October 16, 2012

APAM KENTANG

Assalamualaikum....

Apam kentang yg dah jadi kenangan terindah...ewahhh... ^____^

apam ni saya buat ari sabtu lps utk sarapan pagi...ikut plan asal nak buat apam labu (mcm yg penah saya buat kat SINI) tp dek kerana t'goda dgn apam kentang yg kak nor buat...saya cancel apam labu (sian ko labu... heheheee  xper2 nnti buat 'projek' lain eaa...)

lagipun saya x penah tahu kentang boleh dibuat apam...siyes mcm jakun ( ada yg x tahu ke makna jakun..??? hehehee sama makna dgn 'pelik' ~ agaknya lah... ) pastu kak nor plak kata apam kentang ni lagi sedap dari apam labu... lagi lah hati meronta nak cuba...

dan hasilnya mmg x mengecewakan...mmg sedap & lembut... x rugi mencuba.. rasa mcm nak buat lagi sbb stok kentang mmg sentiada ada kat umah ni.. ^___^ apam ni kekal gebu m'mantul2 w'pun dah sejuk tau!



~ saya guna 2 acuan... 1 adunan guna acuan comel2 ni... ~


~ 1 adunan lagi guna acuan yg sama saya guna utk buat puding milo lapis oreo & bertaut kasih ~




APAM KENTANG

Sumber : SecubitGaramNor67


Bahan-bahan:

 3/4 cwn gula pasir
200 ml air
1 helai daun pandan
2 cwn tepung beras
1 cwn kentang rebus
3/4 cwn tpng gandum
sedikit garam
1 sk yeast
1 sk b.powder
pewarna hijau/pandan paste
250 ml santan

Cara-cara:

Kentang rebus di blend bersama dgn santan (biarkan sebentar)
Masak gula bersama air dan daun pandan.
Dlm mangkuk lain, satukan tepung beras, tepung gandum,yeast, b.powder dan garam.
Satukan semuanya dlm blender dan kisar sebati.
Perap selama 1 jam.Sapu minyak pada bekas kecil2.
Kukus dalam bekas kecil2 selama 15 minit.
Kalau guna loyang besar, kukus selama 40 minit.
Apam ini boleh di makan bersama dgn kelapa parut.

















4 cerita dari hati:

AnneRaini said... Reply To This Comment

kak lia, sy pulak terasa sedapnye apam ni. tapi sy kalau buat kuih tak berapa laku. yelah makan berdua je. Kena tunggu mak dtg umah baru leh buat kuih sbb ramai yg tolong mkn.

K.Nor said... Reply To This Comment

uishh lia.. yg bekas besor tu sangat menjadi, punya la banyak berongga tu.. best kan apam ni.. :)

K.Nor said... Reply To This Comment

uishh lia.. yg bekas besor tu sangat menjadi, punya la banyak berongga tu.. best kan apam ni.. :)

Nad @ MamaZN said... Reply To This Comment

Nk try buat la kak ;)