Bismillah itu permulaan nama,
Keadaan ZatNya bersama-sama. Dilahirkan engkau melihat dunia,
Limpah Allah maha kuasa.
Dikandung ibumu sembilan bulan,
Lebih dan kurang tidak ditentukan.
Beberapa pantang minum dan makan.
Tatkala dikau lagi kanak-kanak,
Engkau tidur mata ibumu jinak.
Nasihat ibumu janganlah kau bantah,
Dijaga dipelihara sangatlah susah.
Dialih ke kanan ke kiri pun basah,
Jika kau menangis hatinya susah.
Setelah engkau sudahlah ada,
Siang dan malam ibumu berjaga.
Tidurpun hanya barang seketika,
Makan dan minum tidak kuasa.
Dilapikkan dengan kain sarung,
Diangkat ditimang serta dibedung.
Apabila terjaga terus didukung,
Kasih dan sayang tinggi menggunung.
Tiadalah tentu siang dan malam,
Tidurpun tidak dapat ditilam.
Terkejut terjaga di tengah malam,
Bangun memangku di dalam kelam.
Jika ibumu orang berada,
Diambilnya pembantu menolong dia,
Apabila engkau dapat mengaji,
Ibu ayahmu sukalah hati.
Membaca Al Quran sudah kau reti,
Untuk bekalan di akhirat nanti.
Awaluddin Makrifatullah,
Awal agama mengenal Allah.
Berkat syafaat rasulullah,
Umurnya panjang rezekinya murah.
Apabila ibumu sudah tiada,
Jasa ibumu jangan kau lupa.
Janganlah jadi anak durhaka,
kelak tak cium baunya syurga.
Doakan rohnya setiap hari,
Agar rohnya berbau kasturi,
Itu semua takdir Ilahi,
Semoga ditempatkan di syurga nanti.…
~ mak...kak long nak jadi anak yg TERBAIK utk mak w'pun kak long tahu kak long x mampu utk m'jadi yg TERBAIK ...kak long nak tgk mak gembira n sihat mcm dulu.....semoga pengorbanan kecil yg kak long buat ini akan membahagiakan mak w'pun kak long tau pengorbanan ini x setanding dgn pengorbanan mak yg telah melahirkan & membesarkan kak long.....kak long sayang mak!! ~
p/s: ada sesiapa yg tahu ttg pengalaman pemindahan ginjal??? klu ada blh share kat sini.....TQ dan selepas ini akan ada n3 yg berkaitan ttg proses pemindahan ginjal....sekadar utk dikongsikan bersama ahli keluarga yg lain...harap maklum.
petikan gurindam : mawarmerah2008
8 cerita dari hati:
x ader... sbb x sempat... tp harap2 u dpt la yer... aminn :)
sedih baca gurindam ni. Semoga sentiasa dapat jadi anak yg terbaik, kerana ibu kita hanya ada satu.
Kalau makcik kakak buat di S'pore Lia sekejap saja. Penjagaan 4 hari saja di hospital, lepas tu dah balik dan nurse boleh dtg ke rumah. Sebelum operation normal kena berpuasa dari lepas isya' hingga pagi.
terkedu sekejap.. mudah2an Lia menjadi anak terbaik.. semoga bondamu cepat sembuh..
maaf tak dpt membantu...smoga segalanya berjalan lancar and smoga ibunya cepatlah sembuh...
alahai...sayu plak lieya lia..terus tingat kat mak kampung.....
insyaallah, semoga kite sume dpt menjadi anak yg baik tuk keluarga kite.....
kenapa kak? sy mmg zero bab2 pemindahan ginjal ni...
mudah2an semuanya dipermudahkan
Post a Comment