July 10, 2012

KUIH KOCI PULUT HITAM

Assalamualaikum.......

sapa suka kuih koci sila angkat tangan...!!! ^____^  

kuih ni salah satu kuih peberetku....klu kat kampung ada kenduri & kebetulan ada kuih ni mmg aku mengadap sorang2 lah makan sepiring muka x malu!! x kisah lah kuih koci yg biasa (kaler putih) ataupun yg guna tepung pulut hitam ni...dua2 pun aku suka....

sebenarnya segala kuih muih yg b'asaskan pulut ni mmg menjadi kegemaran sejak dulu2...tp tu lah kan pulut ni x boleh nak makan selalu sbb 'angin'...nnti klu dalam pantang lagi ler jgn harap dapat makan pulut...b'tahun kene pantang....

kuih koci ni aku buat guna inti kelapa berperisa durian...aku mmg buat stok byk inti kelapa ni pastu frozenkan...senang bila tiba bulan ramadhan nnti klu nak buat kuih onde2,ketayap ataupun pau x yah ssh2 buat inti.....


~ masa nak bungkus kuih koci ni rasa keras je tangan...huhuhuuuu...x b'seni langsung! nampak mcm senang tp t'kepot2 masa nak melipat tu smpi t'tumpah2 santan pekat yg dituang kat dalam daun pisang tu...aduh la...nampak benor x biasa buat kuih kan....uhukk... ~


KUIH KOCI PULUT HITAM


Bahan-bahan:
  • 250gm teoung pulut
  • 1/2 cawan tepung pulut hitam
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • secubit garam
  • 1 1/2 cawan air
Bahan-bahan untuk inti:
  • 1 biji kelapa parut putih basah (yg tidak terlalu tua)
  • 1 ketul gula melaka
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan (simpul)
  • 1/2 cawan air
  • 6 ulas durian (buang bijinya) ***lia tambah
Bahan-bahan lain:
  • Daun pisang secukupnya ~ dilayur lembut dan potong 5 inci x 5 inci
  • Minyak kelapa secukupnya (minyak masak pun boleh)
  • Santan pekat + secubit garam
Cara membuatnya:

Untuk Inti:
  • Kelapa diparut putih. Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air
  • Masak hingga gula hancur & tapiskan ke dalam kuali.
  • Masukkan daun pandan,isi durian & kelapa parut. Masak hingga kering sedikit,
  • Angkat dan sejukkan.
Untuk Doh:
  • Satukan tepung pulut & tepung pulut hitam. Saya tambah tepung gamdum
  • Tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan.
  • Jika kurang air tambah sedikit lagi. Ketepikan.

Untuk membuat kuih koci:
  • Ambil sehelai daun pisang. Sapu sedikit minyak di atas daun pisang tadi.
  • Ambil sejemput adunan tadi,leperkan & letak 1 camt inti kelapa.
  • Tutup inti dengan doh & tuangkan 1 camb santan pekat.
  • Kemudian lipat/bungkus seperti biasa
  • Bila siap susun dalam kukusan & kukus 15 minit atas air yang menggelegak. Banyak atau kurang kuih koci b'gantung kepada saiz kuih koci masing-masing.


~ selamat mencuba! ~














p/s : sekarang mood membuat kuih muih ni tgh m'gebu2... ^______^


10 cerita dari hati:

lieyalatif said... Reply To This Comment

pandai lia balut...ye laaa org rajin ke dapur ni mmg tangan nye lembut nak balut2 kuih ni...lieya penah tolog metua lieya buat hahahaah...buruk rupernye heheeheheh....

lieya pun suke koci pulut itam nie...pastu ade lak lemak2 putih tu....ermmmm syedaaaapppp!!!

AnneRaini said... Reply To This Comment

tak suka!tak suka! tak suka! kak lia buat kuih tak bg kat sy..huh tak suka..

Kakzakie Purvit said... Reply To This Comment

Kalau kenduri-kendara kat felda selalu ada kuih koci ini Lia. Kakak pun suka..

Yatie said... Reply To This Comment

alahai rajinnya Lia buat kuih koci ni, nmpk senang tapi kalau tak biasa mmng susah sikit nak membungkusnya...btw tahniah menjadi dngn jayanya..kalau dekat pasti nak rasa gak ni...terliur je tngk, lagi2 inti kelapa durian...wallahhhhhh sedapnya...

Seri Kandi Tanah Jauhar said... Reply To This Comment

wahhhhhhhh! Kak Yus pun nak buat inti kelapa frozen banyak-banyak macam Lialah, senang kan bila nak buat kuih, good idea..

hehe... apa yg Kak Yus minat, mesti Lia minat.. suka.. sukaaaaaaaa!!

Unknown said... Reply To This Comment

argghhhh tidak!
sedapnya!

nad said... Reply To This Comment

sedapnye kak..!
saya pun suke kueh koci utk org takde gigi ni, hahha!
aritu mak mertua buat inti labu kot
tp tak sempat rase plak, huhu
sedey!

nad said... Reply To This Comment

eh labu plak! keledek daaa

najihahfara said... Reply To This Comment

banyak nye respi kat blog harini...hihi

Izan Ishak said... Reply To This Comment

izan pun suka kuih koci pulut hitam ni. kalau dulu2 ada kenduri kawen, wajib ada ni. skrg ni dah jaraaannnggg sgt org buat. hmmm... nak buat sendiri mmg tak rajin... huhu...