October 15, 2012

PUDING KASIH BERTAUT

Assalamualaikum.....

opocottt....puding lagi kah??? alahaiiii... jgn lah t'kejut t'kujat yer....faham2 je lah kan sejak jadi mama b'anak 4 ni saya saya dah x punya masa yg byk utk buat menu minum petang yg berat2...saya pilih yg mudah2 jer & anak2 suka....

 en.suami order samosa sampai naik kejung kulit popia dalam peti es tp saya masih x sempat2 nak buat.... sampai dia dah pi outstation arini saya masih x berkesempatan nak buat... nampak gaya saya kene merajinkan diri buat samosa ni masa menyambut kepulangan dia nnti...insya'allah..amin.

kali ni Puding Kasih Bertaut plak... dari dapur kak nor lagi (saya mmg suka selongkar dapur kak nor heheheee)  & sebenarnya dah terrrrrrrrrrrrrrrrrlalu ramai blogger & blogger2 masakan buat puding ni... saya je yg baru t'kedek2 dah mencuba...acuan bentuk bunga ni pun saya dah beli setahun yg lalu masa masih dok kat Kota Tinggi ( see berapa lama saya KIV resepi ni.... ) 

masa saya publish gambar ni kat fb ramai kawan2 yg t'pegun n ramai yg kata cantik... haihh...kembang kuncup hidung mak jemah ni... hahahaaaa....

ada yg kata saya t'lbh rajin & tanya masih kah saya ada masa buat puding mcm ni dgn anak2 kecik??? sejujurnya buat puding ni x lah memerlukan masa yg byk n terlalu lama..senang ajer. mula2 buat dulu roses kecik tu... pastu buat pula agar2 gula melaka....siap!!! x caya meh kita semak resepinya yer.....tp lia ada ubah sikit (derhaka ler nih.... ) resepinya...



~ cantikkan klu buat hantaran tunang/kahwin atau letak kat meja makan b'adab... ada yg kata saya letak mashmellow kat dalam agar2 ni... heheeee ~


~ dari pandangan atas... ada yg dah t'golek2 bila di tuang agar2 gula merah... ~



PUDING KASIH BERTAUT

Resepi Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN
sumber: K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan A :
1/2 paket @ 2 tsp serbuk agar-agar (dari sepeket 10 gm serbuk agar-agar)
300 ml air
200 ml santan ~ lia guna 1 tin susu cair ( untuk 2 adunan yer)
1/2 cawan gula
1 biji telur ~ lia x letak
2 atau 3 jenis pewarna dan perisa (kalau tak nak letak perisa pun tak pe, just pewarna)

Cara-cara :
Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api.
Pecahkan telur ke dalam santan dan kocok sikit dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih (beware! atas api perlahan tau!). Setelah mendidih, tutup api.
Bahagikan larutan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna dan perisa. Kacau sebati setiap bahagian dan tuangkan ke dalam mould yang anda suka. Biarkan ia keras di dalam peti sejuk.
Setelah keras, keluarkan agar-agar dari mould atau kalau guna bekas yang besar sebagai mould tadi, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan semua agar-agar ini ke dalam satu bekas lain yang lebih besar.
K.Nor buat:
Yg berwarna pink k.nor letak paste strawberi
Yg berwarna oren, letak paste pandan
Yg purple, letak paste blueberi

Bahan-bahan B :
1 paket serbuk agar-agar 10 gm
1 liter air
1/2 cawan gula pasir
100 gm gula Melaka atau nise
2 helai daun pandan (disimpulkan)

Cara-cara :
Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk dan masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.

Cara menyediakan puding :
Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi semua agar-agar A / kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan sejukkan ke dalam peti ais.

NOTA :
Untuk perisa tu, kalau tak nak letak pun tak apa. Cukup sekadar mewarnakan agar-agar di bahagian A itu dengan 2 atau 3 warna yang berlainan agar hasilnya nanti nampak cantik dan menarik.
Kalau tiada mould yang bentuk macam Naz di atas tu, guna loyang jer pun boleh untuk keraskan agar-agar bahagian A. Cuma lepas keras, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil.










5 cerita dari hati:

Nad @ MamaZN said... Reply To This Comment

Serius cantek!
Serius akak rajin!
Idola nih..hehe

AnneRaini said... Reply To This Comment

cantiklah..bile tgk resepi laaaa senang jek...

K.Nor said... Reply To This Comment

cun! :)

Citarasa Rinduan said... Reply To This Comment

peeeeehhhhhh..
ini resepinya. thanks laling

mamalieyna said... Reply To This Comment

waaa cantiknye lieya , sayang nk makan..hehe~ cunlah, mmg sesuai kalau buat makan pengantin kan..^_^