), pastu mandikan n siapkan dia org lagi...klu terlewat t'tinggal bas pula.....

jadi mcmana aku nak buat???? mustahil rasanya nak suruh en.suami yg buat semua keje2 umah bila aku rasa aku dah berkemampuan utk buat semua tue....

kdg2 x sampai hati nak suruh or minta tolong en.suami buat itu ini sbb rasa mcm terlebih manja pulak klu setakat keje ringan mcm vacuum umah (bukan menyapu pun...),memasak,basuh baju (humban jer dalam mesin bukan kene pikul pi paya ke apa...) lg pun mlm pun dia sama2 tlg aku jaga firas..sama2 x cukup tido....

jd..salah ker aku klu langgar semua pantang larang yg biasanya org dalam pantang buat????

w'pun aku dh buat keje2 umah tp aku masih menitik beratkan keselamatan diri..aku sentiasa ingat pesan MIL "along...jgn angkat benda2 berat...jaga ibu jari kaki tu jgn sampai tersandung apa2...nnti bentan"

citer bab makan pulak...w'pun blh kata aku dah x makan lauk ikan singgang or ikan cencaru bakar setiap hari tp aku ttp memilih lauk pauk yg bersesuaian....klu sayur2 yg sejuk n byk angin (kangkung n sayur2 yg menjalar) yg tajam (nenas) aku x makan pun....

setakat makan daging n ayam x salahkan??? salah ker ek???

makan seafood pun cuma masa kat Senibong aritu jer...itu pun bukan lah melantak sampai x ingat dunia....

hurmmmmmmm.....itu cara aku...kdg2 kita berlainan pendapat kan...

apa yg aku buat ni mmg kebanyakkan melanggar pantang org tua...tp aku terpaksa.....

ada juga yg bertanya..."aik...kata busy sgt tp sempat jer melayan blog n fb?"

betul....mmg aku sempat buat semua tu sbb hampir semua n3 kat blog ni aku dah siapkan awal n tepek kat dlm "draf" (kdg2 petang bila firas tido aku cpt2 buat stok utk entry) jd,bila pagi anak2 ke sekolah aku peruntukkan 2 jam ( 8-10 pagi) je utk update blog n blogwalking umah kawan2....

tu yg kdg2 aku dapat baca n3 jer tp x sempat drop komen...klu ada masa free baru aku dtg balik n tinggalkan komen....x best la kan org dah sudi dtg blog kita tp kita buat derkkkk jer...



******mood sedih huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...lambatnya 21hb Feb...ukuks...ini baru btl2 cerita dari hati >__<*******

p/s: weekend ni dapat buat beberapa 'stok' entry lagi....alhamdulillah....




February 11, 2011

CENDERAJIWA DARI BUMI QATAR...

thanks to my beloved friend.......sahabat baik sejak sama2 belajar kat UiTM Segamat.....byk kenangan suka n duka bersama insan bernama NORLELA BINTI ALI ( jgn marah ea aku publish fullname ko kat sni...wink2!!!! >___<)

rasanya ramai sahabat2 blogger yg kenal dgn mamanajla ni kan......sekarang dia tgh b'cuti2 di malaysia dan setiap kali balik ke m'sia lelord x penah lupa utk belikan aku ole2 dr Qatar.....tq again.....

~ ini cenderajiwa dari lelord masa dia balik sempena cuti hari raya tahun lps......~

~ kali ni lelord bagi FM pulak...sgt comel itu unta!!! aku dah tepek kat peti ais ni tinggi2...itu pun afiqah asyik dok panjat kerusi jer nak buat main.....~

~ kenangan indah waktu sama2 menuntut ilmu di UiTM segamat..andai blh ku undur masa....cewahhhh....!! rindu rasanya dgn kawan2...skrg semuanya dah berkeluarga....tp alhamdulillah kami x lost contact....w'pun dah x pernah bersua muka tp at least tau juga berita terkini masing2~



jangan guna perkataan "SALAM"

selamat pagi.....hari jumaat yg penuh dgn keberkatan...semoga hari ini segala urusan akan dipermudahkan olehNya...amin.



SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:

"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz

“Assalamualaikum”

dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu

“Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!


Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan“As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

p/s: sumber dari facebook.....



February 10, 2011

ragam afiqah......

dah lama nak buat n3 ni...tp asyik tertangguh jer....

aritu lieya ada tanya kat aku mcmana reaksi/respon kakak2 firas ni bila ada bby....
klu nak citer mmg mcm2 ragamnya....kdg2 buat kau rasa geram n nak marah...kdg2 pulak terhibur dgn kerenak damya n afiqah....kali ni aku citer ttg afiqah dulu sbb dia lah yg paling byk ragam...

afiqah ni mmg sgt rajin bab2 tolong ambik kan baju,pampers,susu n segala barang2 firas lah....senang citer bila aku memerlukan apa2 panggil je lah nama dia mmg laju mcm peluru dia dtg...kdg2 aku panggil damya pun afiqah yg dtg....sampaikan b'rebut2 nak tolong mama....
tapi dalam masa yg sama aku x blh terleka atau terlepas pandang dgn aktiviti dia....

dia suka bagi firas minum air masak...klu lah elok2 x per..kekadang tu di tonyoh jer kat mulut si adik..dah melalak le si teruna kecik tue...selain tu dia suka buat benda2 yg x terjangkau dek akal..ada2 jer idea dia nak buat kat firas.....cnthnya: sikat rambut firas dgn gaya ala2 kmdo!! ganas semacam...klu le lemah lembut x per juga,kdg2 di picit2 tangan/kaki firas....

di hayun buai adik tu w'pun buai tu dah b'gerak sndri guna letrik....senang citer mmg x blh leka dgn fiqa nie....bahayo!! klu la du buatnya di angkat2 si adik tu..x ke nayo.....haihhh...harap2 jgn la smpi ke tahap tue.....

~ ni 1 lagi aktiviti yg mmg paling2 dia suka.....main wet tisu....tiap kali adik b***k dia pun kecoh2 la nak tolong ambikkan...pastu ayat dia "mama adik nak oneeeee aje...." w'pun itu dah kali ke-10 dia ambik....sabo je ler....~

~ tgk la muka tue klu mama marah2 dia....pandai je nak ambik hati.....~

~ ntah apa2 jer dia buat dgn wet tisu tue....~

~ dok mengelap la pulak penutup tong sampah....hahhh..lupa nak citer td...dia juga paling rajin buang pampers firas sbb suka main tekan2 tempat penutup tong sampah....^__^~

~ ni aksi sebenar tau...bukan lakonan semula.....tgk la dia kacau adik tido....elok jer org tue tido dia pi bagi minum air pulak...~

~ mama dah take over...dia nak belai2 pulak rambut adik...hurmmmmmmm~

~ kak ngah a.k.a adik....(x blh nak panggil dia kakak..x tau la mcm dah terbiasa panggil adik....) yg sgt hyperaktif....w'pun apa pun dia sgt2 sayang kat firas...takut bila mama kata nak bagi adik kat org....mula lah menangis....~