February 11, 2011

jangan guna perkataan "SALAM"

selamat pagi.....hari jumaat yg penuh dgn keberkatan...semoga hari ini segala urusan akan dipermudahkan olehNya...amin.



SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:

"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz

“Assalamualaikum”

dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu

“Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!


Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan“As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

p/s: sumber dari facebook.....



9 cerita dari hati:

Citarasa Rinduan said... Reply To This Comment

kak lieya..

alhamdullillah..dah boleh jengah sini.

kak, thanks berkongsi info..ayu baru tahu.......terima kasih kak sekali lagi

As Salam...

☆ lieya latif ☆ said... Reply To This Comment

LIEYA PUN selalu gune salam kalo taip kat sms nie....thanks yeak lia share bende berguna nie...kdg2 kite tak perasan ape disebalik ayat yg kite guna tu kan....

Nazz@Purple said... Reply To This Comment

tq for the info.

Kakzakie said... Reply To This Comment

Kakak dah biasa guna begitu selama ini....
Terima kasih dan nak kena tanya ustaz bila kuliah nanti....

Mamamya said... Reply To This Comment

ayu...

alhamdulillah semalam lps ayu call suami akak dah try remove malware ni...nasib baik ok...klu harap kat akak yg buta IT ni mmg x tahu lah nak buat mcmana....

thanks yer sbb sudi call utk b'tau....jasamu ku kenang..ehehehe...

sama2 ayu...ilmu yg ada wajib di kongsi bersama...

Mamamya said... Reply To This Comment

lieya...

samalah kita...lia pun taip 'salam' juga sbb dulu 'a'kum' pun x blh....

sama2..sharing is caring kan... ^___^

Mamamya said... Reply To This Comment

nazz...

sama2 dik.. :)

Mamamya said... Reply To This Comment

kak zakie...

tu la kak...sya pun baru je dapat info ni tu yg nak share dgn kawan2...sbb sya tau ramai yg guna perkataan 'salam' dalam sms....

p/s: klu akak dah tanya uztaz share la maklum balasnya ye kak.....nak kan confirmation dr org yg lbh arif....

Luca & Lula said... Reply To This Comment

http://ustazlove.com/blog/2011/01/soal-jawab-as-salam-ke-salam/