May 04, 2012

PEKASAM MAMAMYA

Assalamualaikum......

ececeeeehhhhhh...pekasam mamamya kononnn!!! hahahahaaaa...saje je mana tau aku jd tauke pakasam nnti kan... (tetiba t'ingat citer Kiah Pekasam plak..kikikiiii )

sapa suka pekasam....??? sila angkat tangan...... rasanya x semua orang suka dan pandai makan pekasam, aku pun dulu masa blm kawin x reti n x penah tau pasal pekasam ni.... klu ikan masin tau ler...

tp sejak en.suami kenalkan pekasam ni aku dah jd penggemar tegar pekasam, klu ada pekasam makan plak dgn nasi panas & telo dadar aku dah x ingat kesedapan lauk pauk lain....sungguh!! mmg sedap... klu en.suami out station ke Kedah mmg b'kilo dia beli utk stok kat umah....

dulu masa kat kampung,jiran mak rajin buat pekasam...tp pekasam yg dibuat ni jenis yg kering bukan yg jenis b'air mcm yg en.suami selalu beli... jd pekasam ni bila di goreng akan jd garing n rangup....mmg best lah! tp sekarang acik tu dah x buat lagi sbb suami dia pun dah jarang2 pi mancing ikan sungai....

kebetulan aritu stok pekasam kat umah dah habis & tetiba en.suami kata suruh aku try buat sendiri pekasam ni... maka dgn gigihnya lah aku m'google cara2 membuat pekasam,mcm2 cara aku jumpa...tp aku rasa nak ikut cara2 yg sorang blogger ni share kat blog dia.... aku rasa caranya simple jerk....

meh aku share kat sini utk rujukkan di masa akan dtg....masa buat pekasam ni aku x berani lagik nak buat n3 sbb takut x menjadi....tp disebabkan pekasam yg aku buat ni dah berjaya baru lah aku berani nak share resepi mana yg aku ikut.....

klu ikutkan yg buat pekasam ni adalah en.suami...aku gigih jadi penonton sajor....heheheeeee....


~ en.suami beli 1kg ikan lampan untuk percubaan pertama,nak beli byk2 karang x menjadi m'bazir plak kan. kita test sikit dulu...ikan ni besar2 jugaklah, klu grg aku potong 2, sgt gembira sbb pandai juga aku buat pekasam..heheheee... lps ni x yah le tunggu en.suami pi kedah lagik, dah blh buat sendiri.... ^_____^ ~




Cara buat ikan pekasam ni mudah je. Apa yang perlu ada kalau ikut resepi dari mak aku.

1. Mesti ada ikan. 
Biasanya orang buat ikan air tawar.Kalau nak buat ikan laut pun boleh. Dan ikan itu mesti di bersihkan dengan sebersih bersihnya.

 Perut ikan mesti cuci sampai putih bersih. Ini nak mengelakkan ikan di hurung lalat.

2. Garam.(garam kasar@ halus pun boleh)
Sukatan garam ni biasa orang buat, sekilo ikan seratus gram garam.Tapi aku bubuh tak ada sukat sukat.Ikut kata hati.

3. Beras. 
Beras ni di sanga(goreng tanpa guna minyak). Dah siap sanga tumbuk sampai sederhana lumat. Sukatan beras ni serius aku main belasah jer. Apa yang penting banyak la jugak.

4. Asam jawa@asam keping. 
Ada jugak orang yang tak letak asam jawa @asam keping ni. Sebabnya beras yang kita letak kat ikan itu sebenarnya pun sudah memasamkan ikan melalui cara penapaian.

Tapi aku letak.Aku suka letak asam keping berbanding asam jawa. Melalui pengalaman aku,asam jawa ni kelemahannya bila ikan ni kita goreng ia akan menyebabkan ikan di goreng menjadi hitam. ( ** lia pun letak asam keping juga sbb biasanya klu beli ikan pakasam dr kedah mmg ada asam keping kat dalamnya )


Langkah Langkah mudah.

1.Setelah ikan siap di bersihkan, ,masukkan garam anggaran 1 kilo ikan seratus gm garam. Masuk dalam bekas. tutup bekas tu.Simpan dalam peti ais .Pegi tidor.

2. Esok pagi dah siap tumbuk beras yang sudah di sanga tu dan  gaul dengan ikan yang sudah di simpan tadi. Lagi banyak beras lagi nampak menarik.Sebabnya nanti bila di goreng, beras ni la akan jadi serbuk pekasam tu. ( ** lia pun suka klu berasnya byk ^_____^ jd bila ada peluang buat sendiri letak le beras byk2 )

3. Cari bekas yang bertutup sangat rapat. Susun ikan tadi ke dalam bekas,Setiap susunan ikan tadi letakkan asam keping 1-2 keping.

4. Masukkan air garam yang di simpan dengan ikan malam tadi. Sebelum tu masak dahulu air garam tersebut di atas api sederhana. Dah sejuk air garam tu masukkan ke dalam bekas ikan tu sehingga kesemua ikan tadi terendam.

5. Kalau ada lagi saki baki beras goreng bertumbuk tadi, tuang dalam bekas.

6. Akhir sekali tutup bekas dengan rapat. Letak plastik kat bawah penutup tu supaya betul betul ketat.
Seminggu lepas tu try la masak ikan pekasam tadi.




~ ini ikan pekasam yg beli siap...bukan yg aku buat kat atas nunnnn.... style aku klu grg ikan pekasam mmg suka letak bawang n cili byk2...... ~



















13 cerita dari hati:

Huzaina Hashim said... Reply To This Comment

sedapnya ikan pekasam....yum..yum..tambah2 kalau makan dgn nasi panas2..hehehe..

AnneRaini said... Reply To This Comment

tak reti makan..penah gak suami sy beli tp last2 die pun tak bape makan...hahaha

lieyalatif said... Reply To This Comment

e'eh lia!!! kagum lieya lia pandai buat pekasam.....bagus2....senang gitu...lieya suke pekasam...tapi bermusim...nak tau kenape bermusim....hahahaah sbb mase preggy dayyan tu lieya hantu pekasam...pekasam laa bende pertama lieya mengidam tau!! nak yg perak punye lak tu...seb baik dpt......

pekasam ni la penyedap laukkan lia....nasi panas2...fuh mmg mkn bertambah2 laaa gitu dibuatnyer....

lieya pun suke yg beras byk tu...nak goreng pekasam pun goreng ngan berastu byk2...sedap...aduh teliur plak....

hepi weekend lia!~

Kakzakie said... Reply To This Comment

Masya-Allah Lia sungguh baru ini kakak tahu ikan pekasam tu guna beras. Kakak memang dari kecik sampai dah tua ni tak tahu ikan pekasan tu ada guna beras. Jiran kakak selalu beri kakak cuci bersih kerana selama ini ingatkan pasir.... Bila cuci bersih tu baru kakak goreng.... patutlah kakak rasa macam ikan masih je rasanya...

mankicap said... Reply To This Comment

sedapnya...terliur dah nie......akak nak makan ikan pekasam ni kirim adik ipar jer bila dia balik kampung kat kedah.....banyak pilihan kat sana.....

ieja amieja said... Reply To This Comment

assalam lia..
akk suka jg mkn ikan pekasam ni(sebenonya baru belajar mkn)adk ipar rajin bwk blk dr kg dia (perak)..mmg sedap klu taruh cili ngan bwg byk2..mkn ngan nasi panas2 kan lia..
gigihnya lia menggoogle nak wat ikan pekasam tu ye..

Teratak Hami said... Reply To This Comment

Akak pun suka mkn pekasam. Bau pekasam yg busuk tu pun dah terleleh-leleh air liur ni. Respectlah kat Lia sebab boleh buat pekasam sendiri. Nampak simple cara buatnya.

chinta... said... Reply To This Comment

wah kak lia kelas gitew..huhuhu..chinta harus cuba nih...

Hanis Azla said... Reply To This Comment

wah.. lia dah pandai buat ikan pekasam.. terliurnya tgk ikan pekasam tu.. akak pun suka ikan pekasam.. tp sbb en.asben tak makan ikan pekasam jdnya mmg jarang sgt makan lepas kahwin ni..

Papa Mifz said... Reply To This Comment

mesti sedap kan...tapi syg nyer papa mifz tak mkn ikan..kecuali ikan pari sebab takde tulang...hehe

Salina@IbuAqil said... Reply To This Comment

Alahai kak!!!!!!
Feberet tu..
Terliur dh ni..
Nak cikit..
Hi3!!!
Happy weekend & TC yer.. ;)

Jo-Blogger said... Reply To This Comment

nak jadi kiah pekasam kot.hehehe..oklah sy singgah dan follow.

Obat Keputihan Herbal said... Reply To This Comment

makasih resep pembuatan ikan pekasamnya..