July 12, 2013

shabsuka ~ makanan arab

Assalamualaikum....

selamat berpuasa :) baru sempat nak mengucapkan selamat berpuasa buat sahabat2 saya.... w'pun agak terlewat (biasalah lia mmg sinonim dgn "lewat" "lambat"..heheeee)  tp nak jugak wish

alhamdulillah hari ini 3 Ramadhan... bermakna dah 3 hari kita semua mengerjakan ibadah puasa.... 

hari pertama puasa cuaca kat melaka mmg panas... kesian juga dgn anak2 yg keletihan, saya x pernah memaksa anak2 utk berpuasa penuh..klu x larat buka.. dapat 1/2 hari pun dah memadai..tp masing2 nak tunggu azan maghrib...

klu ikutkan damya thn lepas pun dah mula puasa penuh... dapat 5-6 hari mcm tu lah (dah ingat2 lupa) dan tahun ni dia berazam utk puasa penuh sebulan... alhamdulillah w'pun di hujung2 waktu ada juga lah drama beberapa babak2... babak penuh dgn airmata...mengadu lapar tp bila di suruh b'buka x mau.. dan masa tu dah pukul 6.30ptg... b'kali2 saya suruh buka tp dia terus menangis...afiqah lagi lah.. tetiba tanya "mama bila nak subuh ni....???" ^_____^ mcm2 ragam anak2... 

menu iftar pertama saya buat soto & puding sago gula melaka air milo ais request dr anak2 saya ikut je...

hari kedua ramadhan cuaca sejuk...dari pagi sampai ke petang cuaca redup je... damya pun dah xde lah drama2 lagik cuma afiqah bila tgk adik minum susu dia agak t'liur juga... kesian tp tu lah bila di suruh b'buka x nak....

menu kedua saya masak kari daging,sayur campur grg, sotong grg tepung... dessert smlm pnya ada lagik.. so jgn membazir.. & air carrot susu.....

ok lah arini sebenarnya nak share satu resepi yg dah lama saya simpan, setiap kali nak buat asyik manjang x sempat.. jd sebelum ramadhan aritu saya cuba buat.. sbb menurut kata tuan punya resepi yg dah b'ulang2 kali buat shabsuka ni menu ni sesuai di makan ketika iftar....


patutlah kak ayu suka shabsuka ni mmg serius sedap!! pada saya lah.... org lain saya x tahu..ye lah citarasa masing2 kan... jd menu ni akan ada ulang tayang lagi di bulan ramadhan kali ini....

Shabsuka 

Sources:-From resipi.net via Ayu @Curlybabesatisfaction

Ingredients:-
500g minced beef(or sliced beef)-(500g daging lembu kisar atau daging dihiris)
3 tbsp chili paste-(3 sudu besar cili kisar)
3 tbsp minced garlics-(3 sudu besar bawang putih kisar)
2 tbsp minced ginger-(2 sudu besar halia kisar)
4 tbsp curry powder-(4 sudu besar serbuk kari daging)
1 big onion diced-(1 biji bawang besar dipotong dadu)
1 tomato diced-(1 biji toamto dipotong dadu)
1 cup mix vegetables-(1 cawan sayur campuran)
1 can medium size tomato puree-(1 tin tomato puree size sederhana)
4 tbsp tomato sauce-(4 sudu besar tomato sos)
1/2 -1 tbsp sugar-(1/2 -1 sudu besar gula)
1-2 cups of water-(1-2 cawan air)
salt and MSG to taste-(garam & serbuk perasa)

Ingredients for toppings:-(Bahan untuk taburan)
2 big onions diced-(2 biji bawang besar dipotong dadu)
2 tomatoes diced-(2 biji tomato dipotong dadu)
some coriander leaves or chinese celery-(sedikit daun ketumbar atau daun sup)
1-2 red chilies sliced-(1-2 lada merah dihiris halus))
1-2 green chilies sliced-(1-2 lada hijau dihiris halus)
2 tbsp fried shallots (optional)-(2 sudu besar bawang goreng-optional)
6 eggs-(6 biji telur)

   Method:-
Mix minced beef with garlics, ginger, and curry powder. Let it rest for at least 20 minutes.
Heat oil in wok and saute onions till soft. Add in chili paste and cook till oil goes up the surface.
Add in marinated beef and stir well. Add in 1-2 cups of water. When beef has reached 3/4 cooked, add in tomato puree, tomato sauce, mixed vegetables and diced tomatoes. Stir well and add in salt, sugar and MSG to taste. Adjust the taste(it should be a bit sour, sweet etc) according to your preferences. Let it simmer for a while and dish out.The mixture shouldn't be too thick or too thin.-(Campurkan daging, dengan bawang putih kisar, halia kisar, serbuk kari dan biarkan selama 20 minit. Panaskan minyak dan tumins bawang besar hingga layu. Masukkan cili kisar dan kacau hingga pecah minyak. Masukkan perapan daging tadi dan gaul rata. Masukkan 1-2 cawan air. Bila daging sudah hampir 3/4 masak, masukkan tomato puri, tomato sos, sayur campuran dan toamto yang dipotonfg dadu tadi. Kacau rata dan masukkan garam, gula & serbuk perasa secukup rasa. Sesuaikan rasa-ia harus ada masam dan manisnya.. Biarkan ia reneh sebentar dan matikan api. Shabsuka ini haruslah tidak terlalu cair atau kering.)


Method for preparing Shabsuka:-(Cara menyediakan dan menghidang shabsuka)

Put the beef in a bake able dish and level it.
Sprinkle all the topping ingredients like the tomatoes, onions, chillies, coriander leaves and fried shallots on top of the beef mixture. Make small holes for eggs and bake at 180C degrees for 15 minutes or at least till the eggs are almost cooked. Scoop the some mixture and serve hot with white toasted soft bread or toasted french loaves.-(Bila daging sudah masak, masukkan kedalam loyang atau mangkuk yang boleh dibakar dan ratakan. Taburkan bahan2 taburan, seperti tomato, bawang, lada, daun ketumbar/sup dan bawang goreng diatas daging tadi. Buatkan lubang untuk telur dan bakar 180C selam 15 minit atau hingga telur hampir masak. Ceduk sedikit adunan tadi dan hidangkan dengan roti putih atau roti perancis bakar/panggang)



Note* Another method of serving shabsuka.
Serve beef mixture on a plate. Sprinkle the toppings. Add fried eggs.(No need to bake)..
and dip in with bread.-(Kaedah lain, ketika menghidangkan shabsuka, adalah, ceduk adunan daging keatas pinggan, taburkan bahan2 taburan dan makan  dengan telur yang sudah digoreng dan cicah dengan roti.(Tak perlu dibakar)
 


sedap di makan panas2... anak2 saya mmg cukup suka makan telur 1/2 masak jd mmg kene lah dgn citarasa dia org... damya n afiqah makan b'tambah2...

















menu iftar ke 3 : tomyam, kangkung grg belacan, sotong grg tepung & air laici,dessert puding karamel.... sekian. heheeeee....

6 cerita dari hati:

AnneRaini said... Reply To This Comment

amboi meriahnye menu buka puasa kak lia. sy ni dah 2 hari buka simple je asalkan berbuka..huhu

Nad MamaZN said... Reply To This Comment

Shabsuka tu takyah dibakar pun boleh ek kak?

Namapun shabsuka mmg ramai yg suka la hhee

Seri Kandi Tanah Jauhar said... Reply To This Comment

baca senarai bahan pun dah tahu sedap ni, Lia.. macam kacang pool pun ada jugak ek tapi rasanya shabsuka ni mesti lagi sedap, tambah pula buat sendiri. Alangkah baiknya kalau kita berjiran :-)))))

lieyalatif said... Reply To This Comment

fuh sedapnye lia....lieya mampu telan air liur jek la tgk ni hahaahahah...nak buat adoi kene cari mase yg betul2 okey...

nampak menggiurkan bile mkn dgn telor kuning cair gitu...mmg budak2 suke laaa...eh bukan budak ajek, mak budak pun suke hahahhhah

in sha Allah...;anak2 lia dpt puase penoh punye....lieya pun harap miamija puase penoh ....so far dieorg bertahan lagi laa dgn keadaan sekolah pagi petang nieh....


selamat berhujung minggu lia...

Kakzakie said... Reply To This Comment

Rajinnya Lia... tapi kalau anak-anak suka kita rasa puas masak kan. Kakak hari pertama tu buat stew yg mana bahan semuanya sama cuma kakak tak bakar sebeb stew. Roti pun kakak buat sendiri (eh... guna mesin aje hihi...) lepas tu kakak goreng.

mama lieyna said... Reply To This Comment

Sedapnye nampak dn super meriiiiiaaaah.. :-) banyak bahan, pasti sedap kan...