July 12, 2013

Kuih Lompang nostalgia...

Assalamualaikum.....

n3 ke-3 untuk hari ni..... wowwwwwwww!!!! iyakah??? mcm x caya kan.... lia blh update sampai 3 n3 
sehari... demam kot dia hari ni...wahahaaaaa....

heheeee...huhuhuuu...hiihihihiiiii...... gelak2 jgn x gelak...

xde lah...bukan demam pun sbnrnya saya mengemas kini dashboard blog...tgk segala entry yg t'tangguh2 yg dah b'jaman kaduk dok dalam draft list... ada yg tulis sekerat..ada yg letak gmbo... tu yg saya pilih2 mana yg blh di postkan baik di keluarkan... tambah lagi skrg kan bulan pose ramai yg mencari resepi kuih muih utk b'buka pose kan....

disebabkan gmbo pun dah lama..saya pun dah lupa bila buat kuih ni... 


tgk gmbo terus rasa nak buat.... biasalah kan napsu org pose mmg always m'gebu2!!


klasik kan acuan ni...ada tulisan cina lagik,mmg serius dah lama le tu.. ini nenek saya punya cuma ada 22 biji je.. 2 lg dah pecah. skrg acuan kuih lompang ni kaler merah...buat dr plastik.lbh selamat utk digunakan....


Resepi Kuih Lompang


Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 1/4 cawan tepung ubi
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 cawan air
  • Secubit garam
  • pewarna merah, biru, putih, kuning
  • perisa yg di gemari, merah-ros, kuning-jagung, plain/putih-vanilla
Cara Penyediaan
  1. Satukan ketiga2 jenis tepung, garam dan gula. Masukkan air dan santan pekat.
  2. Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian.
  3. Masukkan pewarna ke dlm setiap bahagian dan 1 bahagian biarkan plain je. Boleh tambah perisa.
  4. Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada acuan lompang.
  5. Masukkan 1 sudu kecil adunan putih dan kukus selama 3 minit/ sehingga adunan keras sikit.
  6. Lapiskan pula 1 sudu kecil adunan biru dan kukus lagi selama 3 minit/sehingga keras sikit dan di ikuti adunan seterusnya.
  7. Lapiskan adunan berselang-seli hingga habis. (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus dalam 15 minit ).
  8. Setelah masak, angkat dan sejukkan selama 2 jam.
** Kalau guna loyang, gunakan loyang 7x7x3inci. Seeloknya sapu sedikit minyak dan alaskan plastik dan sapu sedikit minyak lagi. Tuangkan adunan pertama dan kukus selama 10 minit diikuti adunan seterusnya, Lapisan terakhir, kukus selama 20 minit. Biarkan kuih betul2 sejuk, barulah di potong guna pisau plastik. 


















6 cerita dari hati:

Nad MamaZN said... Reply To This Comment

Kak, tgk kt gmbo xde berlapis2 kalernya
Tp kt resepi ada
kuih lapis pun guna resepi cmni jugak ek kak?
Nk try buat la
Tq kak!

Cida de' Nuanza said... Reply To This Comment

cantiknya kuih lompang warna warni...

Jamie Atie said... Reply To This Comment

MasyaAllah...bestnya...mesti sedap seidah warnanya :)

mama lieyna said... Reply To This Comment

Aduhaii mmg noltalgia la..eina lupa dh nk buat mcamana, mak dl suka buat..tp sllu kaler ijau je, guna daun pandan.. :-)..menarik la lieya, kalerful... :-)

AnneRaini said... Reply To This Comment

dah lama giler tak buat..makpun xrajin nak buat kuih ni...

Kakzakie said... Reply To This Comment

Cawan kaca itu lagi baik sebenarnya Lia sebab kaca tak bimbang chemical bersatu dgn kuih acuan..