skip to main |
skip to sidebar
Khasiat Belimbing Buluh
~ gambar pokok belimbing buluh kat belakang umah mak....buahnya sentiasa ada..x penah putus~ Belimbing buluh ni sebenarnya ada dua jenis; buah yang berwarna kuning dan hijau - keduanya rasa masam.( Its known as cucumber tree amongst westerners). Sedap dibuat masak lemak dengan udang atau pun tumbuk saja dengan sambal + udang kepal (utara). Yang dah kering tu di sebelah utara dibuat acar. Katanya orang kelate masukkan sebagai ramuan singgang.Dalam kehidupan seharian, asam ini yang kaya dengan asid oksalik digunakan untuk menghilangkan kesan-kesan degil di tangan atau kesan karat di pakaian dan kadang-kadang digunakan jugak untuk mencuci barang-barang tembaga atau suasa.Khasiat perubatannya banayak juga, antaranya ...1) penawar batuk - daun, bunga serta buah belimbing buluh direbus,ditapis dan diminum 3 kali sehari.2) daun belimbing buluh juga boleh digunakan untuk menghalau lalat. Tidak susah , ambil saja duan agak secekak, kibas saja beberapa kali di meja makan. Lalat tidak akan datang lagi kerana dipercayai bau daunnya tidak digemari lalat.
3) merawat darah tinggi. Minuman airrebusan daunnya4) merawat penyakit kelamin5) merawat radang dubur6) daunnya yang ditumbuk boleh menghilangkan gatal-gatal, bengkak cantik, reumatik, dan bengkak-bengkak kulit, sakit gigitan serangga7) daun digosok pada tumit/tapakkaki untuk menghilangkan sakit akibat memakai kasut tumit tinggi.( Pantang: orang yang mempunyai penyakit angin medu tidak boleh makan buah ini)p/s : suka letak belimbing buluh bila buat sambal tumis ikan bilis, masak lemak cili api & masak singgang
6 cerita dari hati:
akak, masa as pregnant nak sangat makan belimbing ni. buat sambal belacan n letak kat asam pedas. ya Allah nikmatnya masa dapat makan ni. suami jadi mangsa petik kat pokok
as..
btl la as ( maklumlah tgh mabuk2 ni..mmg sedap makan yg masam2)..skrg akak mmg tgh suka sgt2 makan buah belimbing ni...tu yang pi search apa khasiat buah belimbing buluh & share dgn kawan2... :)
jaja suka makan belimbing buluh ni cicah garam..bestnyaaaaaa..tapi takkan makan belimbing ni kalau dimasukkan dalam masakkan..
jaja..
adoi..masamnyer jaja....iskh2..akak x berani klu makan mentah2 camtu..huhuhu..mau t'pejam2 biji mato..ekekeke..... tp klu dah masuk dalam masakan tu blh la makan sbb dah kurang rasa masam tue... :)
huhuhu mak aku slalu guna belimbing nih..umah aku ne de
Sedapkan..makan cicah garam
Post a Comment