October 13, 2012

pelangi utk DAMYA....

Assalamualaikum.....

dah lama t'ingin nak buat (sbnrnya lbh kepada t'ingin nak merasa... hehee ) rainbow cake ni...

kek ni klu tunjuk kat anak2 mmg dia org akan mudah t'tarik sbb color dia yg m'mancar2 tu kan...warna warni gitu... masa google jenis2 kek utk harijadi damya.. cepat je tangan dia tunjuk kek rainbow ni n dia kata "kakak nak 6 lapis sbb umur kakak 6 tahun!!!" uiksss....cepat sungguh dia bagi arahan... ^____^

ye lah...namanya pun besday girl kan...kita ikutkan je lah apa yg dia suka... ^____^

damya mmg sgt2 teruja nak buat kek ni...smpi b'kali2 jugalah kene 'sound direct' dgn mama sbb mmg x menyabar...sibuk b'tanya "bila nak buat kek kakak ni mama....???" setiap 2 minit dia ulang2 soklan yg sama....w'pun dah bagi jawapan dia ttp ulang2 soklan tu...aduhduhduhhhhh...mana x pening mama dibuatnya....baru keluarkan butter jer dia dah m'lompat2 kesukaan...padahal butter masih kejung mcm batu...pastu asyik ulang2 tgk n merasa sama ada butter tu dah lembut ke blm... hai laahh anak..mcm2! ^____^

pada saya lah kan,nak buat rainbow kek ni xder lah serumit buat kek baldu merah (RV) tu tp ntah knp harganya kat pasaran m'lambung2 smpi mencecah RM100++ (depends pada topping n filling) mungkin sbb nak bakar kek ni makan masa kot... kek ni mmg kene bakar selapis demi selapis..klu mmg tauke @ ada bisness bakery mesti ada oven besar yg blh buat 2 loyang akan lbh memudahkan keje..

tp bagi saya yg m'baking sebulan cuma sekali ni & guna oven 'cap angsa' mmg le kene bakar satu & sabar menunggu....



~ lapisan rainbow kek selepas di bakar.... saya x der loyang bulat saiz 8 inci yg ada saiz 10 inci sudahnya lapisan kek ni jd nipis2... udah le teksture kek ni t'sgtlah lembut..kene pegang elok2 masa keluarkan dari loyang, takut t'payah je sbb nipis kan... lenkali nak buat tebal sikit ~


~ untuk filiing saya guna whipping cream jer... ~


~ dek kerana kelam kabut saya x sempat ambik gambar kek damya selepas di topping (topping luar lia guna cheese ~ resepi ada kat bawah nunnn ) ini pun gambar masa dah habis majlis (malam) kek ni rasanya mmg enak sungguh...moist jer.. ~





RAINBOW CAKE
Sumber : Kak Azlita @ Masam Manis

3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter ~ suhu bilik
2 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis
5 biji putih telor ~ suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau

Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang

Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. 
sapukan juga baking paper dengan butter
Panaskan oven pada suhu 170C

Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam ~ ketepikan

Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan  gebu atau butter bertukar warna putih .
Masukkan telur putih  dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
Masukkan esen vanila
Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar

Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung

Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan

*timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar

Letakkan pewarna dalam setia bekas dan gaul rata
Masukkan dalam loyang
Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letrak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.

Bila dah masak letak atas redai
Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan
Kemudia boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan
Jangan tindih2 kan kek bersama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain.


ORANGE CREAM CHEESE FROSTING

4 package(s) (8-ounce) cream cheese, softened
1 cup(s) (1/2 stick) unsalted butter, softened
4 tablespoon(s) fresh orange juice ~ lia guna orensunquick
4 teaspoon(s) grated orange zest ~ x letak
2 teaspoon(s) pure vanilla extract
4 cup(s) confectioners' sugar

Directions
Blend the cream cheese, butter, orange juice, orange zest, and vanilla in a large bowl, using an electric mixer set at medium speed, until smooth.
Add the sugar and continue to beat until light and creamy -- about 3 more minutes.
Add the food coloring and gently stir until the color is uniform.
Chill the frosting until ready to ice the cupcakes or cake.



~ besday girl deko sendiri kek harijadi dia... mama mmg x tolong pun kecuali letak topping ~

8 cerita dari hati:

Lelord said... Reply To This Comment

huhu bravo...aku x serajin ko sahabat.sejak balik mesia ni x pernah lg check-in dapo ekekekee

Kakzakie said... Reply To This Comment

Cantiklah Lia... jgn kata Kak Mia yg suka mama zakie nie pun suka juga. Nampak gebus..:)

ieja amieja said... Reply To This Comment

rajin betul lia ni kan..ada ank kecik pun sempat lg buat kek..klu akk beli siap jer..suh dia sndr pilih..

btw air tgn ibu jgk yg sedap dan berkat..happy besday damya

Mia Kassim said... Reply To This Comment

Jeles tul tengo orang pandai masak kek....teringin masak kek yang secantik itu....huhu...salam singgah dan follow (^_^)

Nad @ MamaZN said... Reply To This Comment

okeh, dgn tibe2 nya saya terus teringin nak beli oven
nak rajin2 baking cam akak jugak :)

mamalieyna said... Reply To This Comment

waaa bestnye boleh buat kek sendiri.. haih, ntah bila eina nak belajo ni, tunggu dok rumah sepenuh masa kot..hehe..byk alasan ^_^

cantik...

Izan Ishak said... Reply To This Comment

akak... cantiknya rainbow kek tu. tgk pun dah tau sedap!

AnneRaini said... Reply To This Comment

wah dah berjaya dah buat rainbow kek..memang sedapkan kak kek ni..