July 16, 2010

Peniaga diberi amaran tidak naik harga barang, makanan

Tindakan tegas jika ambil kesempatan menyorok, bebankan pengguna

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberi amaran keras kepada semua peniaga makanan, barangan dan perkhidmatan supaya tidak menaikkan harga berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan harga empat barangan keperluan, semalam.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDNKK, Roslan Mahayuddin, berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap peniaga yang ditangkap berbuat demikian.

Pegawai kami sudah diarahkan menjalankan pemeriksaan rapi di semua premis untuk memastikan tidak ada peniaga yang mengambil kesempatan berikutan pengumuman harga baru gula, minyak dan gas masak.

Jika ada peniaga dikesan cuba menaikkan harga secara keterlaluan, tindakan mengikut Akta Kawalan Harga 1946 dan Akta Kawalan Bekalan 1961 boleh dikenakan, katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Roslan berkata, walaupun kenaikan harga makanan, barangan dan perkhidmatan tidak dapat dielakkan berikutan pengumuman itu, beliau berharap peniaga menjalankan urus niaga secara berhemah supaya tindakan mereka tidak membebankan rakyat.

Beliau berkata, sebaik pengumuman harga baru dibuat semalam, pihaknya sudah menggerakkan pegawai penguat kuasa supaya menjalankan pemeriksaan bagi memastikan tidak ada yang bertindak menyorok gula, minyak dan gas masak.

Dalam tempoh beberapa jam sebelum tengah malam (tadi), kami percaya tentu ada yang akan mengambil kesempatan menyorok bekalan gula, minyak dan gas masak bagi mereka mendapat keuntungan lebih, katanya.

p/s: sumber dari Berita Harian Online


6 cerita dari hati:

Kniedaz said... Reply To This Comment

semua naik..gaji je tak naik huhu

mamalieyna said... Reply To This Comment

ohho..pasti ada jugk nnti..so, kite2 takyah la mkn luar, beli kt luar..msk kt umah, kurangkan pggunaan gula..hehe..

dieya said... Reply To This Comment

welcome home!

ada ambik gambar kat kg? tepek laa kat sini, nak tengok!

wah, damya punya fish and chips looks so big and delicious! kalau kat kl dapat satu pertiga jek ikan tu for that price. murahnya!

p.s. suka tengok iklan MAS besar gedabak kat bawah entry ni :-D thank you!

Mamamya said... Reply To This Comment

kniedaz...

btl2...setuju banget...bonus pun ntah ada ntah kan tidak tahun ni..... :((((

Mamamya said... Reply To This Comment

mamalieyna...

ye la kan...ckp jer harga barang/makanan x naik..lbh2 lg sekarang kan dah dekat dgn musim perayaan....tunggu & lihat saja lah.....

mmg kene rajin2 masak kat umah kan....w'pun masih pening2 lalat tiap kali masak...

Mamamya said... Reply To This Comment

dieya...

ada juga ambik gambar aritu tp x la byk sgt...nnti akak tepek2 la kat sini yer...

hehehe..iklan MAS tu sbnrnya akak pun x tau mcmana blh muncul kat cni...akak cuma copy berita tu...tetiba masa publish kuar plak iklan tu....xper lah bagi ceria lagi posting kali ni kan... :)