March 02, 2012

penawar duka...

Assalamualaikum....

Alhamdulillah...rasa nyaman je pagi jumaat ni...sejak kebelakangan ni bila ptg je mesti hujan membawa sampai ke malam....kdg2 sampai ke subuh...


terima kasih pada semua kawan2 yg sudi bagi nasihat n kata2 semangat kat n3 semalam...rasa ringan n tenang sikit hati ni...ibarat 'penawar duka' di hati...ecececeeehhhh..... ^____^

pagi td jumpa guru kelas afiqah (teacher zai) tanya mcmana perkembangan dia minggu ni (setiap jumaat mmg akan tanya) alhamdulillah teacher zai kata dah ada kemajuan...dia kat dalam kelas ok.mmg x main2...cuma bab membaca dia agak lemah...klu menulis n mewarna dah ada peningkatan....

So, cuti sekolah 12-16hb mac nnti afiqah x akan bercuti...teacher zai kata dia nak ajar afiqah sorang2..w'pun sbnrnya sepanjang cuti sekolah ni dia x diperlukan utk mengajar (sekolah anak2 ni ada Taska...so,ada guru2 yg kene dtg juga walau cuti sekolah) dia nak ajar afiqah membaca..rasa terharu sgt dgn pengorbanan dia..sanggup korbankan waktu cuti dia semata-mata utk afiqah....begitu besarnya pengorbanan & harapan seorg guru (rasa sebak kejap.....) semoga afiqah x akan sia2 kan pengorbanan teacher zai....

kebetulan mmg sepanjang cuti sekolah mmg x der plan nak ke mana2 pun sbb 9hb en.suami akan ke Kedah lagi sampai 15hb....

semalam aku ada b'tau nak cuba bagi afiqah supplement kan.....terima kasih pada BFF ku lela lelord kerana bagi suggestion ttg coklat minda.... "lelord...aku dah tempah..." ^____^ semoga dgn ada bantuan supplement ni afiqah akan lbh mudah menghafal.....



kat sini aku kongsikan sedikit ttg info coklat minda...mana tau ada sesapa yg berkenan...nnti klu afiqah dah mula makan coklat minda ni akan aku kongsikan apa2 perubahan positive yg ada pada dia....kita perlu b'usaha selain berdoa kan....

Coklat minda sesuai untuk semua peringkat umur


COKLAT MINDA jenama Hijrah adalah satu produk pemakanan yang unik dan berinovasi. Ianya dihasilkan melalui adunan pemakanan yang mempunyai nilai khasiat semulajadi, halal dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai Pemakanan. Sangat berkhasiat serta memenuhi keperluan diet seorang pelajar. Dalam bentuk tablet, mempunyai rasa yang enak/sedap, senang dibawa kemana-mana, pengambilan (kunyah ianya lembut) dan penyimpanan yang mudah. 



Coklat Minda mampu bertindak sebagai pemuliharaan EQ dari aspek:


Khasiat pemangkin (catalyst) yang berupaya mempertingkatkan daya penguasaan kebijaksanaan perasaan. 

Khasiat perangsang (stimulator) yang boleh menambah keupayaan penggunaan kedua-dua kemahiran perasaan (mental) dan kemahiran lahiriah (jasmani) secara semulajadi di dalam diri pelajar itu sendiri. 

Khasiat penjana (energizer) yang mampu membekalkan tenaga secara semulajadi untuk proses pembelajaran yang memerlukan tahap tumpuan yang tinggi secara istiqamah dengan keupayaan mengawal perasaan dan minda dengan bijaksana tanpa perhatian dan kawalan berlebihan oleh pihak lain. 

Membekalkan sumber pemakanan yang lengkap dan seimbang dengan khasiat yang amat diperlukan oleh tubuh, khususnya untuk keperluan organ otak bagi menjana emosi yang stabil serta minda yang cerdas dan cergas. 



Khasiat Dan Kebaikan

Meningkat dan Menguatkan
Anda seorang pelajar dan sentiasa memerlukan daya konsentrasi yang baik, tetapi anda cepat lupa maklumat yang telah dibaca atau tidak fokus apa yang diajar oleh guru. 

Mengatasi
Anda juga mengalami fobia dan sentiasa di dalam tekanan. Semasa peperiksaan anda sering rasa gugup, masih berdebar-debar dan ‘blank’ walaupun telah membuat persiapan awal untuk menghadapi peperiksaan. 

Memulihkan
Fikiran terasa begitu lembab/kosong, kurang daya kreativiti dan berfikiran negatif, tidak ceria (pemarah/pemalu/rendah diri) kerana kurang berinteraksi. 

Mengekang 
Rasa ‘give up’ walaupun perkara yang mudah, senang tetapi terasa begitu susah dan cepat mengaku kalah 



Impak Awal Semasa Pengambilan Produk

Fikiran terasa segar dan mampu berfikir dengan lebih tenang. 
Mudah mengimbas kembali maklumat yang dibaca. 
Keupayaan belajar akan lebih bertenaga, mampu mengekalkan konsentrasi untuk jangka waktu yang lebih lama. 
Pemulihan ‘mood’ kepada lebih ceria dan positif. Rasa lebih bersemangat dan yakin boleh.


Coklat Minda

Harga Runcit
SM : RM49
S&S: RM52

Harga Pakej (6 unit)
SM : RM39
S&S: RM42

Cara Penggunaan:
Untuk dewasa dan kanak-kanak 2 biji sekali makan.








p/s: minggu ni sgt pack...esok awal pagi dah terlibat dgn mesyuarat agong BAKAT (sesiapa yg isteri tentera tu tau lah apa BAKAT ni..) aku ahli BAKAT yg xder bakat..ahhaahahaaa..dah lama x pi meeting2 nih..haihhhh pastu ari ahad anta cu (adikku yg manis tu..) balik segamat... (nak beli burger segamat yg kurindui...ngeee ) balik segamat nak celebrate b'day seseorg plak...^_____^  


~ happy weekend untuk semua................see u nxt week ~

11 cerita dari hati:

Lelord said... Reply To This Comment

dh order ek? aku ada search melaka pun ada stokis Nadira shoppe dlm tesco. aku pun nak beli utk najlaa

Nazz@Purple said... Reply To This Comment

erm bagus nie..

AnneRaini said... Reply To This Comment

bagus ni beli untuk Kasyah...

burger segamat dekat depan billion eh????burger kegemaran budak uitm kalau gi outing..hehe

Unknown said... Reply To This Comment

lelord...

la ye ker??? dekat je dgn umah aku.. x per lah dah t'lanjur order,nnti lenkali blh pi beli kat situ jerk...

tq tau!

adarnadzmie said... Reply To This Comment

tq share pasal ubat minda ni...nnt leh servey kat tempat saya..boleh kasi adam n arfan cuba...insyallah..:)

emarieys said... Reply To This Comment

bagus untuk minda anak-anak

*SiRibenMerah said... Reply To This Comment

ehhh.. coklat yek.. ingatkan kismis td.. wahhh~ sakan neh...nnt nk tgk apa hasilnya...

mamaarifakeemaisy said... Reply To This Comment

bagus tu..mesti budak2 suka makan kan.. ^_^

selagi bleh usaha, kita usahakan mana terbaik utk anak kan..

happy weekend~

Kakzakie Purvit said... Reply To This Comment

Insya-Allah berkat usaha dan doa segalanya akan baik jadinya Lia...

Coklat minda nie sekolah anak kakak boleh katakan ada selalu dtg dan jual. Sedap Lia.... kakak pun makan juga bukan sebab apa tau tapi kami satu family semuanya suka coklat. Jgn kata coklat minda, cadbury, vochelle, yg macam duit kilat pun tak kisah kami makan juga - janji coklat...

wahida said... Reply To This Comment

beli kat mana ni nok?

Unknown said... Reply To This Comment

bagus la teacher zai tu kan...