Assalamualaikum......
apa khabar semua arini....? di harap semoga semuanya sihat2 belaka... (ehhh...tetiba t'ingat zaman tulis2 surat plak...eheheee...biasanya mukadimahnya lbh kurang gini lah kan.... ^_____^ ) semalam tuan umah x bersiaran....sibuk melayan hero nan seorang tu yg semakin manja...org kata ragam nak dapat nak adik....
lagipun sejak minggu lps dia batuk & selsema...jadi mood asyik bergelora jer...manjang nak b'kepit dgn mama....yg x tahan asyik nak b'dukung jer..klu x mmg b'gayut la dia kat kaki mama....klu ikutkan penat n letih mmg lah sgt terasa...maklum lah org berbadan dua di usia 30-an ni kan.....tp bila mengenangkan nnti klu 'adik'nya dah ada x dapat lah nak luangkan masa sgt dgn dia hati jadi hiba lah pulak....tu yg layankan jer...
ehhhh....ke laut dalam pulak citernya.....huhuuu...x pelah intro pemanasan badan...ahahaaa....
dulu2..aku penah kata t'ingin nak makan pavlova...lama dulu dah...masa bulan pose last year!! blh baca n3 kat SINI......
punya lah lama menyimpan impian nak buat.....tahun ni baru lah t'tunai hasrat dihati.itu pun lps cu kata dia pun t'ingin nak merasa pavlova nih......maka kami b'dua b'usaha keras (hamboiiiii.....ayat x tahan....heheheee) membuat pavlova ptg ahad lps....
masa buat ni aku buka blog kak azlita....walaupun resepi n cara2nya aku tgk kat blog Irma (ehh..akak ke apa yer..maaf yer klu t'silap...) masa tu lah si cu manis t'nganga tgk gmbr2 pavlova kat blog kak ita...terus dia kata "ehhhh...kak long...jom kita ambik gmbo mcm ni..." "haaaa?????? eaaa...kak ita tu ambik gmbo guna DSLR la yang oiiii...kita ni pakai Hp cokia jerk....x sataraf lah rupa parasnya nnti...." ehhhhh...dia ttp nak buat jugak....sibuk lah dia mencari mangkuk comel aku......sabo je lah adikku nan seorang nih......lawak sungguh! blh baca n3 ttg pavlove kat blog my sister di SINI
haaa...ini lah hasil kreativiti cu manis..yg gigih nak buat mcm kak ita.... ^_________^ layannnnnnnnnnn.......korang sila jgn gelak guling2 yerk...ini hasil 'tangakapan' guna hp jerrrr.....
~ guna 4 biji telur putih menghasilkan 12 biji mini pavlova.... ~
~ pavlova sebelum di bakar.... ~
~ pavlova ni mmg semua sedia maklum lah kan...rasanya mmg manissssssssss....bak kata kak azlita blh b'laga2 gigi...tp bila dah match dgn rasa lemak2 whipping cream n masam2 buah2an ni...wallah....sedap wehhhhh...tp ttp x blh makan selalu...setahun 2x blh lah...ahahahaaaaaaaaaaa.... ~
PAVLOVA
sumber : Irmalondon.
Bahan-bahan :
4 biji putih telur
1 cawan gula kastor ( saya guna 3/4 cawan untuk mengurangkan manis)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung
Topping/hiasan :
1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus - saya pakai gula icing.
1/2 sudu teh esen vanilla
Tip sebelum membakar :
1- Pastikan (baca dengan nada garang. hihi) ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.
2- Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak. Lain la kalau korang tak kisah. Dalam hati duk kata," apasal la meringue aku tak bertanduk langsung." heh.
Cara-cara :
1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Kalau ada stand mixer lagi senang. Tengok je. Tangan tak payah kerja. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'. Apa eh istilah melayu dia.?
2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.
3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Haha. Jangan risau. Ni tanduk bagus punya. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit.
4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.
Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. Nak lebih yakin, telangkupkan bekas meringue atas kepala. Kalau tak jatuh tu confirm jadi. Agak-agak berani tak? ;)
5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu. Bukan senduk kari ye..! Kang ada pulak rasa kari dalam pavlova.
6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper). Saya gunakan tin kek yang bersaiz 7 inci. Zaapp. Dah jadi bulat.
7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. Konon macam tebing pendek la kan. Part ni saya tak buat. Saya buat cara saya sendiri. :)
Masa membakar :
1- Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven.
2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang lama pulak nak masak. Takkan nak berkampung depan oven sampai 2 jam? :)
Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.
Cara menghias :
1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream.
2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Ini pendapat sayalah kan. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah.
3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan.
Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.
Sedia untuk dimakan.
*** lia guna whipping cream yg dalam botol tu....cuma picit jerk.. ^_____^
~ fresh fruit..........yummy!!!!
p/s: sekarang ni asyik nak makan buah betik jer....x tahu lah kenapa...minat lak bby dalam perut dgn buah betik... ^________^
10 cerita dari hati:
waaa asyik n3 psl makanan je ni..tergoda i...hehe~
rajin tul lya try resepi2 gini kan..eina ntah bila mau rajin jugak..hee~
alahai bakal abang tak siht lg ye..sian dia..mmg meragam la skrg ni kan..tak lama dah nk jd abang.. hope cepat sihatnya ye..
wah cayalah lia!! ini mcm dah leh amik order nie...sgt cun wooooo!! he he he.....
sonok kalo masuk dapur ade geng .... sonok jek nak cube resepi baru kan....
gitu lee peel org nak dpt adik yeak lia...same laa mcm dayyan ni, pelik jek seminggu ni asek nak berkepit jek....lenguh2 bahu dibuatnye.....huhuhu
amboi2....menawan sungguh rupa paras pavlova mu itewwwwww...jaja pun dah lama gak teringin nak merasa..nampak gayanya kena boh dlm wishlist bila ke kl la nampak gayanya..nak buat sendiri mmg idok la..hehhe
Mcm sedap jek..nk cuba la...
xpenah makan, x penah tau apa tu...kesiannya saya....eheheeeee
nak sikit! nak sikit!
Bestkan pavlova ni. Last yr aku pun buat mini je senang nak mkn
Terliur kakak dgn buah-buah tu Lia... menjadi Lia buat ye.
Tak apa suka makan betik Lia baguslah dari makan yg lemak-lemak tu...
wow best. dah bookmark recipe ni!!! boleh cuba buat!!!
Salam kak! haaaaaaa.... yg ni dah dlm list tp asyik mengenangkan buah apa lah yg kita nak letak asyik nanti nanti nanti ehehe... sok sok nak carik buah2 yg masam2 :D
adoi is.. apalah kenenya link blog aku ni agaknya..networked blog aku pun tak leh pakai nih.. camno ha?
masuk networked blog dr fb.. dia suh aku sin in guna fb akaun padahal aku dah login pun..haish..tak faham
Post a Comment