June 20, 2012

Jadual Makanan Yang Boleh Dimakan & Tidak Boleh Dimakan Semasa Dalam Pantang

Assalamualaikum......


dah masuk minggu yg 30++ ni selalu lah m'google ttg segala pantang larang semasa b'pantang (mcm lah baru 1st time nak b'salin kan... ) bukan apa sajer menambah ilmu di dada.... ^____^ masa google2 tu t'jumpa jadual makanan ni....saje lah letak kat sini utk panduan diri sendiri....


amalan b'pantang ni kdg2 x sama.... ada yg kata blh...ada sebahagiannya kata x blh... cth: daging. ada yg berani makan masa hari pertama lagi, tp ada yg kata x blh makan... sayur lg lah mcm2, tp selalunya klu dlm pantang sayur yg selalu mak masak sawi/sawi putih & lobak putih. blh kata hari2 makan lauk tu... tp ada jg kata selagi sayur tu bukan dr jenis yg angin @ sejuk blh je makan..... t'pulang lah pd pendapat masing2 kan... yg penting kesihatan diri sememangnya menjadi keutamaan bila b'pantang....


aku ni klu masa pantang ttg makan ni x der hal.. hari2 sawi rebus pun x per cuma kdg2 lupa diri bila luka dah baik jer semua keje nak buat sendiri...semua nak buat laju2.... huhuhuuuuu......



Pengenalan


Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.

Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah.

Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan.

Jadual Makanan Yang Boleh Dimakan dan Tidak Boleh Dimakan Semasa Pantang


BOLEH
TIDAK BOLEH

AYAM & DAGING



  • Burung puyuh
  • Burung merpati
  • ayam hitam
  • ayam didik
  • ayam selasih
  • ayam kampung
  • daging batang pinang

  • Ayam biasa (takut gatal)

IKAN

Penting:
Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan

Ikan haruan menyembuhkan luka.
Ikan yu membanyakkan susu ibu
  • Ikan haruan
  • Ikan yu
  • Ikan selar
  • Ikan gelama
  • Ikan jenahak
  • Ikan merah
  • Ikan tenggiri
  • Ikan kurau
  • Ikan bawal putih
  • Ikan senangin
  • Ikan bilis
  • Ikan kering
  • Ikan masin
  • Ikan keli
  • Ikan bawal hitam
  • Ikan terubuk
  • Ikan duri
  • Ikan pari
  • Ikan sembilang
  • Ikan parang
  • ikan kembung
  • Ikan tamban
  • Ikan cencaru
  • Ikan tongkol
  • makanan laut
    • udang
    • sotong
    • kerang


ULAM ULAMAN

Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

Jantung pisang membanyakkan susu ibu

Ulam kunyit mengembalikan kecergasan badan dan
menyembuhkan luka dalaman

  • halia
  • Serai
  • Lengkuas
  • pucuk pegaga
  • pucuk mengkudu
  • pucuk ulam raja
  • lempuyang
  • jantung pisang rebus
  • daun atau ubi cekur
  • bunga kantan
  • kunyit hidup
  • daun lemuni hitam
  • daun kaduk
  • daun sekentut
  • daun kesum
  • daun cemumar
  • daun pudina
  • daun kari
  • daun bebuas
  • daun ruku




SAYUR-SAYURAN /

Penting:
Mengambil sayur-sayuran  menjalar, sejuk serta beranginboleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.

Lobak putih dan peria membanyakkan susu ibu

Peria memudahkan buang air besar, membantu membersih dan melancarkan peredaran
darah dalam tubuh.

  • Ubi kentang
  • Peria
  • Sawi
  • Lobak merah
  • Lobak putih


  • Ubi kayu
  • Kangkung
  • Petola
  • Terung
  • Cili
  • Timun
  • Tomato
  • Brokoli
  • Kubis
  • Seledri
  • Terung
  • Timun
  • sayur keladi
  • pucuk ubi
  • pucuk paku
  • bayam
  • sayur atau daun keti (bunga putih)
  • kacang panjang
  • kacang botol
  • labu
  • rebung
  • jeruk maman
  • petai
  • jering


BUAH-BUAHAN

Penting:
Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.
  • Buah anggur
  • Kurma
  • Oren
  • Epal merah
  • Strawberi
  • Peach
  • Prune
  • Kismis
  • Longan cina

  • Nenas
  • Limau
  • buah lai
  • tembikai susu
  • tembikai merah
  • tembikai cina
  • epal hijau
  • kiwi
  • buah pear
  • pisang
  • jambu
  • belimbing
  • durian belanda
  • mangga
  • betik
  • ciku
  • langsat
  • nangka
  • cempedak
  • pisang masak hijau
  • pisang nangka
  • pisang embun
  • pisang udang
  • ubi kayu
  • ubi keladi
  • sengkuang
  • manggis
  • macang
  • kuinin
  • binjai



LAIN-LAIN MAKANAN

Asam jawa membantu membuang air besar selain dari
menyegarkan tubuh badan 
  • Biskut
  • Roti
  • Nestum
  • Quaker Oat
  • Cornflakes
  • Masakan panggang
  • Masakan rebus
  • Masakan kukus
  • Masakan bakar
  • Masakan salai
  • Asam jawa
  • Asam keping
  • Tempe
  • Burger
  • Nugget
  • Sosej
  • Bihun
  • Mee
  • Kuey teow
  • Laksa
  • Telur
  • Semua jenis ubi
  • Semua jenis makanan laut
  • Masakan berminyak boleh tetapi sedikit/jarang-jarang


AIR

Penting:
Ibu-ibu tidak boleh minum minuman sejuk, tajam dan jus daripada buah-buahan yang dilarang

Air kunyit mengecutkan rahim dan mencuci darah.

Air rebusan pegaga ini membersihkan darah dalam tubuh ibu yang baru
melahirkan anak.
Manjakani berfungsi untuk mengering dan mengetatkan pangkal rahim.

Air jus halia kurma boleh membuang angin dalam badan dan menambah tenaga.

Air madu memanaskan badan.

  • air suam
  • air pati kunyit
  • jus pegaga
  • air halia
  • air kopi
  • air manjakani 
  • jus halia kurma
  • air madu
  • air ais
  • air sejuk
  • air bergas
  • air tebu
  • air cincau
  • air kelapa muda
  • air jus buah-buahan yang dilarang


sumber: hidayahmk.blogspot.com

22 cerita dari hati:

Lelord said... Reply To This Comment

muahahha aku ritu refer kat sini gak wpun pantang gugur aje kan

Sha@Mama TinaAzra said... Reply To This Comment

Bagus ni.. len kali boleh cari kat sini jek.. muahaha manalah tahu ada rezeki nak berpantang lagi sok2 ek.. amin..

mamaarifakeemaisy said... Reply To This Comment

info yg bagus..tp kalau kt spital, masih dalam pantang, dia jamu je nasi ayam..risau kita, makan nasi jer//huu~

wahida said... Reply To This Comment

aku pun sama nok, kalau luka dah baik jer, terus lupa diri, buat kerja laju2, pas tu angkat benda berat2...mcm tak reti nak duduk diam sampai kena marah ngan laki...huhu..

anyway, info ni sgt bagus...aku nak tunjuk kat mek jah, dia baru bersalin semlm...

AnneRaini said... Reply To This Comment

bagus info ni tp ada jek benda2 yang tak boleh tu sy mkn masa pantang spt ayam, ikan bawal, pisang dll..ok jek.. kesimpulannya ikut badan sendiri kot..

Anonymous said... Reply To This Comment

[url=http://cialisonlinehere.com/#loeza]cialis without prescription[/url] - buy generic cialis , http://cialisonlinehere.com/#fzgdh cialis online

Unknown said... Reply To This Comment

wah info yg sgt berguna...tp ln org ln pntgnyer....juz ikut jela...lbh baik mencegah dr merawat kan...

lynn azlinawati said... Reply To This Comment

bagus info ni sangat berguna..^^

SITI RADZIAH BT HJ. LATIB said... Reply To This Comment

Ha,ni bru jmpa.sblm ni jmp meleret2 susah nk igt..wt cm ni bgus..tq..info mmg bermanafaat..

SITI RADZIAH BT HJ. LATIB said... Reply To This Comment

Ha,ni bru jmpa.sblm ni jmp meleret2 susah nk igt..wt cm ni bgus..tq..info mmg bermanafaat..

Anonymous said... Reply To This Comment

Alhamdullilah... Akhirnya dpt juga jadual makanan berpantang. Terima kasih harap diperbayakkan lagi info2 mcm ni..

Anonymous said... Reply To This Comment

thnxs so much finally jmp jg info yg bguna n xpeng nk ikut..

Anonymous said... Reply To This Comment

Sy gugur 9 bulan. Tp ttp pantang walau sedih... Doakn sy hamil lg dan dpt baby lg pasni.

bondaqeem said... Reply To This Comment

salam tuan umah,
blog walking mencari2 makanan dalam pantang..akak mintak link jadualnya ya.. tq

faridah said... Reply To This Comment

selain itu,pengambilan supplement jg penting . blh share d sini http://sihat-sihatsokmo.blogspot.com/

Anonymous said... Reply To This Comment

Jadual ni mmg Sgt berguna terutama utk suami2 yg jaga isteri berpantang. Tq.

Anonymous said... Reply To This Comment

Gud info:)thx....

Norasiah said... Reply To This Comment

Sangat berguna info ni...sy pon sedang berpantang juga..baru 3 ari. Untuk cepat sihat..boleh juga amalkan supplemen..

Http://www.happyhealthylifeshop.blogspot.com

intan said... Reply To This Comment

Info yg sgt bagus. Kadang2 tlupa. Tp biasanye mkn nasi semangkuk kecik, halia, lada hitam, ikan kukus@ panggang/daging batang pinang panggang.

Anonymous said... Reply To This Comment

tq

Unknown said... Reply To This Comment

Tuan rmh... Sy share ye

Syaffiq lias said... Reply To This Comment

Ikan manyong ibu mengandung boleh mkn ke