October 16, 2011

KEK PANDAN LAPIS KASTARD


Assalamualaikum.....

selamat berhujung minggu semua....apa plan hujung minggu??? kami santai2 di rumah sajor....sbb en.baba x b'daya nak bawa kami ronda sbb ari jumaat baru sampai dr PD n ptg ni dah nak balik PD semula.....cuma pagi smlm keluar sekejap ke pasar Kip Mart belanja barang2 basah...tidak lah byk mana yg dibeli pun sbb bila en.suami x der bukan lah masak2 sgt...klu masak pun yg simple n ikut permintaan anak2.....pastu pagi td kami b/fast kat Restoran Madina,Kota Tinggi.

hurm.....jarang sekali blog ni ada n3 bila hujung minggu kan....tp kali ni aku m'rajinkan diri buat 1 n3 ringkas resepi Kek Lapis Kastard khas utk ibu saudaraku (u know who u're.... ^____^ ) nun jauh di Melaka...

dulu2 klu aku rasa nak makan kek pandan kastard ni aku beli jer kat kedai kek....tp kita kene upgrade diri sendiri kan..menambah ilmu di dada ^________^ sesekali nak juga mencuba bakat yg ada...resepi kali ni ambik dari dapur Kak Dayang sbb bahan2 yg nak diguna tu mmg ngam2 jer ada dalam stok....mula nak buat yg KakAzlita punya tp bahan2 x cukup plak...lain kali lah kita try yg ada cendol yerk....

~ 1st time guna 'tool' ni...tujuan utamanya masa membeli dulu nak buat RVC (Red Velvet Cake) tp smpi ke arini x buat2 pun....huuuu....udahnya kek pandan ni lah yg merasmikan.... ^_____^ senang potong guna cake leveler ni sbb mmg x senget benget....rata jerk....i likeeeeeeeee... x sia2 I beli tau...ngeeee..... ~


KEK LAPIS PANDAN KASTARD

sumber : Kak Dayang

bahan-bahan kek :
  • 100 g tepung gandum*
  • 1/2 sudu kecil serbuk penaik (*diayak bersama tepung)
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 3 biji telur A
  • 1 sudu besar ovalette
  • 50-60 g gula kastor
  • 60 ml minyak masak sayuran atau minyak jagung
  • 1 sudu kecil pandan emulco/pes pandan/pati pandan
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 170C-180C. Lengserkan loyang/loyang swiss roll dengan mentega dan alaskan dengan baking sheet. Ratakan lagi dengan mentega dan taburkan sedikit tepung jika suka.
  2. Di dalam mangkuk adunan, putar kesemua bahan kecuali minyak hingga kembang dan gebu. Kemudian, masukkan minyak jagung dan kacau sebati dengan spatula secara kaupbalik. Tuangkan adunan ke dalam loyang atau loyang swiss roll dan bakarlah selama lebih kurang 20-25 minit atau sehingga keperangan. Suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
  3. Setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan dulu sebelum dipotong kepada 2 atau 3 bahagian.
Untuk bahan kastard :
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1/2 sudu kecil serbuk agar-agar
  • 250 ml santan atau susu cair
  • 50 g gula pasir (boleh tambah jika perlu)
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 sudu kecil pandan emulco/pes pandan/pati pandan
  • kelapa parut kering secukupnya
Cara-cara : satukan kesemua bahan (kecuali kelapa parut) ke dalam periuk dan dengan api perlahan, kacau adunan hingga menjadi pekat. Padamkan api. Biarkan ia suam sedikit.

Cara membuat layer :
  1. Berpandukan gambar di bawah, ratakan adunan kastard di atas kek yang sudah dipotong tadi.
  2. Kemudian tutupkan lapisan kastard dengan bahagian kek yang lain. Buat sehingga habis. Lebihan adunan kastard bolehlah disapukan dipermukaan kek dan hiaskan dengan kelapa parut kering.
  3. Simpan kek di dalam peti sejuk semalaman sebelum dipotong atau mengikut kesesuaian masing-masing.



p/s: mood buat dessert tgh m'gebu2 skrg...sama gebu dgn yg tuan punya blog.....wink!!!!!




4 cerita dari hati:

Lelord said... Reply To This Comment

wah menarik cake leveler tu nak kena carik ni. weh best ke kek tu? malasnya la nak buat...hajat ati nk buat lg kek cipon erie suka mkn tp aku yg kemalasan ni

Unknown said... Reply To This Comment

kak.. sungguh ayu pun terkejut kak update blog hujung minggu

peehhhhhhhhhhhhh
sangat menyelerakan.. ada lagi kan??
nakkkkkkkk

Seri Kandi Tanah Jauhar said... Reply To This Comment

Menarik ni, bila baca kat blog Lia, mc mudah jer nak mmbuatnya, isk! Jatuh cinta ngan cake leveler tulahhhh

Unknown said... Reply To This Comment

sdapnya....