October 13, 2011

GEMPA BUMI DI BALI

Satu gempa bumi bermagnitud 6.1 melanda pulau Bali, Indonesia pagi ini. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa berlaku pada 11.16 pagi di selatan pulau tersebut, 154 kilometer barat daya dari Denpasar dan 1,350km tenggara Kuching, Sarawak. Gempa tersebut tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia - Bernama


SUMBER : BEN ASHAARI


Gempa bumi 6.1 magnitud gegar Bali


2011/10/13

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi bermagnitud 6.1 melanda pulau Bali, Indonesia pagi ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa berlaku pada 11.16 pagi di selatan pulau tersebut, 154 kilometer barat daya dari Denpasar dan 1,350km tenggara Kuching, Sarawak.
Gempa tersebut tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia, kata jabatan itu.
Sementara itu, menurut laporan agensi AFP, ahli seismologi mengesahkan gempa berkenaan menyebabkan keadaan panik di kawasan pelancongan berkenaan.

Jurucakap Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia, Endro Tjahjono berkata, situasi itu juga menyebabkan bangunan di ibu kota Denpasar, kepulauan selatan Bali retak.

Katanya, gegaran itu berlaku beberapa minit di daerah pelancongan utama Kuta.

“Suasana panik tercetus, orang ramai lari meninggalkan bangunan. Apabila kami kembali ke bangunan pejabat, kami lihat berlaku keretakan di dinding dan sebahagian daripada plaster dinding turut terkeluar,” katanya. - BERNAMA/AFP


SUMBER : BERITA HARIAN ONLINE


p/s: sewaktu dapat berita ni hati aku terus terbayangkan seorang sahabat blogger ( wahida) yg baru saje sampai di Bali semalam...mudah2an dia selamat di sana.....amin


7 cerita dari hati:

Salina@IbuAqil said... Reply To This Comment

eiiiii skrg ni mcm2.. dunia dah hampir kiamat.. bumi ni dah tua..

Mamaleesya said... Reply To This Comment

takutnyeee...sedangkan naik kete org langgar belakang sket bergegar dah kecut perut, inikan pula gempa bumi. nauzubillah

Amy Syaquena said... Reply To This Comment

uish takutnya la skg ni mcm2 bencana alam terjadi...

~aSFaLiZa~ said... Reply To This Comment

ayoyoyo. bos kita pun kat indon sekarang ni. hope everything is ok

Dee said... Reply To This Comment

samalah ngan dee sis..dee risau gak kat wahida ngan mek jah tu..harap2 mereka ok..

*SiRibenMerah said... Reply To This Comment

ouh, terkejut.. harap2 dia selamat takde apa2..

waaaaaaaaaaa~

Pepel BoNda AmaNi said... Reply To This Comment

sama2 kita doakan keselamatan wahida kat sana...