October 28, 2011

JIWA MUKMIN

Jiwa Mukmin

Jiwa yang bergantung dengan Allah. Setiap kali dia dilanda kesusahan perkara yang pertama yang berdetik di hatinya ialah pertolongan Allah. Harapan dan pergantungan kepada Allah, doa, sujud, solat, rintihan di kesunyian malam, istighfar dan seumpamanya yang membolehkan Allah mendengar rintihannya. Firman Allah;

“Siapakah yang dapat menyahut orang yang dalam kemudaratan, tatkala dia berdoa kepadaNya, serta Dia menghilang keburukan?!”. (Surah al-Naml: ayat 62).

Sesungguhnya, tiada siapa yang dapat menyahutnya melainkan Allah S.W.T. Keyakinan dan keimanan yang mendalam inilah yang menjadikan doa insan yang bergantung dengan Allah itu pantas diterima. Allah mengeluarkan insan dari kesusahan dengan pelbagai cara dan rupa yang dikehendakiNya. Bahawa Tuhan itu amat dekat disebabkan doa yang mustajab dari hamba yang kesusahan. Dengan seruan ‘Ya Allah! Tolonglah daku!’maka dengan pantas ia sampai ke langit dan pertolongan Allah pun datang dengan cara dan kehendakNya.





6 cerita dari hati:

mamalieyna said... Reply To This Comment

Insyaallah...

tazkirah Jumaat yg bagus..

Salina@IbuAqil said... Reply To This Comment

Suka sgt dengan entry ni.. Penuh kata semangat yg positif.. ;)

Kakzakie said... Reply To This Comment

Doa tak pernah putus dan terasa malunya dengan Allah kerana terlalu banyak yg telah Allah berikan buat kakak nie Lia....Allah hu robbi....

wahida said... Reply To This Comment

nok, sori bebyk...kehkeh...boleh lak terkomen kat blog ko...aku dah delete nok...

lieyalatif said... Reply To This Comment

tazkirah yg bagus di pagi jumaat....

lia, jgn lupe mkn ubat okey....

Mamaleesya said... Reply To This Comment

sabar itu indah