February 22, 2013

Oh! My Bread....

Assalamualaikum....

amboi...tajuk n3 ompotih ^___^ ala2 Oh!My English...rancangan kegemaran anak2 dara saya....

dah ramai kawan2 yg bertanya resepi saya buat roti setiap kali saya post gambar roti kat fb... sebenarnya semua jenis roti yg saya buat kecuali roti kentang, saya guna resepi yg sama.. cuma pelbagaikan je rupa bentuknya.. setakat hari ini saya mmg cukup berpuas hati dgn hasil kejadian roti menggunakan resepi basic dough yg saya dapat dari blog kak nor @secubit garam

ini antara hasil roti yg saya buat menggunakan resepi basic dough...sgt gebu,lg best klu dapat makan panas2...


~ garlic bread.... mmg sedap makan panas + mushromm sup..beli yg segera jerk... ~



~ mini pizza...kegemaran anak2 ~



~ butterscoth bun yg sgt sedappp.... lemak manis :) ~



~ bun manis yg saya jual ^____^ bisnes kecil2an jer sambil mengisi masa lapang... ~





~ bun manis & cheddar cheese bun paling mendapat sambutan.... ^____^ ~

RESEPI BASIC DOUGH


380gm tepung high protein (tpg roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
100ml air
100gm water roux*
1/2 sudu kecil garam
30gm butter
30gm shortening

Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
Biarkan sehingga proses menguli selesai.
Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.

#kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.

water roux: (menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )
50gm tepung gandum
250ml air

Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan.



Selamat Mencuba!!!!













esok nak buat mee kari...dek kerana godaan jaja.dah b'hari2 saya t'bayang2 keenakkan mee kari...huhuhuuuu

11 cerita dari hati:

AnneRaini said... Reply To This Comment

bak seketul roti tu...

ni yg rasa nak beli BM gak..hehehe

Nad MamaZN said... Reply To This Comment

Nak beli kak!
Nak rase..

mamalieyna said... Reply To This Comment

Huwaaaa nmpk sedapnyeeee... chaiyok3x bisnes :-)

ieja amieja said... Reply To This Comment

wah! lia ni mmg terror la..wat bisnes lg..caiyok2..
dgn ank2 lagi, msk wat bisnes ni..solute la akk..hahaha..moga terus success ye

ieja amieja said... Reply To This Comment
This comment has been removed by a blog administrator.
Rasp said... Reply To This Comment

rajin lah u sis...
sangat suka bila bau roti tu semerbak mewangi satu rumah kan...
pernah buat 2 kali je tapi lepas tu malas dah nak buat hehehehe...
lebih rela beli ok :D

wahida said... Reply To This Comment

apa? ko buat roti pulak?? hebak mu...

siap jual lagi...aku tgk pun dah tau roti ko gebu gebas, lembut, sedap!!

nok, aku harap bisnes ko maju jaya..mana tau ko boleh bukak bakery satu hari nnt...aku doakan ko...

ko mmg hebat...ikhlas aku puji ko...dlm pada ko ada anak kecik, ko sempat buat roti..siap buat jual lagi...respek la...

Seri Kandi Tanah Jauhar said... Reply To This Comment

rasa nak order roti dgn Lia... jauhnya lahai..

My Bloggie ! said... Reply To This Comment

mintak kat kak sasa roti tak dapat2 sampai harini. hmmmmm :) jeles tgk roti kaklong

chinta said... Reply To This Comment

tengok gaambar pun dah tahu sedap..kalau dekat2 dah order dah ni...good luck ye kak

♥ ROS ♥ said... Reply To This Comment

Sedappnyer,..mcm mana nak beli nih..ekekke