October 23, 2011

Pembedahan Pemindahan Buah Pinggang di Malaysia

Pembedahan Pemindahan Buah Pinggang di Malaysia

· Ia merupakan kaedah rawatan pemulihan selain hemodalisis dan CAPD

· Pesakit akan di bedah untuk dipasangkan sebelah buah pinggang untuk membolehkannya berfungsi seperti biasa.

· Perlu ada penderma di kalangan ahli keluarga, spt adik beradik, isteri/suami, ibu bapa dan saudara mara.

· Peraturan di Malyasia tidak membolehkan bukan pertalian keluarga mendermakan buah pinggangnya. Penderma di kalangan ahli keluarga hanya diperlukan sebelah buah pinggang sahaja. Pesakit dan penderma boleh menjalani kehidupan biasa dengan sebelah buah pinggang sahaja.

· Penderma akan dikehendaki menjalani ujian kesihatan dan pemeriksaan dan pemantauan selama 6 bulan sebelum dibenarkan mendermakan buah pinggang,bagi memastikan penderma dan penerima buah pinggang sihat dan tidak menghadapi sebarang komplikasi.

· Pembedahan boleh dijalankan di hospital kerajaan dengan percuma sekiranya ada penderma di kalangan ahli keluarga.

· Penderma mesti mempunyai group darah yang sama dgn penerima.

· Setelah ujian keserasian (cross match), dan Berjaya mencapai keserasian yg tinggi, pembedahan akan dilakukan serentak antara penderma & penerima.

· Bagi penderma pembedahan dilakukan utk mengambil sebelah buah pinggangnya.

· Bagi penerima, pembedahan dilakukan untuk memasang sebelah buah pinggangnya, tanpa membuang dua buah pinggang yg telah rosak.

· Setelah selesai pembedahan lebih kurang 6 jam, kedua2nya (penderma dan penerima) dirawat di ICU untuk pemulihan selama lebih kurang 10 hari.

· Selepas itu penerima buah pinggang dikehendaki mengambil ubat ‘anti rejection’ sepanjang hayatnya dan ubat2 lain yg diperlukan bagi membolehkan buab pinggang baru dapat diterima oleh system badan.

· Untuk tempoh selama lebih kurang 4-6 bulan, penerima tidak digalakkan untuk bergerak bebas,perlu dikuarantin, dan perlu memakai topeng ‘mask’ sekurang2nya 3-6 bulan untuk mengelakkan jangkitan kuman kerana system antibody telah dilemahkan bagi membolehkan system badan tidak menolak organ baru.

· Hospital selayang dan Hospital HUKM adalah diantara hospital kerajaan yang menjalankan pembedahan pemindahan buah pinggang secara percuma @ denagn kos yang minimum berbanding dengan kos pembedahan di luar Negara.

· Pasakit perlu mendaftarkan diri untuk di senaraikan sebagai penerima derma organ buah pinggang dari penderma yang dikenalpasti oleh pihak hospital.

· Bagi pesakit buah pinggang di Malaysia sekiranya tiada penderma dari kalangan ahli keluarga, mereka mungkin terpaksa menunggu penderma organ dalam tempoh yang agak lama, mungkin sehingga 5-10 tahun! Berbanding dengan Negara lain seperti Singapura, Australia dan New Zealand yang hanya menunggu penderma dalam tempoh lebih kurang 3-6 bulan. Ini disebabkan budaya menderma organ di kalangan rakyat Malaysia masih belum menjadi amalan walaupun telah terdapat fatwa yang membenarkannya (khususnya di kalangan umat Islam)




sumber : MY NEW KIDNEY


p/s : link blog diatas adalah milik sahabat baik ayahanda saya yg pernah mengalami kegagalan buah pinggang n menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang di China. Terima kasih di atas segala nasihat n panduan yg di beri...hanya Allah yg mampu membalasnya.


1 cerita dari hati:

Unknown said... Reply To This Comment

salam....
mcm mne nk mendftar sebagai penerima organ(kidney)?ada contact number tak?