November 02, 2011

TALAM TOKYO


Assalamualaikum....

hari ni nak share 1 resepi yg aku buat ari selasa lepas....sekali pandang kuih ni sebiji sebijan mcm kuih seri muka kan...masa mula2 kak yatie tag kat FB aku mmg ingat ini kuih serimuka, ghupanya "Talam Tokyo", bila kak yati yg mmg sgt2 handal membuat pelbagai jenis kuih talam ni kata sedapppp...aku pun mmg t'amat2 lah teruja nak mencuba, kebetulan pulak stok biji sagu mmg m'buak2 kat esbok..semua ni gara2 masa nak sambut bulan pose aritu ler...biasalah kan bila masuk time bulan pose bahan2 utk buat kuih muih ni mmg kene sentiasa ada utk buat juadah b'buka....aku pun dgn senang hati beli biji sagu smpi 500gm (byk tau 1.2kg tuh....tamak haloba!!! ) bila balik umah nak smpn kat esbok tgk2 stok lama byk lagik...aduiiii... moral of the story lenkali buat check up dulu stok2 mana yg da habis ^_________^

kuih ni unik tau sbb inilah 1st time aku buat kuih guna so'on, biasa so'on ni aku guna utk masak2 lauk je cth: sayur lodeh,masak lemak @ masak air (bening) +kentang+fucuk..peberet anak2 so'on nih...klu masak lauk kene boh so'on byk2....tp bila dah byk sgt n kembang so'on ni kuah pun jadik kering btl x???

kuih ni sedap sbb bhgn bawahnya tu rasa kenyal2 biji sagu...x der nampak pun bayang/rasa so'on....klu org x tau resepi mmg x kan tau ada so'on kat situ.... :) puasa nnti blh cuba buat lagi kuih ni....

~ satu adunan kuih ni dapat byk tau....masa buat kuih ni aku terlupa pengukus kat umah ni x muat utk loyang 10x10, bila dah nak masuk kat pengukus baru la t'ingat..adoiiii! kelam kabut naik bot lah jadiknya....tukar lah guna loyang 8x8 n 7x7!! mmg rezeki jiran2 n guru mengaji anak2.... ~


TALAM TOKYO

Resepi : kak yatie @ sinar kehidupan

Bahan Utk Lapisan Bawah (loyang 10x10x2")

  • 300 gm sago kecil warna putih
  • 60 gm sohoon
  • 100 gm kelapa parut putih
  • 100 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • 1 sudu kecil garam.
Cara-Cara
  1. Cuci sago sebentar, rendam selama 30 minit dan toskan.
  2. Rendam sohoon dngn air suam selama 30 minit, toskan dan potong kecil2.
  3. Satukan bahan2 di atas dan masukkan ke dalam loyang 10x10x2" yang telah dioleskan dengan minyak. Saya alas plastik dan oleskan sedikit minyak.
  4. Kukus selama 25-30 minit dan tekankan sikit dengan sudu supaya lapisan menjadi sama rata.
Bahan Utk Lapisan Atas
  • 4 biji telur
  • 300 gm gula pasir
  • 400 ml santan pekat
  • 400 ml air +3 helai daun pandan(blender dan tapiskan)
  • 100 gm tepung kastard
  • sedikit pewarna hijau (lia x letak)
  • 1/8 sudu kecil alkaline water@air abu (takde, Yatie guna 1 sudu kecil air kapur) - sama mcm kak yatie
  • 1/2 sudu kecil garam
Cara-Cara
  1. Campurkan semua bahan dan blend rata.
  2. Kacau sebati dan tapiskan. Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap.
  3. Tuangkan adunan ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.
  4. Padamkan api dan angkat kuih setelah masak. Biarkan kuih benar-benar sejuk baru dipotong.
Tips Yatie= Saya tak bungkus dngn kain penutup kukusan tu semasa mengukus kuih, tapi saya buka penutup tu setiap 5 minit dan sentiasalah di lap dan sambung lagi mengukus.
Cara ini saya gunakan semasa guna pengukus biasa dan juga trio steamer.
Sekiranya terdapat sedikit air di atas permukaan kuih, sendengkan/sengetkan loyang dan buangkan air tu guna sudu perlahan2.
Boleh juga gunakan kertas tisu dapur. Selepas itu, letakkan semula kuih di tempat rata dan biarkan benar2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan rata dan cantik. Selamat Mencuba...



p/s: kak yatie dah tag bingka labu plak...huhuuuu, kuih kegemaranku!!! t'ingin nak ada steamer mcm kak yatie beli dr chef asma.... ^_________^



3 cerita dari hati:

Yatie said... Reply To This Comment

alahai sedapnya Talam Tokyomu itewwww..akak mmng suka sangat kuih ni...rasa mcm nak buat lagi je..sedapkan..tq Mamanya sudi cuba resepi ni..pasni wat bingka labu pulak eehhhh..gerenti menjadi dan yg penting manyak sedap woooo...

Citarasa Rinduan said... Reply To This Comment

aduh..
kemarin k.yatie tag..ayu tengah ada problem dengan blog,,

terus off lappy..

aduh.. k.lieya dah buat...
nanti ayu serbu umah ya

Sari Yusa Ibrahim said... Reply To This Comment

kakyus bab talam2 ni makan suka, buat tak minat sebab rakyat dlm umah tak ramai yg minat.. hehe